peoplepill id: sulaiman-abdul-razak
SAR
5 views today
5 views this week
Sulaiman Abdul Razak

Sulaiman Abdul Razak

The basics

Quick Facts

Gender
Male
The details (from wikipedia)

Biography

== YB Sulaiman Abdul Razak adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) kawasan Permatang (N09), Selangor. Beliau juga adalah pengurus besar Redha Resources Sdn. Bhd. Mula menceburkan diri dalam politik secara serius pada tahun 1986, selepas menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan (UKM), Bangi, Selangor. Pengajian selama 4 tahun dibidang Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah menyemai minat yang sangat mendalam didalam bidang ini, dan ia bermula bilamana terlibat secara langsung dengan Pilihanraya Kampus Universiti pada tahun 1983/84. == Pada tahun berkenaan (1983-1984) bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan dengan mewakili Tindakan Siswa Bersatu (TSB), yang lebih bersifat pro aspirasi Kerajaan dan penglibatan secara l

angsung ini telah melahirkan minat yang sungguh mendalam untuk terus

bergiat cergas didalam politik dan mula menyertai UMNO pada tahun 1987.

Disepanjang penglibatan secara aktif selama 20 tahun diarena politik UMNO Bahagian Kuala Selangor dan UMNO Bahagian Tanjung Karang, telah diberikan peluang untuk memegang pelbagai jawatan termasuklah Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan, Ahli Jawatan Kuasa (EXCO) Pemuda Bahagian, Ketua Penerangan (EXCO) Pemuda Bahagian, menjadi Ketua UMNO Cawangan, menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor, dan Ketua Pemuda Barisan Nasional peringkat Parlimen, sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Bendahari UMNO Bahagian, dan terkini Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang.

Di peringkat Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, telah diberi peluang untuk menjadi Jurucakap / Pembahas Usul, Pengerusi Biro Agama  dan Dakwah, seterusnya sebagai Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor.

PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGERI DAN PERSEKUTUAN

(1) P.M.W.(Pingat Mahkota Wilayah)

Pengurniaan Pingat Mahkota Wilayah Oleh Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah  sempena Hari Wilayah yang membawa gelaran 'Datuk'

Pengurniaan Diterima 01hb Februari 2015

(2)  S.M.S.(Setia Mahkota Selangor)

Pengurniaan Darjah Kebesaran Oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia    Sultan  Sharafuddin Idris Shah Ibni Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan

Pengurniaan Di Terima Tahun 2004

(3)  K.M.N.(Kesatria Mangku Negara)

Pengurniaan Darjah Kebesaran Oleh Kebawah Duli Duli Seri Baginda Paduka Yang di Pertuan Agong Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Pengurniaan Di Terima Tahun 2012

(4)  P.P.N (Pingat Pangkuan Negara)

Pengurniaan Pingat Persekutuan Oleh Kebawah Duli Seri Baginda Paduka Yang di Pertuan Agung X11, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Pengurniaan Di Terima Tahun 2006

(5)  J.S.S (Pingat Jasa Setia Selangor)

Pengurniaan Pingat oleh Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia, MAYC Negeri Selangor Darul Ehsan Oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri (Dr.)Haji Abu Hassan B. Haji Omar, Menteri Besar Negeri Selangor Darul Ehsan

Pengurniaan Di Terima Tahun 1999

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Sulaiman Abdul Razak is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Sulaiman Abdul Razak
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes