Noor Zahidi Omar
Quick Facts
Biography
Datuk Noor Zahidi Omar adalah Adun Pengkalan Kubor (2004-2014). Pengkalan kubor terletak di tepian Sungai Golok, tumpat,Kelantan, utara Semenanjung Malaysia. Zahidi menyandang Adun Pengkalan Kubor sejak 2004 , berjaya mempertahankan kerusi Barisan Nasional/UMNO dalam pilihan raya selama tiga penggal berturut-turut.
Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan. Pada PRU13 , Noor Zahidi menang besar dengan majoriti 1,763 undi walaupun pilihan raya itu berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary Ismail Bukhary dari Bebas. Zahidi memperolehi 10,174 undi .Calon PKR Saharun Ibrahim memperolehi 8,438 undi manakala calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary hilang deposit apabila hanya mendapat 65 undi.
Meninggal dunia
Pada 20 Ogos 2014, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati pada jam 5.45 pagi pada usia 57 tahun. Beliau meninggal di sebuah hospital di Guangzhou, China ketika mendapat rawatan.Anaknya ,Megat Ikram Datuk Noor Zahidi, 32 memaklumkan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Surau, Pasir Pekan, Tumpat. Jenazah Noor Zahidi tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada pukul 10.10 malam dari Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang.
Turut ziarah ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, serta hampir kesemua ADUN negeri ini. Pengebumian diuruskan oleh pihak tentera Malaysia.
PRK Pengkalan Kubor 2014
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan Mohamad Mahmud menyatakan bahawa tarikh Pilihan raya kecil Pengkalan Kubor 2014 akan ditetapkan selepas menerima surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi itu daripada Speaker DUN Kelantan Abdullah Ya'kub. Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berbincang dengan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed tentang persiapan menghadapi pilihan raya kecil.