Mohamad Sabri Haron
Quick Facts
Biography
Sahibus Samahah Profesor Madya Dr Haji Mohamad Sabri Haron ialah Mufti Terengganu ke-18 yang telah dilantik pada 1 April 2021. Semasa dilantik, beliau merupakan Felo Kanan Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Felo Kanan Institut Kajian Malaysia (IKMAS) dan profesor madya di Pusat Citra Universiti UKM.
Latar belakang dan pendidikan
Mohamad Sabri dilahirkan pada 4 Mei 1964 di Terengganu. Beliau memperoleh Diploma pengajian Islam dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) pada 1985. Beliau menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh Sarjana Muda Pengajian Islam pada 1988. Kemudian, beliau menyambung pengajian sarjana dan memperoleh Sarjana Perbandingan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 1993. Selanjutnya, beliau memperoleh ijazah doktor falsafah Undang-undang Islam dari Universiti Jordan pada 1998.