S. K. Dharmalingam
Quick Facts
Biography
Datuk Dr. S. K. Dharmalingam (1929 – 17 Julai 2006) merupakan pakar onkologi pertama Malaysia yang dikenali sebagai perintis rawatan kanser di Malaysia. Beliau ialah pengasas dan bekas Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang ditubuhkan pada 1966. Beliau juga dikenali sebagai perintis dan penggerak untuk radioterapi dan onkologi di Malaysia.
Kerjaya
Dr Dharmalingam mengetuai jabatan radioterapi/onkologi Hospital Kuala Lumpur dari tahun 1962 sehingga beliau bersara pada tahun 1982, hospital itu berada dalam senarai terpilih untuk latihan Royal College of Radiology of Britain.
Beliau menubuhkan Pusat Pemeriksaan Mamografi pertama di Asia Tenggara dan memperkenalkan pemeriksaan kanser rahim. Dharmalingam juga merupakan presiden pengasas Persatuan Onkologi Malaysia, Naib Presiden Persatuan Onkologi Klinik Asia-Asia dan presiden pengasas Persatuan Radiologi Malaysia.
Kehidupan peribadi
Dharmalingam meninggal dunia pada 19 Julai 2006 akibat serangan jantung pada usia 77 tahun.