Niena Baharun
Quick Facts
Biography
Amaniena binti Kamarul Baharun (lahir pada 14 April 1993) atau lebih terkenal sebagai Niena Baharun merupakan seorang model dan pelakon di Malaysia. Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz yang disiarkan di TV3.
Selain itu, Niena juga mempunyai perniagaan secara atas taliannya sendiri iaitu Se7enScarves by NienaBaharun yang menjual telekung, necklace dan tudung.
Kehidupan awal
Niena dilahirkan pada 14 April 1993 dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua dari empat beradik.
Beliau juga pernah melanjutkan pelajaran beliau dalam jurusan Kejuruteraan Awam di Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC).
Kerjaya
2013–2015: Permulaan kerjaya
Niena bermula dengan dunia peragaan sebagai model sebaik sahaja selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ditawarkan berlakon dalam drama slot Akasia TV3, Demi Dia arahan Aziz M. Osman lakonan Elfira Loy dan Zoey Rahman pada tahun 2013. Dalam drama ini, Niena membawakan watak Shiela, watak antagonis yang diupah untuk memisahkan Zack dan Azura.
Di awal penglibatannya, Niena belum mengenakan berhijab sehingga kemudian mula berhijab sepenuhnya pada awal 2014. Setelah berhijab, rezeki Niena dalam bidang peragaan dan lakonan makin bertambah. Niena kemudiannya berlakon dalam drama adaptasi novel iaitu drama Rindu Awak 200% bersama pelakon utamanya, Ayda Jebat dan Zul Ariffin di mana beliau memegang watak sebagai Jaesliyatul, kawan baik Esyana. Kemudian, Niena membintangi bersama Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan dalam drama slot Akasia Hati Perempuan sebagai Maisara, teman baik Yuhanis lakonan Mia. Niena juga pernah membawa watak sebagai pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernama Murni, bergandingan bersama Mira Filzah yang menjadi watak utama sebagai Che Ta dalam telemovie Din Sardin pada tahun 2015. Selain itu, Niena juga berlakon sebagai Saidah, peminat K-Pop dalam drama Cinta Teruna Kimchi bersama Nur Risteena, Nazim Othman dan Johan As'ari di TV3 dan telemovie Cik Sayur Encik Seafood di TV9.
2016–kini: Kemuncak populariti dan Sayangku Kapten Mukhriz
Bagaimanapun, Niena hanya memegang watak pembantu dalam kebanyakan drama dan telemovie yang dibintanginya, menyebabkan Niena masih kurang dikenali peminat. Bagaimanapun, lakonannya dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz sebagai Dr.Ariana Dahlia, isteri kepada Kapten Ustaz Mukhriz, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bergelar ustaz lakonan Raja Afiq, merupakan yang pertama kali sebagai heroin drama.
Pada Mei 2017, Niena sekali lagi bergandingan bersama Raja Afiq dalam drama Nazar Cinta Ramadan arahan Zek Zukry. Beliau akan memegang watak utama sebagai Nadia dalam drama terbitan Open Echo ini dan akan disiarkan di saluran TV2 setiap hari Isnin hingga Rabu bermula 29 Mei ini. Pada 5 Jun 2017, Niena juga akan muncul dalam sebuah telemovie bertajuk Wanita Luar Biasa bersempena Ramadan yang akan disiarkan di TV9. Selain itu, beliau juga bakal muncul dalam drama bersiri Setia Menunggumu dan menampilkan pelakon seperti Saharul Ridzwan dan Faye Kusairi. Drama arahan Rusdi Ramli ini akan mula ditayangkan di HyppTV melalui saluran Salam HD 113 bermula 16 Jun ini.
Pada 25 Jun 2017, Niena bakal membintangi telefilem Terhentinya Doa yang bakal ditayangkan di TV3 pada Raya Pertama. Telefilem terbitan JS Picture ini juga, menampilkan Saharul Ridzwan,Ozlynn , Raja Hakim DFKL dan ramai lagi.
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian Televisyen | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Demi Dia | Shiela | Slot Akasia TV3 | |
2014 | Rindu Awak 200% | Jaesliyatul | ||
2015 | Hati Perempuan | Maisara | ||
2016 | Cinta Teruna Kimchi | Saidah | Slot Zehra TV3 | |
Sayangku Kapten Mukhriz | Dr.Ariana Dahlia/Arin
| Slot Akasia TV3 | ||
2017 | Nazar Cinta Ramadan | Nadia | TV2 | |
Setia Menunggumu | HyppTV |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Din Sardin | Murni | TV9 | |
2016 | Cik Sayur Encik Seafood | Leeya | ||
Cinta 3 Rasa | Che Sue | |||
2017 | Teman Pengganti | Aisyah | TV3 | |
Bila Tiba Saatnya | ||||
Alamak | Laila | TV9 | ||
Wanita Luar Biasa | Nuraisya | |||
Terhentinya Doa | TV3 |
Program TV
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Apa Nak Makan Ni ? | Artis Jemputan | TV3 |
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Produksi | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
TBA | Rajawali : Aku Abang Long | S.Amin Shahab | TBA |