peoplepill id: nordin-salleh
NS
6 views today
6 views this week
The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Datuk Nordin Salleh merupakan salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dan Ketua BERSATU Bahagian Tumpat yang ditubuhkan pada 2016 lalu. Beliau juga adalah bekas ADUN Kelantan bagi kawasan Sungai Pinang, Tumpat dari 1990-1991. Seorang yang berpengalaman luas dalam bidang perbadanan kerana pernah menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Government English School, Tumpat. Kemudian menyambung pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Setelah itu, beliau melanjutkan pengajian dalam Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya dan akhirnya melanjutkan pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan di Queen's University Belfast.

Kerjaya

Beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai di Majlis Amanah Rakyat (MARA). Antara sumbangan beliau semasa berkhidmat di MARA termasuklah mewujudkan inisiatif untuk pendidikan Bumiputera melalui pemberian biasiswa kepada para penuntut yang menyambung pengajian mereka di Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom.

Beliau juga terlibat secara langsung dalam merangka dasar dan polisi bagi penubuhan Institut Teknologi MARA (ITM).

Ketika berada di United Kingdom, beliau pernah bertugas sebagai Pengurus di ICI International, Slough, London dan kemudian ke Calcutta, India.

Lembaga Letrik Negara pernah mendapatkan khidmat beliau sebagai Perunding Pengurusan yang menjurus kepada 'meMalaysiakan' LLN dan melahirkan para pegawai dan jurutera tempatan untuk terlibat secara langsung dalam urus tadbir korporat.

Beliau mencipta sejarah sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan termuda yang dilantik ketika berusia 31 tahun. Beliau telah berjaya meningkatkan keuntungan dalam anak-anak syarikat seperti Great Eastern Mills, Ladang Sungai Terah, Kijang Kuari dan Kelantan Baja Corporation (KBC) yang menjurus kepada peningkatan pendapatan kerajaan negeri Kelantan.

Kejayaan terbesar beliau adalah setelah menjadi Pengerusi Eksekutif Wing Tiek Holdings Berhad, beliau berjaya mengetuai projek khas untuk menstruktur semula syarikat tersebut bagi memulihkan masalah dalamannya akibat krisis ekonomi global ketika itu. Usaha beliau tersebut telah diiktiraf oleh Business Initiative Directions (BID) yang bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dengan menanugerahkan International Arch of Europe Award (IAE) 2001 di Frankfurt, Jerman.

Selain daripada itu, beliau juga adalah Pengarah Sabah Shipyard Berhad.

Politik

Beliau pernah menjadi ADUN Kelantan bagi Sungai Pinang, Tumpat dari 1990-1991 di atas tiket Semangat 46.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Nordin Salleh is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Nordin Salleh
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes