peoplepill id: long-yunus-bin-long-sulaiman
LYBLS
4 views today
4 views this week
Long Yunus bin Long Sulaiman

Long Yunus bin Long Sulaiman

The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Long Yunus bin Long Sulaiman dianggap sebagai Raja Kelantan pertama yang menyatukan keseluruhan negeri Kelantan seperti sekarang. Baginda dikatakan mula menaiki takhta pada tahun 1762 dan memerintah sehingga tahun 1794.

Long Yunus turut serta dalam rombongan Long Gaffar putera Raja Reman dan Penghulu Adas ke Terengganu. Semasa di Terengganu Long Yunus telah dikahwinkan dengan Tuan Chik Jumat, Chik Puan Balai Dua, anak perempuanEngku Tanang Wangsa, Yang di-Pertuan Tua Terengganu. Engku Tanang Wangsa adalah pemangku raja Terengganu, kerana adiknya yang bongsu iaitu Sultan Mansur yang juga Yang di-Pertuan Kecil Terengganu masih kanak-kanak. Dengan bantuan mertuanya, Long Yunus berjaya menyatukan Kelantan yang berpecah dan ditabal sebagai Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Kelantan oleh Sultan Terengganu. Sebagai mengenang jasa jasa yang membantunya dalam peperangan itu, maka Long Yunus telah melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri dengan diberi gelaran Engku Sri Maharaja Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh. Sepupu Long Yunus, Mandur Mis (Tuan Khomis) dilantik menjadi Mendahari Negeri bergelar Engku Mendahari Seri Maharaja Wangsa memerintah Lundang, Penghulu Adas memerintah disebelah hulu Sungai Nilam Puri (Kadok) dengan diberi gelaran Penghulu Menteri Seri Bija D'Raja. turut serta dalam penganugrahan tertinggi ini ialah seorang lagi tokoh bernama Raja Langsuring memerintah sebelah hulu pulau, Tanah Merah dengan gelar Engku Pahlawan Seri Maharaja Dalam.

Long Yunus mempunyai beberapa orang putera iaitu Long Muhammad (Sultan Muhammad I) yang mandul, Long Ismail, Long Jenal, dan Long Tan (Tengku Temenggong Aria Pahlawan). Apabila baginda mangkat, menantunya Tengku Muhammad ditabal menaiki takhta kelantan oleh Sultan Mansur Terengganu dengan gelaran Yang Di-Pertuan Muda Kelantan pada tahun 1795. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati oleh putera-putera Long Yunus yang akhirnya mencetuskan perang saudara dan Tengku Muhammad dan angkatan Terengganu berjaya dikalahkan oleh Long Muhammad pada tahun 1800.


Penyandang TerdahuluSultan Kelantan
1775 – 1794
Penyandang Kemudian
Long Sulaiman bin Long BaharTengku Muhammad


Lihat juga

  • Sultan Kelantan

Nota kaki

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Long Yunus bin Long Sulaiman is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Long Yunus bin Long Sulaiman
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes