peoplepill id: zainal-abidin-safarwan
ZAS
2 views today
6 views this week
Zainal Abidin Safarwan

Zainal Abidin Safarwan

The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Haji Zainal Abidin Safarwan (lahir 27 Jun 1932) ialah wartawan veteran Malaysia serta pakar perkamusan Melayu yang dinobatkan sebagai Wira Perkamusan Melayu oleh Persatuan Linguistik Malaysia dan dianugerahi Anugerah Tokoh Perkamusan Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sempena Seminar Perkamusan Melayu di DBP pada 20 Disember 1994. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan yang disusunnya dan diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd pada tahun 1995 merupakan kamus bahasa Melayu yang pertama untuk mencecah 100,000 kata masukan. Belum ada kamus bahasa Melayu setebal ini dihasilkan oleh mana-mana sarjana, baik secara bersendirian mahupun berkelompok, ketika itu.

Dilahirkan di Singapura, Zainal Abidin belajar di Victoria School dan lulus Sijil Persekolahan pada 1952. Setelah tamat sekolah menengah, beliau menyertai Straits Times Publication, anak syarikat Straits Times, dan ditugasi menerbitkan Majalah Bulanan Malaya. Di samping mengerjakan majalah itu, Zainal Abidin juga menjadi penulis, penterjemah dan pembaca pruf. Dalam dunia kewartawanan, beliau sentiasa bertembung dengan orang yang memperjuangkan bahasa, sastera, dan negara. Lantaran itu, Zainal Abidin juga ingin turut berjuang tetapi kerana tidak ingin memperjuangkan bidang yang sama, beliau memiih bidang perkamusan Melayu yang ketika itu, masih belum diperjuangkan oleh sesiapa pun. Namun sejak 1958 lagi, beliau mula berkecimpung dalam bidang perkamusan bahasa Melayu dan kemudian berjaya menghasilkan tiga buah kamus, iaitu:

  1. An Advanced Malay-English Dictionary (1964) yang diterbitkan oleh Merican & Sons, Singapura
  2. Kamus Sinonim dengan Ungkapan Lengkap (1984) yang diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
  3. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan (1995) yang juga diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Pada tahun 1965, Majalah Bulanan Malaya dihentikan dan Zainal Abidin berpindah bertugas menerbitkan majalah hiburan Radio Weekly. Walau bagaimanapun, beliau tidak berminat dengan majalah hiburan dan selepas tiga tahun, beliau berpindah pula ke Berita Harian di Kuala Lumpur pada 1968. Zainal Abidin bersara pada tahun 1987 ketika berumur 55 tahun.

Kaedah menyusun kamus yang tersendiri

Zainal Abidin tidak menerima sebarang latihan formal dalam bidang perkamusan dan justera itu, terpaksa membina kaedah tersendiri untuk menyusun kamusnya. Walaupun demikian, beliau pernah mendapat petunjuk daripada Dr. Hanif Ahmad, penyusun Kamus Melayu dekad 1950-an, yang membantu memberi ulasan kepada kamus An Advanced Malay-English Dictionary yang disusunnya pada 1964.

Oleh sebab komputer peribadi masih belum diperkenalkan ketika itu, Zainal Abidin menggunakan sistem kad. Setiap kata masukan dicatatkannya pada sekeping kad, dengan kad-kad itu disusun menurut rentetan abjad. Zainal Abidin membaca dan meneliti segala bahan dalam bahasa Melayu dari yang klasik hinggalah kepada yang termoden. Apa sahaja kata masukan baharu yang ditemuinya dicatatkan pada kad baharu, dengan kad itu diselitkan ke dalam susunan himpunan kadnya yang lain. Sekiranya ruang dalam kad itu penuh, beliau menempelkan halaman tambahan. Begitulah dilakukannya sehingga semua kata masukan yang terdapat dalam bahasa Melayu tercatat secara tuntas. Hanya apabila menyunting Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, barulah Zainal Abidin mula berdamping dengan komputer.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Zainal Abidin Safarwan is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Zainal Abidin Safarwan
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes