peoplepill id: sultan-muhamad-shah
SMS
2 views today
2 views this week
Sultan Muhamad Shah

Sultan Muhamad Shah

The basics

Quick Facts

Gender
Male
The details (from wikipedia)

Biography

Sultan Muhamad Shah ibni Yang di-Pertuan Muda Mansur Shah ialah Sultan Perak ke-14 yang telah memerintah mulai 1742 sehingga 1750.

Nama baginda yang sebenar ialah Raja Bisu, putera ketiga Yang Dipertuan Muda Raja Mansur Shah (Marhum Mangkat di Pulau Tiga). Semasa kekanda baginda, Sultan Mudzaffar Shah III, menjadi Sultan Perak, Raja Bisu ialah Yang Dipertuan Muda atau Sultan Muda bergelar "Yang Dipertuan Muda Raja Muhammad Muayat Shah". Baginda bersemayam di Pulau Tiga, apabila berlaku perselisihan faham antara Sultan Mudzaffar Shah III dan Yang Dipertuan Muda, maka kesultanan Perak berpecah dua. Peristiwa ini berlaku di sekitar tahun 1742 ketika Daeng Chelak iaitu Yamtuan Muda Riau mencampuri hal pemerintahan Negeri Perak, akan tetapi setelah Daing Chelak berangkat balik ke Riau pada tahun 1745, kedua adik beradik itu pun berdamai semula.

Sultan Muhammad Shah mangkat pada tahun 1750, dahulu daripada kekanda baginda Sultan Mudzaffar Shah III (1754). Baginda dimakamkan berhampiran makam Almarhum Sultan Mahmud Shah, Sultan Perak yang kelapan, di Pulau Tiga, dan digelarkan "Marhum Aminullah". Putera sulung Sultan Muhamad Shah, Raja Iskandar menjadi Sultan Perak yang seterusnya.

Didahului oleh
Sultan Mudzaffar Shah III
Sultan Perak
1744-1750
(selatan Perak)
Diikuti oleh:
Sultan Mudzaffar Shah III

Nota

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Sultan Muhamad Shah is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Sultan Muhamad Shah
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes