Mawar Rashid
Quick Facts
Biography
Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid (Jawi: ماور رشيد; lahir 3 April 1995) merupakan pelakon dan model wanita Malaysia. Mawar pernah menyertai program Dewi Remaja dan berjaya trending dan popular sekelip mata hanya dengan satu video temuramah mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) melalui satu rancangan hiburan Astro Ria iaitu hLive.
Kerjaya
Mawar Rashid memulakan kerjaya pemodelan sebagai peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 bersama-sama dengan Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana, Deeba Halil, Balqish Maarif dan Syamim Farid dan diundi sebagai peserta kegemaran.
Selepas Dewi Remaja tamat, kerjaya lakonannya bermula apabila Mawar diberikan peranan pembantu dalam siri televisyen Astro Ceria, Super Gameboy. Beliau kemudiannya meraih pencapaian luar biasa dalam bidang lakonan apabila dipilih menjayakan peranan antagonis sebagai Elfira dalam drama adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu lakonan Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi.
Beliau kemudiannya muncul dalam telefilem Rajuk di TV9 menerusi slot Skrin Di 9. Paling terkini, Mawar muncul sebagai Qisya Iris dalam Suamiku Paling Sweet di Slot Akasia TV3.
Mawar menjadi bintang utama di samping Elvina Mohamad, Amar Baharin dan Syazwan Zulkifly dalam drama berat Kalis Kasih arahan Nazir Jamaluddin yang bersiaran di Slot Samarinda TV3. Beliau menjayakan watak sebagai Senah dalam telefilem Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati arahan dan lakonan Sabri Yunus yang akan bersiaran pada 30 Jun 2018 di Astro Citra.
Kehidupan peribadi
Mawar dilahirkan dan dibesarkan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Fazley Yaakob pada 9 November 2017. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 7 Julai 2017.
Kontroversi
Nama Mawar menjadi trending dalam sekelip mata di media sosial berikutan beliau tidak dapat menjawab soalan mengenai perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini berkuatkuasa 1 April 2015. Mawar dikatakan merepek ketika memberikan jawapan kepada setiap pertanyaan mengenai GST. Daripada temuramah tersebut, beliau dapat menyimpulkan bahawa kecantikan itu tidak semestinya berilmu. Beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan mohon maaf atas keterlanjuran beliau yang kurang berpengetahuan mengenai ekonomi negara.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium | Permaisuri Melaka | Mamat Khalid | Filem pertama |
2019 | Bu, Kasih Suci | Dania | Jeany Amir |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Super Gameboy | Astro Ceria | ||
2016 | Tundukkan Playboy Itu | Elfira | TV3 | Slot Akasia |
2000km Ke al-Haram | TV1 | Slot Widuri | ||
2017 | Suamiku Paling Sweet | Qisya Iris | TV3 | Slot Akasia |
Dia | Anissa | |||
2018 | Kalis Kasih | Amanda | Slot Samarinda | |
Pencuri Cinta Kelas Satu | Hanisa | Astro Oasis | Slot Raihana | |
Isteriku Mem Besar | Melissa | TV3 | Slot Dahlia | |
Raisha 2 | Zulaikha | Slot Lestary | ||
2019 | Aurora Aisyah | Eryna | TV1 | |
Dia Pengantinku | Aimi Najwa |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Rajuk | TV9 | Skrin Di 9 | |
M4TI | Astro Citra | Citra Exclusive | ||
Imam Samar-Samar | TV9 | |||
Cinta Bersegi-Segi | Wilmar | TV9 | Skrin Di 9 | |
2018 | Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati | Senah | Astro Citra |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014-15 | Dewi Remaja | Dirinya sendiri/Peserta | Astro Ria |
2016 | Ketuk-Ketuk Ramadan | Dirinya sendiri/Tetamu jemputan | TV3 |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2017 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 | Artis Baru Wanita Popular | Dicalonkan |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pelakon TV Wanita Popular | Dicalonkan |
Rujukan
Pautan luar
- Biodata dan Gambar Mawar Rashid
- Mawar Rashid di Instagram
- Mawar Rashid di Twitter
- Mawar Rashid di Facebook