peoplepill id: syahrin-samsir
SS
2 views today
5 views this week
Syahrin Samsir

Syahrin Samsir

The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Syahrin Samsir ialah seorang pejawat awam separuh kanan bagi negeri Sabah, Malaysia yang berketurunan Dusun beragama Islam dari daerah Ranau.

Pendidikan

Syahrin Samsir telah melanjutkan pengajian di Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengambil dalam bidang Sains dan Pengurusan Sumber Tumbuhan. Beliautelah menamatkan pengajian dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian. Beliau merupakan graduan Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ke-12.

Kerjaya Perkhidmatan Awam

Syahrin Samsir memulakan kerjaya sebagai penjawat awam dengan menjawat jawatan sebagai Pegawai Kanan Hasil Bumi di Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Pada 31 Oktober 2015, beliau dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Telupid (Bahagian Pentadbiran)dan sepanjang beliau berkhidmat di Daerah Telupid, Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pembangunan).

Selepas berkhidmat di Daerah Telupid, Syahrin Samsir kemudiannya dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (KPP) di Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pada tahun 2019.

Pada 18 Disember 2020, Syahrin Samsir telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Ranau. Atas komitmen dan tanggungjawab beliau sepanjang menangani pandemik Covid-19 serta mengurus Pentadbiran Majlis Dearah Ranau dengan sangat efektif,produktif dan cemerlang. Beliau kemudiannya diberi kepercayaan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah iaitu Datuk Jahid Jahim untuk menjawat jawatan sebagai Pegawai Daerah Tuaran.

Syahrin Samsir juga merupakan Pengerusi Majlis Daerah Tuaran dari 2022 sehingga 20223.Pada tahun 2023, Syahrin Samsir telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kerja Raya Sabah, tetapi kemudiannya ditukarkan ke Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dalam memegang jawatan yang sama selepas beberapa bulan.

Penyelidikan

Syahrin Samsir merupakan anggota agensi kerajaan yang menjayakan Program Latihan Negara Ketiga pada tahun 2013 di mana program berikut merupakan anjuran bersama Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Universiti Malaysia Sabah (IBTP UMS), Pejabat Sumber Asli (NRO) dan Kerajaan Negeri Sabah serta di bawah kerjasama agensi Kerajaan Negeri Sabah iaitu Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC), Jabatan Perhutanan Sabah, Taman Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah.Program tersebut merupakan usahasama Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun di bawah Program Borneo Biodiversity and Ecosystem Conservation (BBEC) Project.

Beliau juga pernah berkhidmat di Sabah Biodiversity Centre (SaBC) dengan menjawat Jawatan sebagai Pegawai Pentadbiran Sabah Biodiversity Centre (SaBC).

Penglibatan persatuan

Syahrin Samsir aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan sejak memegang jawatan sebagai;

  • Penaung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Tuaran
  • Pengerusi Badan Dakwah Daerah Tuaran
  • Pengerusi Penganjur Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran
  • Pengerusi Penganjur Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Ranau 2021
  • Pengerusi Penganjur Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Ranau 2021
  • Pengerusi Majlis Gerakan Pengguna Daerah Tuaran

Anugerah

  •  Sabah :
    • Ahli Darjah Kinabalu (ADK) - (2021)

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Syahrin Samsir is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Syahrin Samsir
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes