Raja Abu Hanifah Abdul Ghani
Quick Facts
Biography
Datuk Mohamed Hanifah Abdul Ghani merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan [[/ PASir Mas Hulu]], negeri Kelantan (1958-1964).
Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialahTunku Abdul Rahmandan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai/ membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.
Mulanya beliau ahli politik UMNO dan kemudian menyertai PAS. Beliau menang bertanding di DUN Rantau, Negeri Sembilan dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959
Raja Abu Hanifah pernah menjadi Pengarah Pilihan raya parti PAS sekitar tahun 1965 dan pernah menjadi Naib Yang diPertua PAS.
Tahanan ISA
Dia pernah ditangkap bersama dengan Dato Kampo Radjo, Bendahari Agung Barisan Sosialis dan pemimpin Parti Perhimpunan Kebangsaan, Aziz Ishak. Mereka dituduh hendak menubuhkan kerajaan buangan Malaya di Pakistan.Husin Yaacob pula ditangkap di Ibu Pejabat Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin ,Kuala Lumpur.Berita mengenai penangkapan mereka tersiar dalam Utusan Melayu keluaran 26 Mei 1965. Aziz Ishak adalah adik kepada Pengasas Utusan Melayu, Yusof bin Ishak yang menjadi Presiden Singapura yang pertama. Raja Abu Hanifah dituduh menyokong kerjasama dengan Indonesia. Namun penyokong beliau di Negeri Sembilan tidak memberi s