Sulaiman Masri
Quick Facts
Biography
Dr Sulaiman Masri merupakan antara penulis tersohor di Malaysia, khususnya makalah, esei dan buku dalam bidang bahasa Melayu, kewartawanan, buku teks sekolah, motivasi pembelajaran, panduan penyelidikan dan penulisan ilmiah. Beliau bertugas sebagai guru siswazah pada 1973 sebelum berjawatan Pegawai Penyelidik/Perkamusan di Dewan Bahasa dan Pustaka mulai November 1973; seterusnya berjawatan editor majalah Dewan Masyarakat (1976-1985) dan Ketua Bahagian Peristilahan (1985-1993), sehingga bersara pilihan pada November 1995. Tahun 2000-2006 sebagai pensyarah di UPSI, Tanjung Malim, Perak, Malaysia. April Tahun 2008 hingga September 2014 sebagai Pegawai Khas Media kepada YAB Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato' Menteri Besar ke-14, Selangor Darul Ehsan. Sekarang Dr. Sulaiman sebagai freelance (penulis/editor/penterjemah bebas), penyemak proposal/tesis Sarjana dan Doktor Falsafah. Beliau juga sebagai motivator cemerlang peperiksaan.
Dr. Sulaiman Masri mendapat didikan dalam bidang linguistik, kewartawanan dan penerbitan. Berpengalaman sebagai guru Bahasa Melayu, Geografi dan Sejarah;pensyarah linguistik dan kewartawanan, perancang bahasa, penterjemah dan editor. Beliau memimpin pelbagai kursus komunikasi interpersonal untuk pelajar, mahasiswa dan pekerja.
Sulaiman Masri lahir di Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor pada 23 April, 1949. Beliau mendapat pelajaran dasar di Sekolah KebangsaanPasir Panjang, Sekinchan, Selangor; Sekolah Menengah Dato' Harun di Tanjung Karang, Selangor dan di Sekolah Menengah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur. Kemudian melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya hingga memperoleh Ijazah B.A. Dip. Ed;mendapat MA. Journalism (di University of Missouri at-Columbia, USA) dan PhD Kajian Bahasa/Peristilahan, di USM, Pulau Pinang.
Sebagai Penyanyi: pernah merakamkan lagu-lagu pop pada tahun 1970/71, ciptaan Salamah Basiron, iringan Kugiran The Wanderers. Antara lagu-lagnya - Tiada Guna Kata dan Janji, Pertemuan Di Malam Pesta, Rukun Negara, Riwayat Lembah Pantai,Korban Cinta Suci, Madah untuk Adik danPadi Mahsuri, Ria Malinja, Bahagia.
Sebagaii pelakon dalam filem drama "DAUN DI MUSIM LURUH (untuk TV3), Terbitan Serangkai Filem (Penerbit Habsah Hasan; Skrp dan Arahan Othman Hj Zainuddin); di samping pelakon2: Rubiah Suparman, Sherry Merlis, Normah Diah, Luisa Chong, Mat Merbawi dan Puteri Salabiah.
Penulisan
- Mendekati & Mencintai Allah SWT & Muhammad SAW Dengan Mematuhi Firman & Sabda (Dr. Sulaiman Masri, PhD), Penerbit Mentari, 2019.
- Kata Secantik Bahasa - Penggunaan Bahasa Melayu Yang Betul Santun Indah (Sulaiman Masri, Nurlina Jamian), Penerbit Mentari, 2016.
- Bersama Ke Puncak Idaman - Pendidikan Seksual untuk Pasangan Intim, dan Suami Isteri (Sulaiman Masri, Pahroraji Masri), Penerbit Mentari 2016.
- Bahasa Melayu Rujukan Menengah, (Sulaiman Masri, Mashudi Bahari, Juliliyana Mohd. Junid ), Utusan Publications, 2007.
- Bahasa Melayu: Dimensi pengajaran dan pembelajaran ,(Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd Ra'in Shaari), , Utusan Publications & Distributors, 2006.
- Tatabahasa Melayu mesra pengguna (Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor), Utusan Publications & Distributors, 2006.
- Komunikasi Pejabat: Petua pelayanan pelanggan serta panduan umum penulisan memo, surat, laporan, minit, ucapan dan iklan (Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor), Utusan Publications & Distributors, 2005.
- Tuju cemerlang peperiksaan, Utusan Publications & Distributors , 2005/2007.
- Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan (esei, proposal, tesis),Utusan Publications & Distributors , 2005.
- Panduan belajar di universiti, Utusan Publications & Distributor, 2002/2004.
- Komunikasi Kewartawanan: Penulisan berita, rencana dan ulasan, (Sulaiman Masri, Razali Ayob),Utusan Publications & Distributors, 2002.
- Target bestari : cemerlang peperiksaan ,Alaf 21, 1999.
- Tatabahasa Melayu , Fajar Bakti, 1997.
- Media dan komunikasi dalam Bahasa Melayu ,Fajar Bakti, 1997.
- Komunikasi berkesan jilid 2: Penulisan memo, surat, iklan, laporan (minit mesyuarat) ,Fajar Bakti, 1997.
- Penggunaan bahasa Melayu, Fajar Bakti, 1997.
- Teori tatabahasa : keterbatasan dan kemungkinannya (oleh Frederick J. Newmeyer ; Penterjemah Sulaiman Masri) , DBP, c1996.
- Kursus amali dalam pemprosesan istilah (oleh Juan C. Sager; bibliografi oleh Blaise NKwenti- Azeh, Penterjemah Sulaiman Masri), DBP, 1995.
- Penulisan berita dalam bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.
- Inilah Bahasa Baku,Fajar Bakti, 1989.
- Sebutan Baku: Panduan dan senarai perkataan, Syarikat S. Abdul Majeed , 1988
- Bahasa Inggeris Mudah, Teks Publishing, 1986.
- Saripati Bahasa Malaysia, Oscar Book International, 1983.
- Kamus Utama dengan daftar kata istilah (Penyunting Sulaiman Masri), Pustaka Zaman, 1980.
- (Pelbagai rencana, esei dan kertas kerja yang disiarkan akhbar-akhbar arus perdana, majalah dan radio sejak 1967).
Aktiviti lain (Ahli Persatuan Banjar Malaysia, Negeri Selangor; Ahli PKR)