peoplepill id: syamsul-amri-ismail
SAI
5 views today
6 views this week
Syamsul Amri Ismail
Pendakwah bebas Malaysia

Syamsul Amri Ismail

The basics

Quick Facts

Intro
Pendakwah bebas Malaysia
Work field
Religion(s):
Birth
Age
48 years
The details (from wikipedia)

Biography

Syamsul Amri bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat (lahir 3 Ogos 1977) merupakan seorang pendakwah bebas dan personaliti televisyen Malaysia. Beliau terkenal dengan rancangan televisyen keagamaanya yang kebanyakkannya disiarkan di TV AlHijrah.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan sebagai Syamsul Amri bin Ismail pada 3 Ogos 1977 di Kampung Ayer Dedali, Jempol, Negeri Sembilan. Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Paroi (1983-1989) seterusnya Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu (1990-1992). Beliau telah melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam diploma Pentadbiran Awam dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda undang-undang juga di universiti sama.

Kerjaya

Syamsul memulakan kerjaya awalnya di Majlis Perbandaran Seremban. Selain itu, beliau juga mengendalikan urusan membawa jemaah menunaikan ibadah umrah dan program pelancongan.

Beliau paling dikenali sebagai pengacara rancangan keagamaan Syamsul Debat yang bersiaran di TV AlHijrah. Selain itu, beliau juga pernah berlakon dalam filem This Is Pilah yang dikeluarkan pada 2018.

Syamsul mengumumkan telah melepaskan semua jawatan beliau dalam UMNO berkuat kuasa serta merta pada 18 Mei 2018 selepas Pilihan Raya Umum ke-14 dan kehilangan kuasa Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, namun beliau kekal sebagai ahli UMNO.

Syamsul kini memegang jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (Adam) yang terlibat aktif dengan ceramah motivasi serta program pembangunan kerjaya dan masyarakat.

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Ungku Norkhayati Ungku Abu Bakar, beliau lebih mesra dengan panggilan Abang Acoy oleh keluarganya. Pada Mac 2018, Syamsul Debat memberikan respons beliau ketika mengulas laporan akhbar tempatan yang mendakwa dirinya mempunyai skandal dengan isteri orang, namun beliau bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan belum disoal pihak berkuasa. Beliau melahirkan rasa terkejut selepas dihujani pelbagai pertanyaan daripada ahli keluarga sebaik saja pulang dari mengerjakan umrah di Makkah, Arab Saudi.

"Saya tidak tahu (kandungan laporan polis itu), cuma saya berdasarkan laporan akhbar yang menyebut dan meletakkan gambar saya, merujuk kepada saya dan meletakkan biodata dan profil saya. Itu pada saya agak (tidak kena). Sebab itu saya panggil sidang media untuk penafian ini. Laporan akhbar tulis ada laporan polis dibuat di Johor Bahru dan kita pun tak tahu siapa, lelaki ke perempuan ke, (dan) orang yang buat tuduhan dan saya tak boleh kata apa cuma kalau tuduhan itu kata libat isteri orang, saya menafikan. Apa tuduhannya pun kita tak jelas,"

—Syamsul Debat memberikan respons pada sidang media.

Pada Mei 2018, satu rakaman video tular di media sosial kononnya ceramah Syamsul tidak mendapat sambutan orang ramai disahkan palsu. Rakaman tersebut telah diubah suai dipercayai dengan niat memburuk-burukan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat.

Syamsul Debat mendedahkan dalam temuramah eksklusif bersama Utusan Malaysia bahawa beliau pernah dirotan oleh Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad ketika berada di tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said (SMKA SHAMS), Seremban. Menurutnya, hukuman itu diterima kerana beliau dan rakan-rakan tidak hadir ke sekolah dan sering menghabiskan masa di luar. Beliau berkata: "Masa itu pernah ponteng sekolah dan melepak bersama kawan-kawan di luar. Waktu itu, Datuk Mohd. Yusof merupakan pengetua di SMKA SHAMS sehinggalah ketidakhadiran kami ke sekolah dapat dihidu oleh guru-guru".

Filemografi

Filem

TahunTajukPerananCatatan
2018This Is PilahDirinya sendiri

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2016Syamsul DebatPengacaraTV AlHijrah
2017Sejuta Rahsia
2018Duo Syamsul

Pencapaian

  • Johan Pidato UiTM Melaka (1998)
  • Johan Debat Piala Provos UiTM Melaka (1998)
  • Tempat Ketiga Debat DiRaja di USM Pulau Pinang (Pendebat Terbaik Keseluruhan) (1999)
  • Johan Pidato Kenegaraan Negeri Sembilan (2000)
  • Johan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan di Ipoh (2000)
  • Tempat Ketiga Debat DiRaja di UUM (Ranking Pertama Pendebat Terbaik Seluruh Malaysia) (2002)
  • Johan Debat Perdana anjuran Majlis Peguam Malaysia (2002)
  • Johan Debat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) (Pendebat Terbaik Keseluruhan) (2002)
  • Johan Debat Komuniti Bestari Negeri Sembilan (2003)
  • Johan Debat Komuniti Bestari (Pendebat Terbaik Pertandingan Akhir) (2003)
  • Johan Pidato KEMAS Negeri Sembilan (2003)
  • Johan Pidato anjuran KEMAS Negeri Sembilan (2004)
  • Ketua Hakim bagi pertandingan debat
  • Jurulatih Debat dan memiliki Sijil Penghakiman Debat oleh MADUM
  • Johan Pidato Perdana Islam Hadhari Kebangsaan di PWTC (2006)
  • Jurulatih sambilan untuk Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh serta beberapa buah Universiti Tempatan termasuk UNIMAS di Sarawak

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Syamsul Amri Ismail is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Syamsul Amri Ismail
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes