Mohd Ekhwan Toriman
Quick Facts
Biography
Profesor Dato' Dr. Mohd Ekhwan bin Haji Toriman (lahir 11 September 1969) ialah seorang ahli akademik Malaysia. Beliau ialah Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-12, jawatan yang disandangnya sejak 1 Januari 2021. Beliau merupakan alumni UKM pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor UKM.
Kerjaya akademik
Mohd Ekhwan ialah graduan UKM pada 1992 (Ijazah Am) dan 1993 (Ijazah Kepujian) dalam bidang Geografi (fizikal), Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan.
Beliau seterusnya memperoleh Sarjana (MSc) dari Universiti Manchester serta Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Newcastle Upon Tyne UK dalam bidang Pemodelan Hidrologi Sekitaran, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Pengurusan Sumber Air.
Mohd Ekhwan juga berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Akademik dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia serta jawatan pentadbiran dan akademik yang lain seperti Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Beliau dilantik sebagai Naib Canselor UKM ke-12 pada 1 Januari 2021 bagi menggantikan Mohd Hamdi Abd Shukor yang dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (UM) pada 1 November 2020. Pelantikan ini menjadikan Mohd Ekhwan sebagai alumni UKM pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor universiti itu.
Rujukan
Pautan luar
- Mohd Ekhwan Toriman di Google Scholar