Zahazan Mohamed
Quick Facts
Biography
Dr. Zahazan Mohamed ( 40 tahun) merupakan Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Melaka 2014. Beliau merupakan penceramah bebas yang aktif dan banyak menulis pelagai buku agama.
Latar belakang
Beliau berasal dari Pantai Kundor, Tanjung Kling, Melaka.
Pendidikan
Dr. Zahazan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad,Melaka.Pada tahun 1990,Dr. Zahazan memasuki Kolej Islam Sultan Alam Shah.Beliau menyambung pelajaran di Universiti Yarmouk,Jordan bermula tahun 1992 hingga 1996 dan memiliki Ijazah Sarjana Muda.Beliau menyambung pengajiann Ijazah Sarjana (MA) serta Kedoktoran dalam bidang Linguistik Bahasa Arab (kajian bidang tafsir al-Quran) dari Universiti Malaya.
Kerjaya
Dr Zahazan pernah menjadi pensyarah di Kolej Islam Darul Ehsan dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari 1997 hingga 2007.
Dr. Zahazan kini aktif menerbitkan buku ilmiah di bawah Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. Selain itu beliau menjadi kolumnis akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian serta majalah Solusi, Perempuan, Nur dan Muslimah.
Tokoh Maal Hijrah 2014
Pada 25 Oktober 2014, beliau dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 2014 Melaka sempena perhimpunan Maal Hijrah yang diadakan di Masjid Al-Azim, Melaka. Anugerah Tokoh Maal Hijrah itu turut dikenali sebagai Anugerah Abu Bakar As-Siddiq itu disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob. Turut hadir ialahKetua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Yaakub Md Amin. Dr. Zahazanmenerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, plak, sijil penghargaan dan hadiah iringan.