peoplepill id: m-amin
MA
6 views today
6 views this week
The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Muhammad Amin bin Haji Ihsan atau lebih dikenali sebagai M. Amin merupakan seorang pelakon, dan pengarah filem Melayu.

Pengenalan

M Amin dilahirkan pada 1 September 1924 di Kuala Kangsar, Perak dengan nama penuh beliau ialah Muhammad Amin bin Haji Ihsan.

M Amin bersekolah di Sekolah Bendang Panjang sehingga darjah enam. Beliau memulakan karier pertamanya sebagai guru di Kuala Kangsar, Perak. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau berkhidmat sebagai anggota Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu (menggunakan nombor 4511) sebagai pegawai undang-undang (School Inspector) di Polis Depoh Ipoh selama 4 tahun dari tahun 1946 hingga tahun 1950.

Penglibatan dalam karier seni

Disebabkan minat yang mendalam pada bidang lakonan, beliau ketika itu, sudah pun bekerja sebagai anggota polis, rela meletakkan jawatan untuk mengejar cita-citanya walaupun bermula sebagai pelakon tambahan untuk filem Bakti arahan L.Krishnan (1950) di Studio Malay Film Productions (MFP), kepunyaan Shaw Brothers di Singapura.

Mula berlakon disisi Mariam Baharom (Mariam tahi lalat) dalam filem Kembar yang diarah oleh S. Ramanathan 1950, dan Berbahagia di Singapura di bawah arahan Jaafar Wariyo bersama pelakon Siti Hanim dan Rohaya. Beliau turut berlakon dalam filem Alladin (1950), filem Bakti (1950), filem Pembelaan (1950), filem Kembar (1952), dan filem Antara Senyum Dan Tangis (1952). Setelah berkhidmat selama dua tahun di MFP, pada tahun 1952 M. Amin beralih angin ke Cathay-Keris Film Productions. Ini pun atas nasihat beberapa orang kawan dan ingin mencari pengalaman baru bekerja di syarikat filem lain. M. Amin berlakon dan juga diberi tanggungjawab sebagai penolong pengarah kepada beberapa orang pengarah yang sedia ada di studio tersebut. Di situ, dia tidak banyak menerima rintangan atau menghadapi cabaran sebagaimana yang ditempuhinya di MFP.

Apabila Hussain Haniff dilantik sebagai pengarah filem “Hang Jebat”, M. Amin diminta oleh Hussain Haniff menjadi penolong pengarahnya dan juga turut berlakon membawa peranan Hang Tuah. Bagaimanapun sebelum itu, dia menjadi penolong pengarah bersama A.B. Rahim untuk Sultan Mahmood Mangkat Di-Julang (1961) arahan K.M. Basker. Filem arahan pertama M Amin adalah Lancang Kuning (1962) yang turut mengandingkan Nordin Ahmad dan Latifah Omar. Filem ini mendapat sambutan Box-Office.

M. Amin juga pernah berlakon sebagai Hang Tuah dalam filem Cinta Gadis Rimba, arahan L. Krishnan (1957). Selepas itu beliau menjadi pengarah filem di Cathay Keris dan mengarah sebanyak 28 buah filem Melayu. Dengan pengalaman berlakon dan mengarah lebih 60 judul filem, kebanyakannya di Studio Cathay Kris, Singapura, nama M. Amin begitu popular. Bakat dan minat juga menjadi punca kejayaan beliau sama ada sebagai pelakon mahupun pengarah. Kerjaya pengarahan bermula sebagai penolong pengarah sebelum duduk di kerusi pengarah. Datuk L.Krishnan yang banyak membantu dan memberi semangat kepada beliau dalam kerja pengarahan filem ini. Apabila Cathay Keris ditutup pada tahun 1972, M. Amin berhijrah ke Kuala Lumpur dan berkhidmat pula dengan Merdeka Film Productions. Bagaimanapun, dia hanya mengarahkan tiga filem saja di studio tersebut dalam tahun yang sama – Penyamun Si Bongkok (1974), Satu Penentuan (1974) dan Pertiwi (1974). Selain itu, M. Amin sempat juga berlakon di studio tersebut satu filem di bawah arahan Nas Achnas, Rahsia Hatiku yang dibuat penggambarannya dalam warna (sebagai percubaan) berlakon bersama Sharifah Hanim, Mariati Abdul Rahman dan Maznah Ahmad. M. Amin juga pernah berkhidmat dengan Gaya Film dan Solid Gold dengan mengarah beberapa drama tv dan dokumentari, ini termasuk drama dokumentari mengenai Darurat 1948 - 1960, khas untuk Muzium Polis Diraja Malaysia, di mana beliau berlakon bersama Nasrizal Ngasri.

Di Sabah Film Production pula, M. Amin sempat mengarah tujuh filem – Hapuslah Air Matamu, Pendekar, Kisah Seorang Biduan, Sumpah Semerah Padi, Bertunang, Manis-Manis Sayang dan Di Ambang Kasih.

Selain itu, M. Amin turut terlibat dengan filem, Johnny Bikin Filem, Badai Mentera dan Silat Legenda.

Filem terakhir lakonan beliau ialah Paloh arahan Adman Salleh pada tahun 2003. Atas kejayaan beliau dalam industri perfileman, beliau pernah di kurniakan Bintang Kebesaran Persekutuann, Ahli Mangku Negara (AMN).

Meninggal Dunia

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada Subuh 8 Januari 2003 ketika berusia 78 tahun.

Filemografi

Pengarah Filem

Cathay-Keris Film Production

  1. Lancang Kuning - (1962)
  2. Chuchu Datok Merah - (1963)
  3. Tajul Ashikin - (1963)
  4. Air Mata Duyung - (1964)
  5. Rumah Itu Dunia Aku - (1964)
  6. Panglima Besi - (1964)
  7. Mata Dan Hati - (1965)
  8. Muda Mudi - (1965)
  9. Patung Cendana - (1965)
  10. Ikan Emas - (1965)
  11. Gurindam Jiwa - (1965)
  12. Anak Dara - (1966)
  13. Dua Kali Lima - (1966)
  14. Mat Bond - (1967)
  15. Dosa Wanita - (1967)
  16. Pop Muda - (1968)
  17. Serikandi - (1969)
  18. Keris Emas - (1969)
  19. Sial Wanita - (1969)
  20. Aku Mahu Hidup - (1970)
  21. Puaka - (1970)
  22. Jahanam - (1971)
  23. Semusim Di Neraka - (1971)
  24. Satu Titik Di Garisan - (1972)
  25. Semangat Ular - (1972)
  26. Harimau Jadian - (1972)
  27. Hati Batu - (1973)

Merdeka Film Production

  1. Penyamun Si Bongkok - (1973)
  2. Satu Penentuan - (1974)
  3. Pertiwi - (1975)

Sabah Film Production

  1. Hapuslah Air Matamu - (1976)
  2. Pendekar - (1977)
  3. Kisah Seorang Biduan - (1979)
  4. Sumpah Semerah Padi - (1981)
  5. Bertunang - (1983)
  6. Manis Manis Sayang - (1983)
  7. Di Ambang Kasih - (1984)

Filem

  1. Kembar - (1950) - (Pelakon Utama)
  2. Bakti - (1950) - (Pelakon)
  3. Pembalasan - (1950) - (Pelakon)
  4. Dewi Murni - (1950) - (Pelakon)
  5. Sejoli - (1951) - (Pelakon)
  6. Juwita - (1951) - (Pelakon)
  7. Antara Senyum Dan Tangis - (1952) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Nasir)
  8. Aladdin - (1952) - (Pelakon)
  9. Buloh Perindu - (1953) - (Pelakon)
  10. Tangisan Ibu - (1954) - (Pelakon)
  11. Nafsu - (1954) - (Pelakon)
  12. Terang Bulan Di Malaya - (1954) - (Pelakon)
  13. Pertaruhan - (1954) - (Pelakon)
  14. Kasih Menumpang - (1955) - (Pelakon)
  15. Selamat Tinggal Kekasihku - (1955) - (Pelakon)
  16. Mutiara Dari Malaya - (1955) - (Pelakon) - Watak Sebagai (Rahman)
  17. Selamat Hari Raya - (1955) - (Pelakon)
  18. Irama Kasih - (1955) - (Pelakon)
  19. Azan - (1956) - (Pelakon)
  20. Adam - (1956) - (Pelakon)
  21. Dondang Sayang - (1956) - (Pelakon)
  22. Pontianak - (1957) - (Pelakon Utama)
  23. Cinta Gadis Rimba - (1957) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Asun)
  24. Serangan Orang Minyak - (1958) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Inspektor Dasuki)
  25. Orang Licin - (1958) - (Pelakon)
  26. Orang Minyak - (1958) - (Pelakon)
  27. Selendang Delima - (1958) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Dewa Laksana)
  28. Rasa Sayang Eh - (1959) - (Pelakon Pembantu)
  29. Raden Mas - (1959) - (Pelakon Utama)
  30. Che Mamat Parang Tumpul - (1960) - (Pelakon Utama)
  31. Hang Jebat - (1961) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Hang Tuah)
  32. Sultan Mahmud Mangkat Dijulang - (1961) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Sultan Mahmud)
  33. Siti Zubaidah - (1961) - (Pelakon Pembantu)
  34. Dang Anom - (1962) - (Pelakon Utama)
  35. Wan Perkasa - (1964) - (Pelakon Utama)
  36. Rahsia Hatiku - (1975) - (Pelakon Tambahan)
  37. Johnny Bikin Filem - (1995) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Pengarah Filem/Pak Shariff Sutero)
  38. Silat Lagenda - (1998) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Tok Guru Pujangga)
  39. Badai Mentera - (1998) - (Artis Jemputan) - Watak Sebagai (Bomoh Pulau Tari 1897)
  40. Paloh - (2003) - (Pelakon Pembantu)

    Rujukan

    Pautan luar

    • M. Amin di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
    The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
    Lists
    M. Amin is in following lists
    comments so far.
    Comments
    From our partners
    Sponsored
    M. Amin
    arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes