Vee Meng Shaw
Quick Facts
Biography
Vee Meng Shaw (lahir 1938) merupakan seorang tokoh filem, penerbit filem, usahawan, pelabur dan ahli perniagaan. Beliau merupakan salah seorang ahli lembaga Shaw Brothers. Beliau merupakan anak kepada penerbit filem veteran, mendiang Sir Run Run Shaw.
Kehidupan peribadi
Vee Meng Shaw atau nama asalnya Dr. Shaw Vee Meng merupakan anak sulung kepada tokoh perfilemen layar perak, Run Run Shaw. Vee Meng Shaw merupakan Ketua Yayasan Shaw di Singapura. Vee Meng Shaw merupakan lepasan barrister-at-law di Gray's Inn, London. Vee Meng Shaw merupakan rakyat Singapura dan berstatus duda anak satu.
Kerjaya
Beliau turut mengambil bahagian dalam perniagaan filem keluarganya sambil mengetuai beberapa pertubuhan program komuniti, penjagaan kesihatan, pendidikan, kesenian dan kebudayaan. Vee Meng Shaw dilahirkan sekitar tahun 1933, menyertai Malay Film Productions Ltd sebagai eksekutif studio pada tahun 1958 yang ketika itu berusia 25 tahun.Beliau menyertai Studio MFP bersama sama sepupunya iaitu anak ketiga Runje Shaw (abang kepada Run Run Shaw), Shaw Vee Kong dan Shaw Vee Ngok untuk meneruskan perniagaan legasi keluarganya.
Pencapaian
Vee Meng Shaw diiktiraf sebagai manusia ke-42 terkaya di Singapura melalui Majalah Forbes terbitan tahun 2016.
Lihat juga
- Shaw Brothers Ltd
- Run Run Shaw
- Runme Shaw
- Malay Film Productions Ltd
- Merdeka Film Productions
Rujukan
Pautan luar
- Vee Meng Shaw di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)