peoplepill id: lim-kean-siew
LKS
4 views today
4 views this week
The basics

Quick Facts

The details (from wikipedia)

Biography

Lim Kean Siew merupakan ahli politik Perikatan/ MCA di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Dato Keramat, negeri Pulau Pinang (?) (1958-1964).

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.


Parti MCA menuntut 40 kawasan yang kaum Cina menjadi majoriti hendaklah diwakili oleh calon MCA. Ketika ini MCA masih diterajui oleh Lim Chong Eu menuntut agar Perdana Menteri Malaysia,Tunku Abdul Rahman setuju dengan syarat itu supaya UMNO tidak mudah mengubah Perlembagaan Persekutuan. Tetapi Tunku sedang 'bercuti' dari jawatan Perdana Menteri dan menjelajah, berkempen ke seluruh pedalaman Semenanjung Malaysia . Wartawan sukar menghubunginya untuk mendapat jawapan kerana Tun Razak tidak memberi jawapan tegas.Tarikh pilihan raya semakin suntuk .

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Lim Kean Siew is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Lim Kean Siew
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes