Sissy Imann
Quick Facts
Biography
Sissy Imann binti Mohammad Kamil (Jawi: سيسش ايمانن; lahir 24 Oktober 1995) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi lagu "Mungkin Kamu". Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam program Big Stage.
Kehidupan awal
Sissy dilahirkan pada 24 Oktober 1995 dan merupakan anak jati kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga merupakan lulusan jurusan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras dan mempunyai ijazah Sarjana Muda Perguruan Kelas Pertama
Kerjaya
Bakatnya dikesan di YouTube oleh AG Coco sebelum terbit kerjasama antara mereka untuk album pertama. Selain itu, beliau juga berkebolehan bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, piano, biola dan bes.
Namanya melonjak naik menerusi lagu "Mungkin Kamu". Video muzik lagu itu sehingga kini telahpun meraih lebih 750,000 tontonan di YouTube.
Selain menyanyi dan berlakon, Sissy juga merupakan guru vokal.
Sissy menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.
Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi drama Tolong Aku Doktor Cinta lakonan Hafreez Adam, Puteri Aishah dan Nina Iskandar.
Pada 27 Mac 2019, Sissy akan muncul dalam rancangan The House bersama Sarah Suhairi dan Wani Kayrie yang akan disiarkan di Astro Ria.
Big Stage (Musim 1)
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:
Konsert | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|
Minggu 1 | "Mungkin Kamu" | Sissy Imann | Tempat Pertama |
Minggu 2 | "Semoga Abadi" | Misha Omar | Tempat Pertama |
Minggu 3 | "Drama" (duet bersama Ara Johari) | Ning Baizura, Nikki Palikat & Yanie | Ke-5 |
Minggu 4 | "Senggol-senggolan Cubit-cubitan" | Mas Idayu | Tersingkir |
Diskografi
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2014 | "Mungkin Kamu" | OST Eksperimen Cinta |
"Benar Ku Tak Bohong" | ||
2015 | "Entah Apa Rasa" | |
2017 | "Jatuh" | |
2019 | "Pesanan Ayahanda" | |
"Sudahlah (Meow!)" |
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Tolong Aku Doktor Cinta | TV2 | ||
Kariah Cak Pong | Cik Tiara | TV3 | ||
Cinta Belum Tamat Tempoh | Aween Lee | Astro Ria |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Misi Penculikan Cinta | Cinta Farhani | TV3 | sempena Anugerah Juara Lagu (AJL) 33 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Big Stage Musim Pertama | Astro Ria | sebagai peserta |
2019 | The House | Astro Ria | bersama Sarah Suhairi dan Wani Kayrie |
Malam Kenangan Mengusik Jiwa | TV2 | sebagai artis jemputan | |
Muzikal Lawak Superstar | Astro Warna |
Rujukan
Pautan luar
- Sissy Imann di Facebook
- Sissy Imann di Twitter
- Sissy Imann di Instagram