Tengku Putera Tengku Awang
Quick Facts
Biography
YBM Dato’ Tengku Putera Tengku Awang (Lahir 14 Jun 1959), merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas Timbalan Menteri Kewangan.
Kehidupan Awal
Beliau dilahirkan di Kampung Kepah, Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu. Tengku Putera merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1984 dan kemudiannya menceburi kerjaya dalam bidang perbankan.
Politik
Kerjaya politiknya bermula apabila dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong pada pilihan raya umum 1995 dan seterusnya memenangi kerusi itu dan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri.
Sejarah kepimpinannya mula menyerlah ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) tumbang pada tahun pilihan raya umum 1999. Namun beliau bersama seorang lagi calon BN yang juga dari bahagiannya iaitu Rosol Wahid menang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong dan Ajil.
Beliau sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada tahun 1999 ketika BN tewas di Terengganu dan pada pilihan raya umum 2004 bertanding kerusi Parlimen Hulu Terengganu.
Keluarga
Beliau berkahwin dengan Toh Puan Halijah Ali, 44, dan mempunyai lima orang anak Tengku Haphiz, 21, Tengku Norhafizah, 19, Tengku Norhakimah, 16, Tengku Norhidayah, 13 dan Tengku Muhammad Hakimi, 6.
Lihat Juga
- Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2004