Najibah Mohd Zin
Quick Facts
Biography
Profesor Dr Najibah Mohd Zin ialah seorang ahli akademik di Malaysia. Beliau merupakan pensyarah di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga dilantik sebagai Ahli Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam Malaysia (PISWI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 2019. Beliau pernah terlibat membentangkan kertas kerja bertajuk Peranan Majlis Agama Islam Negeri Memperkasa Undang-Undang Syariah dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia. Beliau pernah menjadi Felo Pelawat di Universiti Nasional Singapura pada 2005 dan di Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford pada tahun 2010–2011.
Pendidikan dan kerjaya
Najibah Mohd Zin memperoleh sarjana muda undang-undang (LL.B) dari UIAM pada 1988 dan memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di AIKOL selepas bergraduasi. Beliau memperoleh Sarjana Perbandingan Undang-Undang pada 1990 di universiti yang sama dan melanjutkan pengajian kedoktoran di Glasgow Caledonian University, United Kingdom pada 1995.
Pencapaian
Bukunya berjudul The Law On Domestic Violence In Malaysia yang ditulis bersama Prof. Madya Dr. Daleleer Kaur Randawar telah memenangi Anugerah Buku Negara 2019 sebagai buku terbaik dalam kategori sains sosial untuk institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Pautan luar
- Najibah Mohd Zin di ResearchGate
- Najibah Mohd Zin di Direktori Kakitangan IIUM