Muhammad Zakaria
Quick Facts
Biography
Dato' Haji Muhammad Zakaria (lahir 1 November 1955) berasal dari Rembau, Negeri Sembilan adalah seorang penulis dari Malaysia. Beliau berkelulusan University of Tasmania, Hobart, Australia dan University of Newcastle, New South Wales, Australia. Beliau telah menghasilkan 27 buah buku sendiri dan menerbitkan lebih 400 tajuk di bawah beberapa penerbit antaranya: Kalimat Cinta Sdn Bhd, Telaga Biru Sdn Bhd, PSN Publications Sdn Bhd, Yamani Angle Sdn Bhd, Citra Formulasi Sdn Bhd, Proexpo Communications, Media Creative, Penerbitan al-Munir dan Penerbitan al-Arqam. Hasil terbesar beliau ialah buku Indahnya Hidup Bersyariat (Telaga Biru) yang telah terjual lebih 1 juta naskhah, Ensiklopedia Solat (Telaga Biru) (400,000 naskhah), Peringatan Untuk Umat Islam (Penerbitan al-Arqam) (200,000 naskhah) dan Ensiklopedia Bidaah (PSN Publications) (45,000 naskhah). Beliau ialah pengasas majalah SOLUSI yang pernah terjual 160,000 naskhah sebulan dan kini menjadi penerbit majalah FARDU AIN dan KOMIK DAKWAH UOK. Beliau telah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Buku Negara, Anugerah Buku Popular dan Anugerah Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekarang beliau ialah Presiden Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM), Presiden Ibnu Sina International Mission (ISIM), Presiden Wakaf Ibnu Sina Hospital (WISH), Pengerusi Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA) dan Pengerusi Yayasan Darul Tahfiz Sri al-Ain Aceh. Di samping itu beliau juga seorang penceramah TV dan radio, master trainer, penerbit, sukarelawan misi kemanusiaan, Mudir maahad tahfiz, Pengarah Jihad Pendidikan Asia (JPA), CEO Kalimat Cinta Sdn Bhd dan kolumnis beberapa buah majalah.
Hasil penulisan
- Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif / Dato' Dr. Hj. Mohd.Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Husna Hassan : Telaga Biru, 2007.
- Strategi Menghadapi Peperiksaan / Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah bersama Hj. Muhammad Zakaria & Fatimah Misran : Telaga Biru, 2007.
- Petua Menangani Stres / Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Mumtazah Tumian, Mahfuzah Omar : Telaga Biru, 2007.
- Etika Pejabat : Telaga Biru, 2006.
- Amalan Ibu Mengandung : Menurut al-Quran, as-Sunnah & Pengalaman / Siti Nor Bahyah Mahamood, Hj. Muhammad Zakaria, Jaafar Salleh : Telaga Biru, 2006.
- Menerobos Sempadan Diri / Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria & Zizi Azlinda Mohd. Yusof : Telaga Biru, 2006.
- Duhai Anakku yang Tercinta : Telaga Biru, 2006.
- 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang / Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Hj. Muhammad Zakaria : Telaga Biru, 2005.
- Petua Untuk Sentiasa Ceria / Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria dan Zizi Azlinda Yusof : Telaga Biru, 2005.
- Menempuh Gerbang Perkahwinan / Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria dan Zarina Sarudin : Telaga Biru, 2005.
- Petua Pelajar Cemerlang / Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria ; Telaga Biru 2005
- Menangani Anak Bermasalah / Dato' Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Maheran Makhtar.; Telaga Biru, 2005.
- Petua Membuat Orang Jatuh Cinta / Dato' Dr Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Fatimah Syarha Mohd Noordin; Telaga Biru, 2005.
- Teknik Belajar Berkesan Nur Amalina : Panduan Mencapai Kecemerlangan Belajar ; Telaga Biru, 2005.
- Fakta & Maklumat Kenegaraan Malaysia / Razak Mamat, Hj. Muhammad Zakaria ; Longman Malaysia, 1989.
- Langkah Bijak Usahawan Terbilang / Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria : Telaga Biru, 2006
- Hadis 40 Imam Nawawi / Dr. Zahazan Mohamed, Dato' Haji Muhammad Zakaria : Telaga Biru, 2007
- Biografi Osama Laden : Yamani Angle, 2011
- Chicken Soup Kecil-Kecil Cili Api : DMZ Resources Sdn Bhd, 2014
- Sayang Anakku Sayang : Penerbitan al-Munir, 1995
- Peringatan Untuk Umat Islam : Penerbitan al-Arqam, 1994
- Potensi & Personaliti Diri : DMZ Resources Sdn Bhd, 2014
- Layar : Kalimat Cinta Sdn Bhd, 2014
- Chicken Soup Kehidupan : DMZ Resources Sdn Bhd, 2014
- 2002 Kata-kata Pengungkah Jiwa : Kalimat Cinta Sdn Bhd, 2014
- Kembara Nusantara : DMZ Resources Sdn Bhd, 2014
- Memburu Bencana Alam : DMZ Resources Sdn Bhd, 2014