peoplepill id: remy-ishak
RI
Malaysia
3 views today
3 views this week
Remy Ishak
Malaysian actor

Remy Ishak

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian actor
Places
Gender
Male
Place of birth
Negeri Sembilan, Malaysia
Age
42 years
Remy Ishak
The details (from wikipedia)

Biography

Mohammad Zalimei Bin Ishak atau lebih dikenali sebagai Remy Ishak, ialah seorang pelakon Malaysia. Remy dilahirkan pada 11 April 1982 di Negeri Sembilan mula diperkenalkan ke industri perfileman Malaysia oleh sutradara indie Osman Ali pada tahun 2006. Beliau meraih kemasyhuran menerusi drama fenomena Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2009. Kini beliau dijolok dengan panggilan Hero Baru Malaya

Latar belakang hidup

Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak pernah mengimpi akan kerjaya sebagai pelakon terkenal. Sebelum menjadi pelakon, Remy pernah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan, menoreh getah, jadi kelindan lori, buruh kasar termasuklah membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan.

Sebagai anak kedua daripada sebuah keluarga yang berpecah, Remy nekad untuk berusaha membantu keluarga terutama adik-adiknya yang masih bersekolah. Ketika berusia 18 tahun Remy menjudikan nasib untuk datang ke Kuala Lumpur mencuba nasib mencari kerja. Beliau pernah tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan. Dengan bantuan seorang kawan, dia dapat kerja di Hotel Mandarin Oriental.

" Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur sembilan tahun lalu, saya bekerja sebagai pengemas bilik hotel, tetapi diberhentikan kerana kemelesetan ekonomi. Saya kemudian bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam selama dua tahun. Sepanjang tempoh itu hati saya tidak tenteram, saya nekad berhenti dan bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe di KLCC. Selepas itu saya dapat peluang bekerja sebagai pelayan di hotel lima bintang. Selepas beberapa tahun, pendapatan saya bertambah apabila diberi kepercayaan menjaga tetamu VIP," katanya dalam temubual pertamanya bersama media yang disiarkan pada 16 September 2007.

Bergelar aktor

Kulit depan majalah Maskulin Edisi Groom.

Pada tahun 2005, Remy mendapat peluang berlakon melalui filem cereka pertama pengarah muda Osman Ali yang berjudul Akuarium Cinta apabila Remy menghadiri uji bakat yang dikendalikan Osman. Seminggu kemudian, wakil Osman memaklumkan beliau terpilih berlakon dalam Aquarium Cinta sungguhpun dia tidak ada latar belakang seni. Namun filem tersebut masih terbantut pembikinannya hingga kini dan hanya akan siap pada tahun 2010. Filem ini turut dibintangi aktres ternama Umie Aida dan aktres muda Raja Farah.

Kegagalan filem Akuarium Cinta untuk disudahkan menyebabkan Remy kecewa sekali gus menguburkan harapan beliau untuk mencuba sesuatu yang baru, iaitu lakonan. Osman Ali nyata tidak berputus asa untuk memperkenalkan bakat Remy. Pada tahun 2006, Osman diberi peluang oleh studio Tayangan Unggul untuk mengarahkan filem komersial keduanya, Anak Halal sekali gus menawarkan Remy salah satu watak kecil dalam filem itu. Anak Halal dicipta daripada naskah filem pendek judul serupa yang pernah diarahkan Osman pada tahun 2001.

Menerusi Anak Halal, Remy melakonkan watak Shah, bekas mat rempit yang nekad meninggalkan lumba haram selepas terbabit dalam nahas jalan raya. Meskipun tidak lagi terbabit dalam aktiviti itu, Shah tetap ada pengaruh kuat di kalangan mat rempit dan dalam masa sama berkawan rapat dengan beberapa anak muda yang menetap di kawasan flat dan setinggan di Kuala Lumpur.

Selepas membintangi filem Anak Halal, Remy tidak boleh bergantung kepada kerja sebagai aktor, tambahan nama beliau langsung tidak dikenali di kalangan penerbit filem. Maka itu, Remy kembali bekerja di hotel. Pun begitu, Remy sempat membintangi filem bebas berformat video digital berjudul Bernafas Dalam Lumpur arahan seorang lagi pengarah independent James Lee pada Ogos 2007. Menerusi filem ini, Remy hanya diberi peranan tambahan dengan berlakon bersama bintang hebat seperti Namron, Mislina Mustapha & filem ini juga merupakan penampilan pertama Tiz Zaqyah.

Dalam pada itu, Remy terlibat dalam sebuah filem pendek eskperimental berjudul Comolot, karya Amy Ikram; seorang pelajar jurusan seni perfileman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Comolot mengundang kontroversi kerana berkisar tentang homoseksual yang masih dianggap sebagai subjek sensitif di Malaysia. Remy Ishak dalam filem pendek ini dipaparkan sebagai seorang yang melindungi identiti 'gay'nya dari pengetahuan tunangnya. Rahsianya terbongkar di suatu hari, apabila tunangnya ternampak beliau mandi bersama dengan seorang lelaki. Filem tersebut ditayangkan di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan pada pertengahan 2007; beberapa bulan sebelum filem Anak Halal menjengah pawagam.

Tahun 2007 juga Remy membuat kemunculan pertamanya di kaca TV menerusi slot Festival di saluran nTV7 apabila filem bebas Bernafas Dalam Lumpur disiarkan di kaca TV dan kemudian; Remy membintangi drama bersiri 30 episod Tak Pernah Ku Sesali yang disiarkan di TV1. Tahun itu juga Remy kembali ke lokasi bersama Osman Ali apabila sutradara tersebut memilih Remy untuk terlibat dalam projek mininovela Di Penghujung Senja dimana Remy memegang watak sebagai juruteknik. Remy digandingkan bersama aktres Noorkhiriah Ahmad Shapie dan aktor cilik Shafimie Saedon. Mininovela merupakan kesinambungan pertandingan cerpen Fair & Lovely MiniNovella Penuhi Hasrat Hatiku anjuran bersama Harian Metro. Pertandingan yang berakhir pada 31 Julai 2007 ini memilih 12 karya terbaik yang dirasakan serasi dalam merealisasikan impian penulis. Daripada 12 karya itu, tiga cerpen terbaik diadaptasikan kepada drama dalam bentuk mininovela pendek berdurasi 30 minit.

Filem Anak Halal menemui penonton pada 7 Disember 2007 dan menjadi sebuah filem box office sekali gus memperkenalkan nama Remy Ishak kepada rakyat Malaysia dan karyawan filem. Sejak itu Remy terus aktif di arena perfileman dan televisyen dengan membintangi drama-drama popular serta filem-filem terkini. Remy juga dianggap sebagai salah seorang aktor muda yang bakal diangkat sebagai Hero Malaya kerana fizikal dan bakatnya persis Pemuda Melayu Terakhir.

Kini, Remy terus mengorak langkah dengan drama terbaru yang cukup popular arahan pengarah dari India, Kabir Bhatia - Nur Kasih. Dalam Nur Kasih, beliau membawa watak Adam, anak bongsu kepada Ustaz Hassan (lakonan Dato' Jalaluddin Hassan) dan Hajah Khadijah (Liza Othman). Drama ini sudahpun tamat disiarkan di TV3 dan ditonton hampir 28 juta penonton. Kemudian drama Nur Kasih telah di filemkan sekitar Mei 2011 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Antara drama Remy Ishak pada 2012 ialah Aduh Sayang & Runtuhnya sebuah dosa, lakonan beliau dan Tiz Zaqyah sering mendapat sambutan oleh peminat industri tanah air.

Episod percintaan

Remy dikaitkan dengan aktres muda Ummi Nazeera pada 2008 dan menafikannya. Pada 2009 pasangan ini dilihat lebih terbuka mempamerkan cinta. Setelah berlaku insiden yang menimbulkan kontroversi pada Disember 2009, Remy dan Ummi memutuskan hubungan.

Pada awal Januari 2010, Remy memaklumkan bahawa beliau kini rapat dengan pelakon Tiz Zaqyah yang merupakan gandingan serasinya dalam drama TV Nur Kasih. Pada akhir September 2012, Remy telah membuat pengakuan kepada pihak media dengan memberitahu bahawa dia dan Tiz Zaqyah telah memutuskan hubungan sejak 3 bulan lepas dan mereka masih berkawan baik.

Kontroversi

Sebagai aktor popular Remy tidak lepas daripada disogok dengan pelbagai cerita panas. Bermula dengan isu filem gay (Comolot), Remy berdepan pula dengan tuduhan tidak mesra wartawan. Omelan beberapa wartawan yang sukar mendapatkan Remy untuk temubual menjadi bahan cerita hingga Remy tampil memperbetul kedudukan.

Namun, kontroversi paling hebat dalam karier seni Remy adalah peristiwa didakwa mengasari seorang anak ahli perniagaan sehingga menyebabkan dirinya dipukul sekumpulan tujuh lelaki di Istana Budaya pada 4 Disember 2009; malam pementasan teater Natrah. Sebaliknya Remy sedikit pun tidak menjangka akan diserang kerana tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. Remy bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Menurut Remy, kejadian itu bagaimanapun tidak mengganggu penampilannya dalam teater arahan Erma Fatima terbabit dan tidak mengalami kecederaan teruk. Katanya, buat waktu ini beliau tidak mahu mengulas panjang kerana bimbang kenyataannya akan mengganggu siasatan polis. Remy membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak sejurus selepas insiden itu.

Filmografi

Filem
TahunJudul & ArahanWatakNota
2007Anak Halal
  • Osman Ali

Tayangan Unggul

Shah

Watak Pembantu

  • Heroin : Maya Karin
2009Duhai Si Pari-pari
  • Azmi Mohd Hatta

Tayangan Unggul

Budi

Watak Utama

  • Heroin : Nabila Huda
2010Hooperz
  • Dhojee

Grand Brilliance

x

Watak Utama

  • Heroin : Melissa Maureen
Evolusi KL Drift 2
  • Shamsul Yusof

Grand Brilliance & Skop Production

Inspektor Kamal

Watak Pembantu

  • Heroin : Scha Al Yahya
Pencalonan - Pelakon Harapan Lelaki FFM 23
2011Cun!
  • Osman Ali
Atan

Watak Utama

  • Heroin : Maya Karin
Aktor Filem Terbaik - Anugerah Skrin 2011
Nur Kasih The Movie
  • Kabir Bhatia
Adam Hassan

Watak Utama

  • Heroin : Tiz Zaqyah
Pencalonan - Pelakon Lelaki Terbaik FFM 24
2012Jiwa Taiko
  • Osman Ali

Watak Utama

  • Heroin : Diana Danielle
Aku, Kau dan Dia

Watak Utama

29 FebruariBudi

Watak Utama

  • Heroin : Jojo Goh
Hantu Kapcai

Watak Utama

  • Heroin : Neelofa
2014Sejoli: Misi Cantas Cinta
  • Osman Ali

Primeworks Studios & Grand Brilliance

Hardy

Watak Utama

  • Heroin : Maya Karin & Izara Aishah
2015Pilot Cafe
  • Osman Ali

Tarantella Picture & Astro Shaw

Rashid

Watak Utama

  • Heroin : Izara Aishah
Bravo 5
  • Yeop Hitler

Karya Prima Production

Leftenan Azri

Watak Utama

2016RedhaWatak Utama
  • Heroin : Nadiya Nisa
Upin & Ipin: Jeng Jeng JengWatak Utama
Dalam PembikinanAkuarium Cinta
  • Osman Ali

Tayangan Unggul

x

Watak Utama

  • Heroin : Raja Farah
* mula dibikin pada 2005.
Jebat
  • TBA
Hang Jebat

Watak Utama

  • Heroin : Natasha Hudson
* pra-produksi
Filem Pendek & Dokumentari
TahunJudul & ArahanPerananNota
2007Comolot
  • Amy Ikram

ASWARA

Daniel

Watak utama

Televisyen

Filem Televisyen
TahunJudulPerananSaluranNota
2007Bernafas Dalam Lumpur
  • James Lee
-

Watak tambahan

  • Heroin : Tiz Zaqyah
nTV7* Filem bebas berformat video digital
Di Penghujung Senja - Mininovela
  • Osman Ali
Azlan

Watak utama

  • Heroin : Noorkhiriah
TV9
2008IktikafX

Watak utama

TV1
Takbiratul IhramX

Watak utama

Astro Ria
Jalan Pintas ke Neraka
  • Feroz Kadir
Razlan

Watak Pembantu

  • Heroin : Rita Rudaini
TV3(Pencalonan) Aktor Pembantu Terbaik Anugerah Skrin 2009
Biarkan Aku BerdiriJeffri

Watak utama

  • Heroin : Sheera Iskandar
TV2
Sesuci KasihX

Watak utama

TV3
2009Cinta Tiga TerunaX

Watak utama

TV2
Bisikan SubuhX

Watak utama

TV3
Bila Syaitan BerbisikBrian

Watak utama

  • Heroin : Ayu Raudhah
TV2
2015Cinta Tasbih Biru

Watak Utama

  • Heroin : Erra Fazira
Astro Oasis
2016Pangkalan Batu 6
  • Sabri Yunus

Watak Utama

  • Heroin : Fathia Latif
Astro Citra
Bila Artis Balik Kampung Beraya

Watak Utama

  • Heroin : Nur Risteena
Astro Prima
Tercipta Untukku

Watak Utama

  • Heroin : Nabila Huda
Astro First Ekslusif
Drama Bersiri
TahunJudulPerananSaluranNota
2007Tak Pernah Ku SesaliX

Watak Pembantu

TV2 ; 30 Episod
2008Sindarella
  • Shahrulezad Mohameddin
Tengku Haidar

Watak Utama

  • Heroin : Sharifah Amani
TV3, Slot Lestary ; 26 Episod
Obsessi
  • Murali Abdullah
Tengku Azuddin

Watak Utama

  • Heroin : Lisa Surihani
TV3, Slot Samarinda ; 24 Episod
Awan Dania Musim Pertama
  • Azizi Chunk Adnan
x

