Zeera Azizi
Quick Facts
Biography
Nurazeera Azizi atau lebih dikenali sebagai Zeera Azizi (lahir 16 Januari 1996) merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2018/2019. Beliau ialah kakak kepada pelakon Neera Azizi.
Kehidupan awal
Nurazeera binti Azizi dilahirkan pada 16 Januari 1996 di Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Bandar Melaka, Melaka. Adiknya, Nurazneera "Neera" Azizi juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi.
Kerjaya
Zeera memulakan kerjaya awal sebagai pramugari di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia. Beliau pernah bergelar atlet boling di mana beliau mewakili Pahang di Sukan Malaysia (SUKMA). Zeera dipilih menjadi salah seorang daripada 12 peserta Dewi Remaja 2018/19 yang turut disertai oleh Haneesya Hanee dan Anna Jobling. Beliau ialah peserta pertama yang tersingkir dari pertandingan tersebut.
Kerjaya lakonan beliau bermula apabila berlakon bersama Kamal Adli dan Uqasha Senrose dalam drama adaptasi novel karya Anna Milia, Setelah Terlafaznya Akad, di mana beliau memegang watak Hani. Beliau pernah merakamkan sebuah lagu berjudul "Kehilangan", namun kurang mendapat sambutan.
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Setelah Terlafaznya Akad | Hani | Astro Ria | |
2021 | Love Elsa | Sofea | ||
Malaysian Ghost Stories | Mila | Episod: "Jembalang Tanah" | ||
2022 | Jiwa Wanita | Teha | TV9 | |
Setelah Terlafaznya Akad 2 | Hani | Astro Ria | ||
2024 | The Secret | Nurul | Viu |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018–2019 | Dewi Remaja 2018/19 | Dirinya sendiri / Peserta | Astro Ria |
Diskografi
- "Kehilangan" (2016)
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Wanita Popular | Tercalon |