peoplepill id: mohd-yusof-bin-muda
MYBM
4 views today
5 views this week
Mohd Yusof bin Muda

Mohd Yusof bin Muda

The basics

Quick Facts

Gender
Male
Birth
Age
72 years
The details (from wikipedia)

Biography

Tuan Haji Mohd Yusof bin Muda P.P.N., P.J.K. (5 November 1953 - ) ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chukai semenjak 1 Disember 2003 setelah empat tahun menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman.

Pendidikan dan Kerjaya Akademik

Dilahirkan di Kampung Pantai Merchang, Marang, Terengganu, Mohd Yusof mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Merchang pada tahun 1959 dan menyambung belajar di peringkat menengah di Sekolah Panji Alam, Kuala Terengganu. Setelah tamat Tingkatan 5 pada tahun 1970, beliau ditawarkan menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Maras (sekarang SMK Tengku Mizan), Kuala Terengganu selama dua bulan pada tahun 1972 sebelum mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim (sekarang Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim, Perak.

Selepas tamat latihan perguruan pada akhir tahun 1973, beliau antara kumpulan pertama guru terlatih dari Semenanjung dihantar berkhidmat di Sarawak pada Januari 1974 dan ditugaskan mengajar di Sekolah Rendah Kampung Seberang, Mukah, Sarawak. Ketika bertugas di Mukah, beliau telah menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran secara persendirian dan lulus Sijil Penuh pada tahun 1975. Selepas berkhidmat selama dua tahun di Mukah, pada tahun 1976 beliau ditukarkan mengajar di Sekolah Menengah Chung Hwa, Sibu.

Sebelum balik bertugas di Semenanjung pada tahun 1979 beliau sempat berkhidmat di Sekolah Menengah Sacred Heart, Sibu selama setahun. Di Semenanjung beliau ditugaskan menjadi guru penolong di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Puteh, Kemaman. Oleh kerana sekolah ini sekolah baru dan belum digred, selepas berkhidmat setahun Pengetua sekolah tersebut telah melantik beliau menjadi Guru Penolong Kanan Kurikulum.

Semasa berkhidmat di Sekolah Menengah Ayer Puteh iaitu pada 20 April 1980 beliau telah berkahwin dengan Rahmah bt Johan dan dikurniakan enam orang anak; Adib, Anuar, Siti Munirah, Azizan, Muhammad Arif dan Muhammad Azizol.

Beliau ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail Kemaman pada tahun 1984 apabila Sekolah Menengah Ayer Puteh digredkan dan jawatan GPK1 disandang oleh guru siswazah. Di sekolah ini beliau dilantik sebagai Penolong Penyelia Petang.

Pada 15 Februari 1994 beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Penyelia Petang di Sekolah Kebangsaan Kijal. Selepas sebulan berkhidmat beliau ditawarkan menjawat Penyelia Sekolah di Unit Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sehingga tahun 1999. Apabila berlaku kekosongan Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman, beliau telah ditawarkan menjadi Guru Besar di sekolah tersebut.

Semasa di Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman dalam tahun 2000 beliau telah membina Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM) diikuti dengan Sistem Pengurusan Peperiksaan (SPP) untuk diguna pakai di sekolah tersebut. Beliau juga berusaha membina sendiri Sistem Rangkaian Setempat (LAN) untuk memudahkan guru-guru sekolah tersebut memasukkan maklumat.

Pada tahun 2001, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah meminta kebenaran beliau untuk diedarkan sistem itu di seluruh sekolah rendah di negeri Terengganu. Sistem ini diberi nama oleh JPN Terengganu sebagai e-Pantau. Semenjak tahun tersebut pencapaian UPSR negeri Terengganu mula mendahului negeri-negeri lain di Malaysia. Pencapaian ini berkekalan hingga tahun 2011 dengan memegang rekod sebelas tahun berturut-turut.

Apabila beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Chukai, beliau telah mengubah budaya kerja ke arah penggunaan ICT dalam pengurusan sekolah. Beliau telah membina sistem tambahan seperti Sistem Pengurusan Kokurikulum, Sistem Merit Demerit, Sistem Laporan Adab Belajar, Sistem Pentaksiran Lisan, Sistem Pengurusan Aset, Sistem Kehadiran Staf Berkomputer (Punchcom), Sistem Pengurusan Perpustakaan dan lain-lain.

Beliau berusaha menambah komputer sekolah dan membina sistem rangkaian termasuk rangkaian tanpa wayar. Dengan beralih kepada pengurusan digital warga SK Chukai telah dapat menimba pengalaman baru dan dapat meningkatkan mutu kerja yang lebih cekap dan pantas.

Sebagai sekolah tertua di Kemaman beliau bersama-sama dengan staf sekolah ini telah mencipta visi untuk menjadikan 'SK Chukai sebagai sekolah contoh menjelang tahun 2010' dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih sekolah ini satu-satu sekolah rendah di Chukai untuk melaksanakan 'Pembestarian Sekolah' mulai tahun 2006.

Beliau telah bersara daripada menjadi penjawat awam pada 5 November 2011 setelah lapan tahun menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Chukai.

Menjelang persaraannya pada tahun 2011, beliau telah membina pula Sistem Pengurusan Peperiksaan Menengah Atas (SPPMA) dan pada tahun 2015 Sistem Pengurusan Peperiksaan Sekolah Rendah (SPPSR). Kedua-dua aplikasi itu sedang digunakan di semua sekolah di negeri Terengganu.

Anugerah

  • 1998 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Pelajaran Terengganu.
  • 2000 - Menerima PJK daripada D.Y.M.M. Sultan Terengganu
  • 2002 - Anugerah Guru Inovatif Daerah sempena Hari Guru Daerah Kemaman.
  • 2002 - Anugerah Guru Cemerlang Negeri sempena Hari Guru Negeri Terengganu.
  • 2003 - Anugerah Guru Inovatif Perseorangan Negeri sempena Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu.
  • 2003 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Pelajaran Terengganu.
  • 2006 - Anugerah Head Master of The Year sempena Hari Guru Daerah Kemaman.
  • 2007 - Dilantik menjadi Guru Besar Cemerlang DGA38 mulai 16 November 2007.
  • 2008 - Anugerah Guru Cemerlang Sempena Hari Guru Negeri Terengganu 2008.
  • 2009 - Anugerah Pemimpin ICT Sempena Hari Guru Negeri Terengganu 2009.
  • 2011 - Anugerah Guru Inovatif Daerah sempena Hari Guru Daerah Kemaman 2011.
  • 2012 - Anugerah Guru Berjasa Daerah sempena Hari Guru Daerah Kemaman 2012.
  • 2012 - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Jabatan Pelajaran Terengganu.
  • 2012 - Menerima PPN daripada D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia.

Kursus-Kursus Dalam Perkhidmatan

TarikhKursusTempatPenganjur
26 Mei – 30 Jun 1979Kursus Bahasa Malaysia Sekolah Menengah RendahSM Panji AlamJPNT
26 Nov – 6 Dis 1989 dan4 Feb – 3 Mac 1990Kursus Peningkatan Keilmuan Profesionalisme Keguruan- Sijil CemerlangIAB Genting HighlandsIAB, KPM
18 - 22 Julai 1992Bengkel Penyelia-Penyelia Negeri TerengganuINTAN Wilayah Timur, KemamanJPNT
21 Sept – 12 Dis 1992Kursus Komputer Dalam Pendidikan – Sijil KepujianIAB Genting HighlandsIAB, KPM
7 April 1993Bengkel Akhbar Dalam DarjahPKG BinjaiBerita Harian
18 – 23 April 1994Kursus Kakitangan Sumber Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dalam KBSMPrimula Besut Beach Resort, BesutPPK, KPM
9 – 11 Mei 1994Seminar Pendidikan Geografi MalaysiaPusat Perkembangan Kurikulum(PPK)PPK, KPM
17 - 21 September 1994Bengkel Pembinaan Bahan Sokongan P & P Kajian Tempatan Tahun 4PSPNJPNT & PPK
21 - 23 November 1994Bengkel Pemantapan Pelaksanaan Pendidikan Moral KBSMHotel J.W. Palace, Sg. Petani, KedahBS, KPM
26 - 27 Nov. 1994Mesyuarat Pemurnian Hasil Bengkel Kursus Pendedahan Perubahan KBSR Kajian Tempatan Tahun 4Sri Molek, DungunJPNT
3 - 7 April 1995Kursus Professional Writing For PublicationIAB Genting HighlandsIAB, KPM
5 - 9 Jun 1995Kursus Pengukuhan Geografi KBSMPusat Perkembangan Kurikulum(PPK)PPK, KPM
11 - 14 Sept. 1995Kursus Penyelia GeografiHotel Perkasa, Kundasang, SabahBS, KPM
24 - 28 Sept. 1995Persidangan Pendidikan Kajian Tempatan Berasaskan Sumber Peringkat KebangsaanHotel Selesa, Pasir Gudang, JohorBTP, KPM
19 - 20 Nov. 1995Kursus Pendedahan Perubahan Mata Pelajaran KBSR kepada Guru BesarKolej Latihan Telekom. MarangJPNT
25 Mac – 4 Mei 1996Kursus Reka Bentuk dan Pengaturcaraan Dbase SMPP – Sijil CemerlangIAB Genting HighlandsIAB, KPM
29 Julai – 2 Ogos 1996Kursus Pengukuhan Geografi Sekolah Menengah AtasPusat Perkembangan Kurikulum(PPK)PPK, KPM
29 Sept. – 3 Okt 1996Konvensyen Bina MindaHotel Perdana, Kota Bharu, KelantanBTP & JPNK
21 - 23 Okt. 1996Kursus Sains dan Teknologi Merentas KurikulumAir Keroh d’Village, MelakaPPK, KPM
2 – 4 Nov. 1996Kursus Penyenggaraan , Troubleshooting, Baik Pulih dan Upgrading PCResidence Inn Cherating, PahangUTM
11 - 16 Nov. 1996Bengkel Penilaian Kerja Kursus Geografi PMR Berdasarkan Elemen dan KriteriaGrand Continental LangkawiLP, KPM
18 - 21 Dis. 1996Seminar Kebangsaan Penyelidikan PendidikanHotel Perdana, Kota Bharu, KelantanBPPP, KPM
14 - 15 Mei 1997Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan KomputerIPSI, Tg MlimIPSI
24 - 29 Mei 1997Kursus Pengurusan Maklumat – Power PointIAB Cawangan UtaraIAB, KPM
2 - 7 Ogos 1997Kursus Penerapan Kemahiran Berfikir bagi Pengurus Sekolah MenengahIAB Cawangan UtaraIAB, KPM
5 - 7 Sept. 1998Bengkel Teknologi MultimediaUPM TerengganuUPM
2 - 3 Feb. 1999Kursus Pembelajaran MasteriPSPNJPNT
5 - 10 April 1999Kursus Untuk Tenaga Pengajar SMPP/EMISIAB Genting HighlandsIAB, KPM
19 - 23 April 1999Persidangan Kebangsaan Pusat Sumber SekolahHotel Copthome Orchid, Pulau PinangBTP, KPM
16 - 21 Ogos 1999Mesyuarat Pembinaan Garis Panduan Perlaksanaan KDP di Sekolah Rendah dan MenengahRegency Hotel & Resort, Port DicksonPPK, KPM
15 - 19 Okt. 2000Kursus Pengurusan Akaun SekolahResidence Inn Cherating, PahangJPNT
30 Okt.– 3 Nov. 2000Kusus Peningkatan Profesionalisme Guru Besar TerengganuPusat Kokurikulum, Kuala BerangJPNT
13 - 17 Mei 2002Kursus Pengurusan Latihan Dalam OrganisasiIAB Genting HighlandsIAB, KPM
19 - 23 Okt.2003Kursus Pengaturcaraan Visual BasicHotel Seri Malaysia, KTBPG, KPM
6 - 10 Sept. 2004Kursus Aplikasi TMK Dalam P & P Berasaskan Notebook AppleIndera Mahkota Training Villa & Resort, KuantanBPG, KPM
18 Feb. – 2 Mac 2006Kursus Pengurusan Pejabat dan KewanganIAB Cawangan UtaraIAB, KPM
20 – 21 Ogos 2006Seminar Inovasi Bahasa Inggeris Peringkat Negeri TerengganuHotel Grand Continental Kuala TerengganuPSPN Terengganu & JPNT
27 – 30 Nov. 2006Kursus Pengurusan Kewangan MSSMPrimula Beach Resort Kuala TerengganuJabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, KPM
10 – 15 Nov. 2007Kursus Pemantapan Kepimpinan ICT dan PembestarianGrand Continental Kuala TerengganuInstitut Aminuddin Baki, KPM
17 Ogos 2008Seminar Penampilan Diri Kepimpinan PendidikanAkademik Bomba Dan Penyelamat, Wakaf Tapai, MarangJabatan Pelajaran Terengganu
18 - 23 April 2009Kursus Pengurusan ProjekHotel Sutra Inn, Kota Bharu KelantanInstitut Aminuddin Baki, Cawangan Utara
The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Mohd Yusof bin Muda is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Mohd Yusof bin Muda
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes