Kuan Chee Heng
Quick Facts
Biography
Kuan Chee Heng (Cina: 关志庭, lahir 16 Februari 1963) atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang merupakan seorang aktivis serta sukarelawan kemanusiaan Malaysia. Beliau terkenal kerana bergiat aktif dalam pelbagai misi bantuan kepada orang yang memerlukan di seluruh Malaysia. Beliau mempunyai sebuah organisasi bukan keuntungan, Community Policing Malaysia yang bertindak sebagai medium utama misi bantuannya.
Awal kehidupan
Kuan Chee Heng lahir dalam sebuah keluarga dengan 10 adik-beradik di Batu Pahat, Johor. Secara umumnya, keluarga Kuan mengalami kehidupan yang serba susah, dan menjadi dorongan terhadap misi bantuannya ketika dewasa. Pendidikan tertinggi yang diperolehnya ialah pendidikan taraf O-Level di Sekolah Tinggi Batu Pahat. Sebelum ini, beliau juga pernah bekerja sebagai pegawai polis pada 1980-an.
Kerjaya
Kerjaya Uncle Kentang banyak memfokuskan kepada perihal kebajikan, dan terkenal atas aktiviti-aktiviti kebajikan yang tidak mengira kaum dan agama kelompok; berdasarkannya, kebanyakan orang yang dibantunya ialah golongan Melayu. Beliau membantu dengan menerima sumbangan orang ramai. Nama popularnya terbit daripada perilakunya yang gemar menderma kentang berbanding dengan makanan-makanan asas lain kepada pihak yang memerlukan. Antara bantuan-bantuan yang diberikan termasuk penawaran perkhidmatan paramedik, pengangkutan dan barangan pasar serendah 10 sen. Beliau juga menubuhkan satu pertubuhan, Community Police yang bertanggungjawab sebagai medium kerja-kerja amalnya serta pusat penyelesaian aduan awam.
Ketika pandemik COVID-19
Kerja-kerja amalnya menjadi lebih ketara ketika pandemik COVID-19 melanda negara, dengan bantuan-bantuan digiatkan kepada golongan terkesan dengan tajaan pelbagai syarikat. Pada Mei 2021, beliau mendapat anugerah khas daripada Ratu Elizabeth II sebagai penghargaan atas kerja-kerja kebajikannya.
Penyertaan pilihan raya
Pada 2019, beliau menawarkan diri untuk menyertai pilihan raya kecil di kerusi Semenyih, Selangor yang dilakukan susulan kematian penyandang, Bakhtiar Mohd Nor. Menurutnya, beliau berkeputusan untuk bertanding dalam pilihan raya itu untuk "membantu rakyat tanpa sebarang kepentingan peribadi," dan bertanding sebagai calon bebas. Sungguhpun begitu, beliau hanya meraih 725 undian daripada lebih 39 ribu undian yang dikira.
Tahun | Undian | Peratusan | Lawan | Undian | Peratusan | Jumlah undian | Majoriti | Keluar mengundi | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2019 | Zakaria Hanafi (UMNO) | 19,780 | 50.44% | Muhammad Aiman Zainali (PPBM) | 17,866 | 45.56% | 39,218 | 1,914 | 71.96% | ||
Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) | 847 | 2.16% | |||||||||
Kuan Chee Heng (Bebas) | 725 | 1.85% |
Anugerah dan pengiktirafan
- Negara-Negara Komanwel
- The Commonwealth Points of Light - 2021
Rujukan
Pautan luar
- Tapak web rasmi
- Uncle Kentang di Points of Light