Watak Utama

  • Heroin : Scha Al Yahya
Astro Ria ; 16 Episod
2009Nur Kasih
  • Kabir Bhatia
Adam Hassan

Watak Utama

  • Heroin : Tiz Zaqyah
TV3; 26 Episod
Suraya
  • Kabir Bhatia
Azman

Watak Utama

  • Heroin : Zizie Ezette
TV3 , Slot Samarinda ; 24 Episod
2010ArjunaArjuna

Watak Utama

  • Heroin : Nora Danish
TV3
2012Cinta Dalam Hati
  • Zul Arshad
Dino Abadi

Watak Utama

  • Heroin : Dira Abu Zahar
TV1
2013Cinta Jangan Pergi
  • Kabir Bhatia
Kalil

Watak Utama

  • Heroin : Tiz Zaqyah
TV9 ; 26 Episod
Ku Cinta Kau Seorang
  • Keoi Hj. Khalid
Helmi

Watak Utama

  • Heroin: Amyra Rosli
TV3 ; 13 Episod
2014Jiwa
  • Kabir Bhatia
Iskandar

Watak Utama

  • Heroin: Siti Elizad & Ardell Aryana
TV3 ; 14 Episod
Satu Hari
  • Jamal Khan
Isfahan

Watak Utama

  • Heroin : Sara Ali
TV9
Antidot
  • Kabir Bhatia
Fatah

Watak Utama

  • Heroin: Nad Zainal & Nabila Huda
TV3 ; 13 Episod
2015Mail & Sudin Sambut Ramadan
Mail Watak Utama
  • Heroin : Sari Yanti
Astro Oasis & Astro Maya HD
2016Rumi & Jawi
Rumi Watak Utama
  • Heroin : Fathia Latif
Astro Prima & Astro Maya HD
2017Cik Serba Tahu
Carl Adham Watak Utama
  • Heroin : Sari Yanti
Astro Ria & Astro Ria HD

Teater

Teater / Bangsawan atau Muzikal
TahunJudul & ArahanPerananNota
2009Natrah
  • Erma Fatima

KPKK

Mansor Adabi

Watak utama

  • Heroin : Maya Karin

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2009Anugerah Parti Hip TVAnugerah Artis Mat RomeoRemy IshakDicalonkan
Anugerah Skrin ke-13Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik DramaJalan Pintas ke NerakaDicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-23Pelakon TV Lelaki PopularRemy IshakMenang
2010Anugerah Stail EH!Selebriti Lelaki SegakDicalonkan
Selebriti Lelaki Paling SeksiMenang
Anugerah Shout!Anugerah Selebriti Lelaki PopularDicalonkan
Pasangan Terbaik di Layar (dengan Tiz Zaqyah)Nur KasihDicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-23Pelakon Harapan LelakiEvolusi KL Drift 2Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24Pelakon Filem Lelaki PopularRemy IshakDicalonkan
Pelakon TV Lelaki PopularMenang
2011Anugerah Skrin ke-15Pelakon Lelaki Terbaik DramaAirmata Nur SalinaDicalonkan
Pelakon Lelaki Terbaik FilemCun!Menang
Festival Filem Malaysia ke-24Pelakon Lelaki TerbaikNur Kasih The MovieDicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25Pelakon TV Lelaki PopularRemy IshakDicalonkan
2012Anugerah BlokbusterAnugerah Hero TerhebatNur Kasih The MovieDicalonkan
Anugerah Lagu Filem Terhebat - Cun Selalu (bersama Maya Karin)Cun!Dicalonkan
Anugerah Stail EH!Selebriti Lelaki Bentuk Badan SegakRemy IshakDicalonkan
Anugerah Shout!Anugerah Selebriti Lelaki PopularDicalonkan
Pasangan Terbaik di Layar (bersama Tiz Zaqyah)Nur Kasih The MovieDicalonkan
2013Anugerah BlokbusterAnugerah Hero TerhebatJiwa TaikoDicalonkan
Anugerah Watak Penjahat TerhebatHantu KapcaiDicalonkan
Anugerah Skrin ke-17Pelakon Lelaki Terbaik Filem29 FebruariDicalonkan
Anugerah MelodiArtis Lelaki PilihanRemy IshakMenang
2014Anugerah Stail EH!Selebriti Lelaki Bentuk Badan SegakDicalonkan
Selebriti Lelaki Paling SeksiDicalonkan
Anugerah Melodi Galaksi RapArtis Lelaki PilihanMenunggu
2015Anugerah Drama Festival Kuala LumpurPelakon Lelaki Drama Pilihan (bersama Kamal Adli)JiwaDicalonkan
Hero & Heroin Pilihan (bersama Kamal Adli & Siti Elizad)Dicalonkan
Barisan Pelakon PilihanDicalonkan
Anugerah Lawak Warna 2015Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)Remy IshakMenunggu

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Remy Ishak is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Remy Ishak
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes