Mariam Ismail
Quick Facts
Biography
Siti Mariam Ismail (20 April 1933 - 1 Disember 2015) atau lebih popular dengan nama Mariani merupakan seorang seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma. Beliau dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura. Beliau adalah antara seniwati paling bergaya sewaktu kegemilangan Studio Jalan Ampas.
Penglibatan dan Kerjaya Seni
Kerjaya seni beliau bermula selepas memenangi pertandingan ratu cantik singapura pada 1951 ketika berusia 17 tahun.Beliau merupakan gadis pertama yang memegang gelaran tersebut . Namun begitu, beliau tidak mewakili singapura ketika itu kerana pertandingan tersebut julung kali diadakan di republik tersebut. Beliau merupakan antara gadis tercantik singapura ketika itu.Gelaran itu telah menjadi batu loncatan untuk beliau terlibat dalam bidang lakonan. Selepas itu,beliau pernah ditawarkan berlakon oleh pemilik Studio Jalan Ampas iaitu Tan Sri Run Run Shaw namun beliau menolaknya kerana cita-cita beliau ialah menjadi seorang doktor. Selepas dua tahun, itu pun selepas dipujuk oleh Saloma, barulah beliau bersetuju untuk berlakon. Filem pertama lakonan beliau ialah filem Chemburu arahan S. Ramanathan pada tahun 1952. Beliau dibenci kerana membawakan watak jahat dalam filem tersebut. Selepas berjaya membawakan watak jahat dengan berkesan, beliau ditawarkan lagi berlakon dalam filem-filem keluaran syarikat itu antaranya seperti filem Istana Impian, Kembali Seorang, Labu Labi, Nasib Labu-Labi dan Tiga Abdul. Filem-filem lakonan beliau sewaktu di Studio Merdeka, Kuala Lumpur adalah seperti filem Masam-masam Manis dan Putus sudah Kasih Sayang.
Selain berlakon, beliau juga berbakat dalam nyanyian. Lagu nyanyian beliau bertajuk Darah Muda. Filem Darah Muda juga adalah antara filem lakonan beliau. Turut sama berlakon dalam filem tersebut ialah seniman Jins Shamsuddin dan seniwati Sarimah pada tahun 1963.
Dalam usia yang semakin lanjut, beliau tetap aktif berlakon dan kemunculan terbaru beliau adalah dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam II arahan Shuhaimi Baba pada tahun 2005. Juga drama 16 episod, Nur Qalesya.. Beliau kini memiliki syarikat produksi sendiri bersama suami, Kus Semangat Aktor Sdn Bhd sejak 2007.
Beliau meninggal pada 1 Disember 2015. Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang.
Perkahwinan
Sepanjang kehidupan beliau, beliau pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Bersama suami pertamanya iaitu Darus, Mariani telah dikurniakan dua anak iaitu Noraini dan Normala. Bersama suami kedua pula, Allahyarham H. M. Rohaizad @ Syed Hamid Al-Segaf, Maraini mendapat enam anak iaitu Sharifah Haslinda, Sharifah Rozita, Syed Herwaini, kembar Syed Marhain dan Syed Nazran serta Syed Hasnidan. Bersama suami ketiganya, Mohammad Alias, Mariani memperoleh lima orang anak iaitu Iskandar Mierza, Shahruniza, Ariff Efandi, Kamarul Ariffin dan Melisa Alias @ Melissa Saila.
Filemografi Mariani Ismail
Filem
- Yatim Piatu - (1952) - (Pelakon Pembantu)
- Cemburu - (1952) - (Pelakon Utama)
- Raja Sehari - (1953) - (Pelakon Utama)
- Istana Impian - (1953) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Zaiton)
- Putus Harapan - (1953) - (Pelakon) - Watak Sebagai (Kasma)
- Iman - (1954) - (Pelakon Pembantu)
- Perjodohan - (1954) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Salmah)
- Merana - (1954) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Rosni)
- Hang Tuah - (1956) - (Pelakon)
- Mogok - (1957) - (Pelakon Pembantu)
- Taufan - (1958) - (Pelakon Pembantu)
- Saudagar Minyak Urat - (1959) - (Pelakon Pembantu)
- Labu Labi - (1962) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Manisah)
- Siti Muslihat - (1962) - (Pelakon Pembantu)
- Darah Muda - (1963) - (Pelakon Pembantu)
- Bunga Tanjung - (1963) - (Pelakon)
- Darahku - (1963) - (Pelakon)
- Nasib Si Labu Labi - (1963) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Manisah)
- Tiga Abdul - (1964) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Hamidah)
- Dupa Cendana - (1964) - (Pelakon Pembantu)
- Masam-Masam Manis - (1965) - (Pelakon Utama)
- Kacha Permata - (1966) - (Pelakon Pembantu)
- Ahmad Albab - (1968) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Zahara)
- Putus Sudah Kasih Sayang - (1971) (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Rosmah)
- Setinggan - (1981) - (Pelakon)
- Dendam Dari Pusara - (1983) - (Pelakon Pembantu)
- Perempuan - (1988) - (Pelakon Tambahan)
- Pontianak Harum Sundal Malam II - (2005) - (Artis Jemputan)
- Santau - (2009) - (Pelakon Pembantu)
- Mantra - (2010) - (Artis Jemputan)
- Khurafat - (2011) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Nenek)
- Momok Jangan Panggil Aku - (2011) - (Artis Jemputan) - Watak Sebagai (Chu Lamah/Saka)
- Jidin Sengal - (2012) - (Artis Jemputan)
- Malam....Penuh Bermisteri - (2013) - (Pelakon)
- Kisah Paling Gangster - (2013) - (Pelakon)
- Cara Mengundang Hantu - (2014) - (Pelakon Utama)
Drama
- Bila Larut Malam
- Surat Cinta Untuk Umi
Pencapaian
- (pencalonan) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) - "Dendam Dari Pusara" Festival Filem Malaysia ke-4 1984