peoplepill id: masya-masyitah
MM
6 views today
6 views this week
The basics

Quick Facts

Work field
Gender
Female
Audio
Spotify
The details (from wikipedia)

Biography

Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff (lahir 19 Januari 2000) atau lebih dikenali sebagai Masya Masyitah merupakan seorang bekas penyanyi wanita Malaysia. Kerjayanya dalam bidang muzik bermula apabila beliau dinobatkan sebagai juara pertandingan Ceria Popstar musim kedua di Astro Ceria pada 2014. Selain itu, beliau juga ialah naib juara Bintang Kecil anjuran RTM. Masya merakamkan single sulungnya, "Teman Bintang" pada 2014, namun paling dikenali menerusi lagu "Halimunan" (2018). Pada tahun 2020, beliau dinobatkan sebagai juara Yippi Star Quest 2020 dengan menewaskan 3000 peserta seluruh Asia.

Kerjaya

Masya Masyitah mula menunjukkan minat terhadap muzik sejak berusia sembilan tahun. Pada tahun 2011, Masya terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan TV realiti kanak-kanak Bintang Kecil terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan dinobatkan sebagai naib juara. Tiga tahun kemudian, iaitu pada 2014, beliau menjadi salah seorang peserta rancangan TV realiti Ceria Popstar musim kedua di Astro Ceria di bawah bimbingan penyanyi Hazama Azmi dan dinobatkan sebagai juara, ketika itu beliau berusia 14 tahun.

Selepas tamat Ceria Popstar, Masya bersama enam finalis rancangan itu muncul dengan album kompilasi Ceria Popstar 2 terbitan Warner Music Malaysia. Album ini dikeluarkan pada November 2014.

Beliau berhasrat untuk melebarkan kerjayanya ke Tanah Besar China. Ini terbukti apabila beliau menjadi naib juara Festival Muzik Antarabangsa Hong Kong 2016.

Masya menandatangani kontrak bersama Rocketfuel Entertainment dan seterusnya muncul bersama single sulungnya bersama label itu, "Mawar Terbiar", diikuti oleh single kedua, "Halimunan". Sebelum "Mawar Terbiar" dan "Halimunan", Masya terlebih dahulu merakamkan single pertama, "Teman Bintang".

Pada 7 Oktober 2018, Masya membuat kemunculan bersama Sufian Suhaimi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 dengan mempersembahkan lagu "Di Matamu". Persembahan mereka mendapat pujian daripada penonton.

Beliau menjadi satu-satunya wakil Malaysia dalam rancangan realiti nyanyian China, The Coming One musim ketiga yang berlangsung pada Mei 2019. Selain itu, Masya turut diundang menjayakan program ulang tahun ke-45 kempen Hubungan Diplomatik Malaysia-China anjuran Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia.

Pada Ogos 2019, Masya bersama-sama dengan artis-artis Rocketfuel Entertainment, juga dikenali secara kolektif sebagai Rocketfuel All Stars telah merakamkan lagu bertajuk "Oh Malaysiaku" sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-62.

Masya juga telah dicalonkan dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular. Beliau terpilih mewakili China di Festival Lagu-lagu China yang berlangsung pada 17 September 2019 di Nanning, China. Beliau turut menjayakan konsert jelajah Mysista bersama Jeryl Lee yang diadakan pada Oktober dan Disember 2019 di Genting Highlands, Pahang. Masya juga telah memenangi Anugerah Muzik Asia 2019 bagi kategori Artis Muda Paling Berpotensi, yang berlangsung di Shenzhen, China.

Pada Julai 2020, Masya melancarkan single terbaharu, "Hapus" hasil nukilan Amy Bong dan Zimi. Lagu ini berkisarkan tentang seorang lelaki yang curang di hadapan kekasihnya sendiri. Muzik videonya telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, ia dibintangi oleh Hun Haqeem.

Beliau telah mencipta sejarah tersendiri apabila telah dinobatkan sebagai juara pertandingan pencarian bakat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 yang berlangsung pada 24 Oktober 2020, menewaskan penyanyi Filipina, Phem sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$40,000 (RM160,000). Dalam pertandingan ini, beliau berjaya menewaskan 3000 peserta di seluruh Asia yang mengambil bahagian.

Pada 25 Jun 2021, Masya melancarkan lagu solo berbahasa Mandarin pertamanya, "Jiu Meng Xin Su". Lagu yang berentak slow rock ini ialah hasil nukilan Kai Kai dan diterbitkan oleh Peng Chu. Masya dalam temubual bersama Berita Harian berkata lagu itu bukan berkisarkan mengenai kisah cintanya malah tiada kaitan dengannya di alam realiti. Ia merupakan lagu Mandarin keduanya selepas lagu "Zuo Jian" menampilkan duet bersama Jeryl Lee.

Imej umum

Masya menerima pujian ramai dan peminat muzik kerana kebolehannya membawakan lagu berbahasa Mandarin. Ketua Label Muzik Rocketfuel Entertainment, Adam Lobo berkata: "Walaupun Masya (Masyitah) masih baru dalam industri muzik Malaysia, saya percaya dengan bakat nyanyian beliau bukan sahaja dalam bahasa Melayu, tetapi juga kebolehan beliau menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin yang amat mengagumkan serta mendapat pujian ramai daripada rakyat Malaysia termasuklah yang berbangsa Cina. Ini menunjukkan penerimaan yang baik tentang cara nyanyian dan paling penting setiap patah perkataan yang disebutkan kedengaran jelas dan tidak kekok".

Menyifatkan hijab bukan penghalang buat dirinya, Masya berkata: "Memang saya tidak boleh nafikan ramai yang mengecam apabila seorang penyanyi bertudung seperti saya mencuba untuk berkecimpung dalam dunia seni suara. Saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Apa yang boleh saya lakukan hanyalah buat perkara yang diminati. Pada masa yang sama, saya kena sentiasa menjaga nama baik keluarga terutamanya ibu bapa. Kecaman akan wujud di mana-mana terutamanya apabila memilih untuk bekerja dalam bidang seni".

Kehidupan peribadi

Masya Masyitah dilahirkan pada 19 Januari 2000 di Kulim, Kedah. Beliau ialah bekas pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chio Min. Masya juga fasih berbahasa Mandarin. Beliau mendedahkan dalam satu temubual bersama mStar Online pada November 2014 bahawa beliau pernah diganggu oleh seorang lelaki tidak dikenalinya selepas menjuarai Ceria Popstar musim kedua. Masya turut mendakwa lelaki itu pernah menghantar hadiah ke rumahnya dan menganggunya di sekolah semasa belajar.

Masya mendedahkan telah membeli sebuah rumah berharga RM300,000 secara tunai pada usia 19 tahun pada 2019. Keseluruhan wang itu diperolehinya dari kerjayanya sebagai penyanyi.

Diskografi

Album

TahunTajukCatatan
2014Ceria Popstar 2Album kompilasi bersama 6 finalis Ceria Popstar musim kedua

Single

TahunTajukCatatan
2014
"Teman Bintang"
2017
"Mawar Terbiar"
2018
"Halimunan"
2019
"Bahu Kiri"
"Zuo Jian"
Duet bersama Jeryl Lee
"Sahabat Sejati"
Versi bahasa Melayu dari lagu bahasa Mandarin "Zuo Jian"
2020
"Hapus"
2021
"Jiu Meng Xin Su"
"Remuk"
Versi Melayu dari versi Mandarin lagu "Jiu Meng Xin Su"
"Keluarga Malaysia"
Lagu tema gagasan Keluarga Malaysia. Duet bersama Ara Johari, Putera Muhammad dan Sufi Rashid
2022
"Simpanan"
Lagu paling banyak dapat kritikan netizen, akibat fesyen tudung

Filemografi

Drama

TahunTajukPerananSaluran TV
2014Puasa Oh PuasaMasyaAstro Ceria
2015Puasa Oh Puasa (Musim 2)

Telefilem

TahunTajukPerananSaluran TV
2014Masya AlisyaAlisyaAstro Maya HD

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TV
2014Ceria Popstar 2Dirinya sendiri/PesertaAstro Ceria
2024Big Stage Musim 6Dirinya sendiri/PesertaAstro Ria

Kontroversi

Isu rentas negeri

Pada 15 Mei 2021, Masya menerima kecaman daripada netizen di media sosial apabila beliau memuat naik gambarnya bersama dengan ibunya merentas negeri untuk pulang beraya bersama bapanya di Kulim, Kedah. Ini kerana pada ketika itu seluruh rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas negeri bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama ahli keluarga yang lain akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. Masya telah berkongsi perasaan gembiranya itu di media sosial dan mengatakan beliau berasa gembira dan teruja kerana dapat mengikuti ibunya pulang ke kampung halaman bagi meraikan hari raya dengan berbekalkan surat kebenaran rentas negeri ibunya. Namun, ternyata tindakannya tersebut malah telah mengundang kemarahan para netizen kerana mereka mengganggap wujudnya sistem 'double standard' diantara golongan artis kayangan dan golongan rakyat biasa dalam undang-undang meluluskan kebenaran merentas negeri. Malah, tindakan Masya tersebut juga membuatkan pihak polis kemudian memanggilnya untuk disoal siasat. Masya bagaimanapun kemudian memohon maaf secara terbuka di laman media sosialnya diatas kesilapannya memuat naik fotonya tersebut dan mengakui kesilapan beliau yang tidak sensitif terhadap perasaan orang lain yang tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga pada ketika itu.

Isu bertudung dan memakai seluar ketat

Pada tahun 2023, Masya sekali lagi dikecam apabila memuatnaik gambar di aplikasi Instagram miliknya dimana beliau telah berpenampilan agak mencolok mata dengan imejnya bertudung namun memakai seluar ketat legging berwarna hitam sehingga menimbulkan rasa tidak senang dikalangan netizen yang melihatnya. Beliau turut didakwa seolah-olah tidak menghormati dirinya yang beragama Islam. Neyizen sempat menegur agar beliau menjaga maruah dan tatasusila sebagai orang Islam. Masyitah juga telah rasmi membuka tudung sehingga ke hari ini. Selain itu, banyak gambar beliau yang tidak berlengan (sleeveless) dipamerkan untuk tontonan awam.

Jelajah

  • The Jeryl & Masya "MY SISTA" Live in Genting (2020)

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusanRuj.
2016Festival Muzik Antarabangsa Hong Kong 2016Dirinya sendiriMenang
2019Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32Artis Baharu Wanita PopularTercalon
Anugerah Muzik Asia 2019Artis Baharu Paling BerpotensiMenang
Anugerah Perniagaan Cemerlang ASEAN 2019Pemengaruh Media Sosial Terbaik ASEANMenang
2020Yippi Star Quest 2020Menang

Catatan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Masya Masyitah is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Masya Masyitah
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes