peoplepill id: salleh-ghani
SG
2 views today
2 views this week
The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Allahyarham Salleh Ghani (3 Disember 1923 - 20 Ogos 1986) merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan wartawan veteran Malaysia.

Biografi

Selepas tamat persekolahan, Salleh Ghani menjadi guru untuk beberapa tahun sebelum berhijrah ke Singapura selepas Perang Dunia Kedua untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang penulis buku. Hidupnya di Singapura dimulakan dengan pelbagai kerja termasuk menjadi guru di Sekolah Batu Penggaram. Masa lapangnya dipenuhi dengan menulis novel termasuk yang bercorak panas dan sensasi.

Nama Salleh Ghani mula mendapat perhatian ramai apabila menjadi editor kepada sebuah majalah hiburan yang diterbitkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ironinya Salleh Ghani memimpin majalah yang diberi nama Juwita itu dari rumahnya di Singapura. Salleh juga pernah menjadi wartawan di Singapura ketika krisis 'Natrah'.Beliau adalah penulis buku atau Novelis seangkatan Arenawati dan Keris Mas.

Salleh mula melangkah ke dunia filem pada tahun 1947 apabila dipilih berlakon dalam "filem Seruan Merdeka" yang diarahkan oleh H.M Chisty keluaran Malayan Arts Production Company.

Memang menarik sekali, Salleh yang tidak pernah mempunyai sebarang pengalaman tentang lakonan telah diserahkan peranan hero. Dengan itu, Salleh Ghani menjadi anak keturunan Melayu pertama menjadi hero ditengah-tengah pelakon lain yang pada umumnya datang dari tanah seberang seperti Jawa dan Sumatera.

Bertolak dari filem "Seruan Merdeka," Salleh tidak menoleh kebelakang lagi dalam kerjaya perfilemannya. Kerjaya itu diperluaskan ke bidang penulisan skrip selain menumpukan bidang lakonan. Ketika Keris Filem ditubuhkan pada awal 1950-an Salleh Ghani menjadi pekerja tetap di studio itu dengan jawatan Penolong Pengarah. Setelah ditubuhkan pula Studio Cathay Keris Film pada tahun 1954, Salleh Ghani berpindah kerja ke studio baru itu dengan jawatan yang sama.

Anak kelahiran Johor itu diberi kepercayaan menjadi Pengarah Filem pada tahun 1960, berikutan dengan kejayaan beberapa orang pengarah Melayu seperti P. Ramlee dan Jamil Sulong di Studio Malay Film Produvtions serta S. Roomai Noor dan Husain Hanif di Studio Cathay Keris Film. Salleh Ghani juga pernah bekerjasama dengan William Holden (pemenang Aktor terbaik Academy Award) ketika aktor tersebut berlakon di Singapura dlm filem 'Keeping The Peace' arahan Don Sharp. Salleh menjadi penolong pengarah dalam filem yang diterbitkan pada tahun 1959 itu.

Di tengah kegemilangan kerjaya perfilemannya di Singapura, Salleh berhijrah ke Studio Merdeka Film di Hulu Kelang, Selangor pada tahun 1962 dengan mengarahkan "filem Siti Payung" yang diilhamkan daripada judul lagu Siti Payung yang bercorak tradisional asli. Semasa penghijrahan Salleh ke Malaysia, dunia filem Melayu sedang mengalami kemerosotan kerana kehilangan penonton menjadikan nasib para karyawan dan para pelakon filem Melayu terumbang-ambing.

Bagi meneruskan kehidupan Salleh Ghani beralih kepada bidang pengarahan drama TV setelah Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkenalkan projek drama swasta pada awal 1980-an. Projek drama swasta tercetus daripada idea Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang pada masa itu menjadi Menteri Penerangan. Cerita filem Seri Mersing dipindahkan kepada drama TV dengan judul "Tragedi Seri Mersing." Drama yang dihasilkan oleh Salleh Ghani itu telah muncul sebagai salah satu rancangan televisyen yang menarik di stesen RTM. Telah menerima beberapa anugerah Tokoh dari Gafim dan juga FINAS.Keseluruhannya Salleh Ghani telah mengarahkan lebih kurang 15 buah filem dan beberapa drama TV.

Salleh Ghani mengakhiri zaman bujangnya pada tahun 1955 dengan mendirikan rumahtangga bersama Raja Hamidah binti Raja Sa’at yang juga pelakon filem di Singapura. Perkahwinan itu dikurniakan 12 orang cahaya mata, iaitu Normala, Zulkiflee, Norashikin, Lukmanul, Hakim, Norsidah, Mohd Noor, Adam, Mariam, Mohd Effendi, Ahmad, Abdullah dan Muhammad Taib.

Pengarah dan pelakon berkaliber itu terpaksa berundur daripada bidang perfileman yang sebati dengan jiwanya itu setelah menderita sejenis sakit barah. Namun dalam keuzuran itu, Salleh Ghani meneruskan usaha menulis sambungan skrip "Tragedi Seri Mersing." Usaha itu terhenti di pertengahan jalan apabila menghembuskan nafas terakhirnya pada 20 Ogos 1986 di rumahnya di Klang Gate, Kuala Lumpur.

Semoga Allah mencucurkan rahmat ka atas rohnya


'KARYA-KARYA SALLEH GHANI'

CERITA CERITA PENDEK YANG DIKARANG (CERPEN)


1

MEMANG JODOH MU 1948 (NOV) MUTIARA (BIL.2) CENDERAWASIH (Nama Pena)

2

AMPUNILAH DOSAKU 1949 (APRIL) MUTIARA (BIL.6) CENDERAWASIH (Nama Pena)


3

JANDA BAHAGIA 1949 (APRIL) MUTIARA (BIL.6) CENDERAWASIH (Nama Pena)

4

SALAHKAH DISISI MASYARAKAT 1949 (APRIL) MUTIARA (BIL.6) CENDERAWASIH (Nama Pena)


5

TERKORBAN SIFAT KERANA JANJI 1952 (MEI) MUTIARA (BIL.38) CENDERAWASIH (Nama Pena)MENDAPAT PILIHAN RAMAI CERITA PENDEK KE-2 TERBAIK

6

PERISTIWA DI PAGI HARI RAYA

1950 (OGOS) MUTIARA (BIL.38) CENDERAWASIH (Nama Pena)

7

GADIS YANG TAK MUNGKIR JANJI

1950 (FEB) MUTIARA (BIL.38) CENDERAWASIH (Nama Pena)

8

FILEM MELAYU

1951 (NOV) JUITA (BIL.2) SALLEH GHANI

9

GABUNGAN PELAKON-PELAKON MELAYU

1951 (SEPT) JUITA (BIL.3) SALLEH GHANI

10

HENDAK MENANTU KAYA

1952 (MEI) . JUITA (BIL.6) CENDERAWASIH (Nama Pena)

11

SYARIKAT FILEM MELAYU LTD

1952 (MEI) JUITA (BIL.8) SALLEH GHANI

12

KERANA POTRETMU

1948 (DIS) JUITA CENDERAWASIH (Nama Pena)

13

RACUN PERKONGSIAN 1948 (DIS) JUITA CENDERAWASIH (Nama Pena)

14

LANTARAN MULUT

1951 (JUN) JUITA CENDERAWASIH (Nama Pena)

15 DISEBALIK PERTOLONGAN YANG IKHLAS 1949 (MEI) JUITA CENDERAWASIH (Nama Pena)

16

UBAHLAH DASAR MU RAFEAH 1951 (MEI) JUITA CENDERAWASIH (Nama Pena)

17

MENTUA KU

1949 (MEI) JUITA CENDERAWASIH (Nama Pena)

18

KESUDAHAN SEORANG ISTERI

1950 (JAN) MASYARAKAT CENDERAWASIH (Nama Pena) RUANGAN KAUM IBU

19

DOKTOR AHMAD 1951 (JUN) HIBURAN KANAK KANAK CENDERAWASIH (Nama Pena)


NOVEL NOVEL YANG DIKARANG DAN TELAH DITERBITKAN'


1

SERUAN MERDEKA 1947 SENTOSA PRESS TELAH DIFILEMKAN

2.

SUDAH AJALKU 1948 SENTOSA PRESS


3

LANTARAN KASMAH 1949 SENTOSA PRESS

4

HAKIM JADI HAKIM 1950 SENTOSA PRESS

5

RACHUN PENAWAR 1950 SENTOSA PRESS

6

RADEN MAS 1951 SENTOSA PRESS TELAH DIFILEMKAN

7

BERJANJI SEHIDUP SEMATI 1952 SENTOSA PRESS

8 BERMADU

1952 SENTOSA PRESS

9

ROHANA 1952 SENTOSA PRESS

10

RAHSIA CINTA 1952 SENTOSA PRESS


11

PUTUS HARAPAN 1953 SENTOSA PRESS

12

BAWANG PUTIH BAWANG MERAH 1955 GELIGA PRESS TELAH DIFILEMKAN

13

NAFSU 1956


14

PUTERI GUNONG LEDANG 1956 GELIGA PRESS TELAH DIFILEMKAN

15

NAFSU KUDA 1956 SENTOSA PRESS NOVEL PALING LARIS DI JUAL


16

PEREMPUAN 1956 SENTOSA PRESS

17

SABARINA 1956 SENTOSA PRESS


18

TIJAH JANDA MALABARI 1956 SENTOSA PRESS

19

BUKU NYANYIAN MELAYU (SIRI 1-4) 1956 SENTOSA PRESS

20

ANAK DARA DI SANGKA JANDA 1959 NUSANTARA

21

KASIH MEMBAWA MAUT 1959 SENTOSA PRESS

22

SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG 1959 TELAH DIFILEMKAN

23

MALAYSIA ABADI 1969 BELUM DITERBITKAN MEMASUKI PERADUAN DEWAN BAHASA & PUSTAKA PADA 1969.MENDAPAT TEMPAT PERTAMA TETAPI MALANGNYA KEPUTUSAN DIBEKUKAN KERANA PERISTIWA 13 MEI. HANYA TEMPAT KE-3 DIUMUMKAN IAITU ARENAWATI.

