peoplepill id: muhyidin-abdul-rashid
MAR
Malaysia
2 views today
2 views this week
Muhyidin Abdul Rashid
Malaysian politician

Muhyidin Abdul Rashid

The basics

Quick Facts

Intro
Malaysian politician
Places
Work field
Gender
Male
Awards
(2023)
The details (from wikipedia)

Biography

Haji Muhyidin bin Abdul Rashid ialah seorang ahli politik Parti Islam Se-Malaysia dari negeri Terengganu, Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu selama satu penggal bermula tahun 1999 hingga 2004. Sejak 2018, beliau dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Penglibatan dalam pilihan raya

TahunKawasanIndividuUndiLawanUndiPeratusan MengundiMajoriti
2018Parlimen Hulu TerengganuMuhyidin Abdul Rashid (PAS)28,057Datuk Razali Idris (PH-PPBM)3,3642868
Dato' Rosol Wahid (BN-UMNO)30,925
2013DUN Kuala Berang, TerengganuMuhyidin Abdul Rashid (PAS)6,468Tengku Putera Tengku Awang (BN-UMNO)6,91789.30%449
2008DUN Kuala Berang, TerengganuMuhyidin Abdul Rashid (PAS)4,852Mohd Zawawi Ismail (BN-UMNO)6,44488.01%1,592
2004Parlimen Hulu TerengganuMuhyidin Abdul Rashid (PAS)16,055Tengku Putera Tengku Awang (BN-UMNO)23,81589.62%7,760
1999Parlimen Hulu TerengganuMuhyidin Abdul Rashid (PAS)17,790Othman Daud (BN-UMNO)13,67982.35%4,111
1995DUN Kuala Berang, TerengganuMuhyidin Abdul Rashid (PAS)3,405Ibrahim Yusof (BN-UMNO)4,30183.15%896

Isu-isu

Bantahan Pembinaan Hotel Depan Masjid

Muhyidin Abdul Rashid telah membuat laporan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) berhubung bantahan atas cadangan pembinaan hotel tujuh tingkat dan satu blok bangunan rumah kedai tiga tingkat berhadapan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang. Aduan itu turut berkait dengan dua institusi yang mempunyai autoriti kepada pembinaan terbabit iaitu Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM). Apabila siap kelak, difahamkan jarak antara bangunan hotel dan masjid cuma kira-kira 30 kaki sahaja. Pembinaan ini seolah-olah telah menafikan hak parkir jemaah. Namun yang dipertua MDHT Osman A Bakar enggan memberi komen mengenai projek kontroversi itu. Projek itu turut mencetuskan perdebatan di media sosial apabila laman Selamatkan Masjid Kuala Berang diwujudkan di Facebook. Antaranya, mereka bimbang ia mencetuskan masalah sosial.

UMNO Gadai Tanah Rezab Melayu

Selepas UMNO mengambil alih kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2004, UMNO telah menukar milik satu bidang tanah di hadapan pejabat pos Kuala Berang daripada tanah rezab melayu kepada tanah (FreeHold) bebas milik diberikan kepada syarikat milik cina penyokong MCA. Beliau amat kecewa dengan sikap orang UMNO yang sanggup menggadaikan aset tanah di daerah Hulu Terengganu kepada orang bukan islam. Beliau dimaklumkan tanah lokasi tersebut telah diserahkan untuk membina bangunan bagi sebuah syarikat perniagaan, Zon Ria Malaysia Sendirian Berhad yang kini telah mendirikan bangunan rumah kedai tiga tingkat sebanyak 17 lot. Beliau berharap agar perkara ini dikaji dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika terdapat penyalah gunaan kuasa

Anugerah dan penghormatan

  •  Terengganu
    • Ahli Mahkota Terengganu (AMZ) (2023)

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Muhyidin Abdul Rashid is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Muhyidin Abdul Rashid
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes