Syed Abdul Kadir Mohamed
Quick Facts
Biography
Dato' Syed Abdul Kadir bin Syed Mohamed adalah bekas Menteri Besar Johor dari 20 Februari 1952 - 5 Jun 1955. Sebelum beliau ialah Dato' Onn Jaafar (1947-1950). Selepas beliau ialah Dato' Wan Idris Wan Ibrahim (1955-1959).
Latar belakang
Beliau dilahirkan pada 5 Mei 1900 di Jalan Arab, Bandar Maharani, Muar. Beliau mengaji Al-Quran daripada ibu bapanya. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Muar dan Raffles School, Singapura.
Beliau menjadi kerani dan kerani pangkat dua di Pejabat Perbandaran Muar. Semasa bekerja beliau meneruskan pelajaran di bidang Setiausaha dan juga Undang-Undang.
Setelah belajar, beliau menjadi Setiausaha Bandaran Johor Bahru (1937-1940), Suruhanjaya Cukai dan Perniagaan, Muar (Nov 1940-1942), Pejabat Cukai Johor Bahru, Ahli Jemaah Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli Federal Council dan dilantik Menteri Besar Johor pada 20 Februari 1952.
Menentang Malayan Union
Beliau bersama Tan Sri Anwar Malik dan Haji Syed Alwi bin Syed Sheikh al-Hadi dari Hospital Sultanah Aminah telah menemui pegawai daerah Batu Pahat, Dato' Onn Jaafar bagi menulis surat serta rencana kepada Utusan Melayu agar semua orang Melayu menentang Malayan Union.