24

ANTARA 2 KASIH 1980 VARIAPOP GROUP ADIMUS PUTRA (NAMA PENA)

25

CINTA ABADI 1980 VARIAPOP GROUP ADIMUS PUTRA (NAMA PENA)

26

NODA NODA PUTIH 1980 VARIAPOP GROUP TELAH DIFILEMKAN DAN TAJUK DIUBAH KEPADA FILE 'RIBUT BARAT'


* NOTA *TAJUK NOVEL DIPEROLEHI DARIPADA BUKU CATITANALLAHYARHAM SALLEH GHANI



SENARAI FILEM-FILEM LAKONAN


1

SERUAN MERDEKA 1947 B.S. RAJAN

2

CEMPAKA 1948 B.S. RAJAN

3

BULUH PERINDU 1953 B.S. RAJAN

4

NELAYAN 1953 JAAFAR WIRYO

5

KEMBALI KE DESA @ CINTA ABADI 1953 JAAFAR WIRYO

6

DAHLIA 1954 B.S. RAJAN

7

TERANG BULAN DI MALAYA 1954 B.S. RAJAN

8

INSAF 1954 B.S. RAJAN

9

PERTARUHAN 1954 L. KRISHNAN

10

TANGISAN IBU 1954 L. KRISHNAN

11

DUKA NESTAPHA 1955 L. KRISHNAN

12

SELAMAT TINGGAL KEKASIHKU 1955 L. KRISHNAN

13

KASIH MENUMPANG 1955 L. KRISHNAN

14

AZAN 1955 L. KRISHNAN

15

SELAMAT HARI RAYA 1955 L. KRISHNAN


16

CIK MAMAT PARANG TAJAM 1957 S.ROOMAI NOOR

17

SATAY 1958 K.M. BASHKARAN

18

TUNANG PAK DUKUN 1960 S.ROOMAI NOOR

19

KELUARGA 69 1967 P.RAMLEE


SENARAI FILEM-FILEM SELAKU PENOLONG PENGARAH


1

NELAYAN 1953

2

KEMBALI KE DESA 1954

3

DUKA NESTAPHA 1954

4

KASIH MENUMPANG 1955

5

SALAH SANGKA 1956

6

PONTIANAK 1957

7

DENDAM PONTIANAK 1957

8

SUMPAH PONTIANAK 1957

9

CIK MAMAT PARANG TAJAM 1958

10

MAHSURI 1958 PENULIS SKRIP – TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

11

BAWANG PUTIH BAWANG MERAH 1958

12

JULA JULI BINTANG TUJUH 1959

13

PAK PANDIR 1959

14

KEEPING THE PEACE 1959 PENGARAH – DON SHARP PELAKON UTAMA – WILLIAM HOLDEN

15

NUR ISLAM 1960


16

TUNANG PAK DUKUN 1960

17

SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG 1961



SENARAI FILEM-FILEM ARAHAN


1

SRI MERSING 1960 CATHAY KERIS FILEM PERTAMA (DRAMA)

2

JALAK LENTENG 1961 CATHAY KERIS DRAMA

3

TUN FATIMAH 1961 CATHAY KERIS SEJARAH

4

SITI PAYUNG 1962 MERDEKA STUDIO DRAMA (KOS RM 60000)

5

TANGKAP BASAH 1963 MERDEKA STUDIO DRAMA (KOS RM 80000)

6

IBU AYAM 1963 MERDEKA STUDIO DRAMA (KOS RM 80000)

7

ANAK MANJA 1963 MERDEKA STUDIO DRAMA KOMEDI (KOS RM 70000)

8

TUN MANDAN 1964 MERDEKA STUDIO SEJARAH (KOS RM 60000)

9

HUJAN DARAH 1965 MERDEKA STUDIO DRAMA (KOS RM 66000)

10

PERUSAHAAN BATEK TANGAN –BATEK TEMBAGA 1966 FILEM NEGARA MALAYSIA 1966- AWARD ASIA FILM FESTIVAL INDIA (FILEM DOKUMENTARI TERBAIK)

11

SUASANA MALAYSIA NO.3 N/A FILEM NEGARA MALAYSIA (PROD NO SM/25) FILEM DOKUMENTARI

12

RIBUT BARAT 1981 EPA FILM PRODUCTION

13

PERTENTANGAN 1983 EPA FILM PRODUCTION

14

TRAGEDI SRI MERSING (EPISOD 1-6) 1984/1985 MOTION PICTURE DRAMA SWASTA RTM (PROJEK PERINTIS DRAMA SWASTA)

15 TELUK MAS (EPISOD 1-3) 1985 OHMS PRODUCTION DRAMA SWASTA RTM

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Salleh Ghani is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Salleh Ghani
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes