Sultan Iskandar Zulkarnain
Quick Facts
Biography
Sultan Iskandar Dzulkarnain ialah Sultan Perak ke-15 yang telah memerintah mulai 1752 sehingga 1765. Baginda merupakan sultan yang terkenal dalam lirik lagu Cempaka Sari yang bersempena dengan nama pusat pentadbiran negeri Perak.
Berakhirnya zaman bendahara keturunan Megat Terawis
Zaman baginda merupakan penamat kepada keturunan Megat Terawis sebagai bendahara Perak. Pada zaman baginda ketika pembinaan pusat pentadbiran Perak iaitu Cempaka Sari ataupun Inderasakti, Bendahara Megat Abu Kasim yang merupakan Bendahara Perak ketika itu, telah meletakkan jawatan sebagai Bendahara Perak daripada keturunan Megat Terawis dengan menyerahkan baur kebesaran bendahara, sebab perletakkan jawatan Bendahara Megat Abu Kasim ialah kerana beliau tidak bersetuju dengan keadaan pusat pentadbiran Perak iaitu Inderasakti yang kurang sesuai. Perletakkan Jawatan Bendahara oleh Megat Abu Kasim telah mengakhiri jawatan Bendahara yang semenjak turun-temurun disandang oleh keturunan Megat Terawis. Semenjak perletakkan jawatan bendahara oleh Megat Abu Kasim telah mengakhiri era Megat Terawis, dan jawatan bendahara pada zaman Sultan Iskandar Zulkarnain dan selepas zaman baginda dipegang oleh bukan keturunan Megat Terawis.
Lihat juga
- Sultan Perak
- Misa Melayu
Rujukan
Nota kaki
Pautan luar
Didahului oleh Sultan Muhamad Shah | Sultan Perak 1752-1765 | Diikuti oleh: Sultan Mahmud Shah II |