peoplepill id: muhammad-zakaria
MZ
3 views today
3 views this week
Muhammad Zakaria

Muhammad Zakaria

The basics

Quick Facts

Gender
Male
The details (from wikipedia)

Biography

Dato' Haji Muhammad Zakaria (lahir 1 November 1955) berasal dari Rembau, Negeri Sembilan adalah seorang penulis dari Malaysia. Beliau berkelulusan University of Tasmania, Hobart, Australia dan University of Newcastle, New South Wales, Australia. Beliau telah menghasilkan 27 buah buku sendiri dan menerbitkan lebih 400 tajuk di bawah beberapa penerbit antaranya: Kalimat Cinta Sdn Bhd, Telaga Biru Sdn Bhd, PSN Publications Sdn Bhd, Yamani Angle Sdn Bhd, Citra Formulasi Sdn Bhd, Proexpo Communications, Media Creative, Penerbitan al-Munir dan Penerbitan al-Arqam. Hasil terbesar beliau ialah buku Indahnya Hidup Bersyariat (Telaga Biru) yang telah terjual lebih 1 juta naskhah, Ensiklopedia Solat (Telaga Biru) (400,000 naskhah), Peringatan Untuk Umat Islam (Penerbitan al-Arqam) (200,000 naskhah) dan Ensiklopedia Bidaah (PSN Publications) (45,000 naskhah). Beliau ialah pengasas majalah SOLUSI yang pernah terjual 160,000 naskhah sebulan dan kini menjadi penerbit majalah FARDU AIN dan KOMIK DAKWAH UOK. Beliau telah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Buku Negara, Anugerah Buku Popular dan Anugerah Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekarang beliau ialah Presiden Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM), Presiden Ibnu Sina International Mission (ISIM), Presiden Wakaf Ibnu Sina Hospital (WISH), Pengerusi Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA) dan Pengerusi Yayasan Darul Tahfiz Sri al-Ain Aceh. Di samping itu beliau juga seorang penceramah TV dan radio, master trainer, penerbit, sukarelawan misi kemanusiaan, Mudir maahad tahfiz, Pengarah Jihad Pendidikan Asia (JPA), CEO Kalimat Cinta Sdn Bhd dan kolumnis beberapa buah majalah.

Hasil penulisan

  1. Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif / Dato' Dr. Hj. Mohd.Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Husna Hassan : Telaga Biru, 2007.
  2. Strategi Menghadapi Peperiksaan / Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah bersama Hj. Muhammad Zakaria & Fatimah Misran : Telaga Biru, 2007.
  3. Petua Menangani Stres / Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Mumtazah Tumian, Mahfuzah Omar : Telaga Biru, 2007.
  4. Etika Pejabat : Telaga Biru, 2006.
  5. Amalan Ibu Mengandung : Menurut al-Quran, as-Sunnah & Pengalaman / Siti Nor Bahyah Mahamood, Hj. Muhammad Zakaria, Jaafar Salleh : Telaga Biru, 2006.
  6. Menerobos Sempadan Diri / Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria & Zizi Azlinda Mohd. Yusof : Telaga Biru, 2006.
  7. Duhai Anakku yang Tercinta : Telaga Biru, 2006.
  8. 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang / Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Hj. Muhammad Zakaria  : Telaga Biru, 2005.
  9. Petua Untuk Sentiasa Ceria / Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria dan Zizi Azlinda Yusof  : Telaga Biru, 2005.
  10. Menempuh Gerbang Perkahwinan / Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria dan Zarina Sarudin : Telaga Biru, 2005.
  11. Petua Pelajar Cemerlang / Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria ; Telaga Biru 2005
  12. Menangani Anak Bermasalah / Dato' Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Maheran Makhtar.; Telaga Biru, 2005.
  13. Petua Membuat Orang Jatuh Cinta / Dato' Dr Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Fatimah Syarha Mohd Noordin; Telaga Biru, 2005.
  14. Teknik Belajar Berkesan Nur Amalina : Panduan Mencapai Kecemerlangan Belajar ; Telaga Biru, 2005.
  15. Fakta & Maklumat Kenegaraan Malaysia / Razak Mamat, Hj. Muhammad Zakaria ; Longman Malaysia, 1989.
  16. Langkah Bijak Usahawan Terbilang / Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria : Telaga Biru, 2006
  17. Hadis 40 Imam Nawawi / Dr. Zahazan Mohamed, Dato' Haji Muhammad Zakaria : Telaga Biru, 2007
  18. Biografi Osama Laden : Yamani Angle, 2011
  19. Chicken Soup Kecil-Kecil Cili Api : DMZ Resources Sdn Bhd, 2014
  20. Sayang Anakku Sayang : Penerbitan al-Munir, 1995
  21. Peringatan Untuk Umat Islam : Penerbitan al-Arqam, 1994
  22. Potensi & Personaliti Diri : DMZ Resources Sdn Bhd, 2014
  23. Layar : Kalimat Cinta Sdn Bhd, 2014
  24. Chicken Soup Kehidupan : DMZ Resources Sdn Bhd, 2014
  25. 2002 Kata-kata Pengungkah Jiwa : Kalimat Cinta Sdn Bhd, 2014
  26. Kembara Nusantara : DMZ Resources Sdn Bhd, 2014
  27. Memburu Bencana Alam : DMZ Resources Sdn Bhd, 2014

    Rujukan

    The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
    Lists
    Muhammad Zakaria is in following lists
    comments so far.
    Comments
    From our partners
    Sponsored
    Muhammad Zakaria
    arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes