peoplepill id: mohd-annuar-zaini
MAZ
4 views today
4 views this week
Mohd Annuar Zaini

Mohd Annuar Zaini

The basics

Quick Facts

A.K.A.
Mohd Annuar bin Zaini
The details (from wikipedia)

Biography

Datuk Seri Panglima Mohd Annuar bin Zaini merupakan bekas Pengerusi Bernama, agensi berita nasional Malaysia yang mengendalikan Bernama TV di saluran 502 Astro dan Radio 24. Tempoh perkhidmatan beliau di Bernama dikatakan tamat pada 31 Januari 2010.

Beliau dilahirkan di Taiping, Perak. Bapanya seorang anggota polis yang bersara dari perkhidmatan polis pada tahun 1983. Semasa bersekolah, Mohd Annuar telah mendapat anugerah pelajaran dari Tabung Kebajikan Kelab PDRM Ipoh yang diusahakan oleh Hanif Omar (Tun) ketika menjadi Ketua Polis Daerah Ipoh.

Kerjaya

Dari 1981-1986 beliau menjadi Setiausaha Sulit Kanan Musa Hitam, Menteri Dalam Negeri, termasuk pada waktu Peristiwa Memali 1985. Dari tahun 1991-1993, beliau menjadi Ketua Penolong Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Perak. Tahun 1993 beliau dilantik sebagai Pengurus Besar Yayasan Perak dan bersara pada 1999.

Sejak Februari 2004, Dato’ Mohd Annuar bin Zaini menjadi Pengerusi Bernama. Sejak 2004 DYMM Sultan Perak melantik beliau sebagai Ahli Dewan Negara Perak. Kemudian dipilih menjadi Distinguished Fellow kepada Institut Kajian Strategik Dan Hubungan Antarabangsa (ISIS) dan ahli Lembaga Penasihat Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri.

Dato’ Mohd Annuar bin Zaini telah dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara mulai 30 Ogos 2007 dan sebagai Ketua Eksekutif mulai 1 September 2008.

Selepas bersara dari perkhidmatan awam, beliau menjadi ahli Lembaga Pengarah syarikat Berjaya Group, milik taikun Vincent Tan. Selain itu beliau menjadi pengerusi Metropolitan Utilities Corporation Sdn Bhd.

Sebagai pengacara

Beliau beberapa kali menjadi pengacara dan menemubual beberapa tokoh penting negara seperti Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di TV3 dan Menteri Penerangan yang baru Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan gaya bersahaja. Gaya beliau menyoal cukup menarik walaupun beliau bukanlah seorang wartawan.

Sebagai penulis ucapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, peranan Annuar Zaini dipertikaikan oleh ramai penulis blog seperti RockyBru dan Jeffooi.

Maklumat dari blog menyatakan beliau pernah bersama-sama dengan Abdullah Ahmad Badawi dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Annuar Zaini juga dikatakan rapat dengan Tan Sri Musa Hitam.

Anugerah

Pada 3 Februari 2008,Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengurniakan Darjah Kebesaran Datuk Seri Azlanii yang membawa gelaran Datuk Seri kepada beliau di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar,Perak.Majlis Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Khas itu sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah.Seramai 25 penerima darjah khas dikurniakan kepada mereka yang banyak berjasa .

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Mohd Annuar Zaini is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Mohd Annuar Zaini
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes