peoplepill id: khairul-faizi-ahmad-kamil
KFAK
3 views today
3 views this week
Khairul Faizi Ahmad Kamil
politician

Khairul Faizi Ahmad Kamil

The basics

Quick Facts

Intro
politician
Work field
Religion(s):
The details (from wikipedia)

Biography

Khairul Faizi Ahmad Kamil adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Penolong Setiausaha Agung PAS, Timbalan Pesuruh Jaya PAS Negeri Johor dan Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang, Johor

Latarbelakang

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kluang, Johor.Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam (1980) dan Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Kluang (1981-1985). Kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh (1986-1990).

Memperolehi Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) daripada Universiti Teknologi Malaysia dan Diploma Tasawur Islam (ILHAM).

Melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Politik di Universiti Sains Malaysia (USM) dengan memperolehi Sarjana Muda (Kepujian) Sains Kemasyarakatan (Sains Politik/Pengurusan)

Penglibatan di dalam politik

Beliau pernah menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, 2008 dan 2013 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor dan telah tewas di ketiga-tiga pertandingan.

Dalam PRU11 (2004), beliau telah menentang Dato' Gapar bin Gorrohu (BN) yang memperolehi undi sebanyak 19,045 undi manakala beliau mendapat 4,107 undi. Keputusannya BN menang dengan majoriti 14,938 undi.

Pada tahun 2008, beliau sekali lagi bertanding mewakili PAS menentang Md Jais Sarday daripada BN yang memperolehi undisebanyak 17,489 undi manakala beliau memperolehi 9,009 undi. Beliau kalah untuk kali kedua dengan jurang undi sebanyak 8,480 undi.

Dalam PRU ke 13 tahun 2013, beliau sekali lagi bertanding di kerusi yang sama dan hanya kalah dengan majoriti tipis (1,108 undi) dengan memperolehi undi sebanyak 18,323 undi manakala Md Jais mengekalkan kerusi DUN Mahkota dengan undi sebanyak 19,431 undi

Keputusan ini telah dipertikaian oleh PAS kawasan Kluang kerana terdapat empat kertas undi awal tertera nama calon PAS DUN Nusajaya yang ditemui sewaktu pengiraan undi awal yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang sehingga PAS kawasan Kluang telah membuat Petisyen terhadap perkara ini namun tewas dalam perbicaraan. [1]

Beliau telah bertanding di Parlimen Segamat dan DUN Jementah pada PRU ke 14 namun beliau telah tewas kedua-dua kerusi tersebut. [2], [3]

Beliau adalah seorang aktivis PAS sejak daripada tahun 1997 lagi. Telah memegang pelbagai jawatan bermula di peringkat PAS cawangan sehinggalah di peringkat PAS Pusat.[4]

Kecenderongan

Beliau sering memberikan ceramah dan pengendalian kursus berkaitan dengan pengurusan motivasi dan pernah menjadi kolumnis Harakah dalam ruangan pengurusan dan pentadbiran. Pernah menerbitkan pelbagai Manual Pengurusan PAS dan telah menulis buku Pengurusan Organisasi Haraki (2017), Poligami (2018) dan Rahsia Mesyuarat Berkualiti dan Berkesan (2018) yang diterbitkan oleh Minda Sejahtera Resources.

Beliau berkemampuan untuk bermain beberapa instrumen muzik dan telah mencipta lagu-lagu kemanusiaan dan ketuhanan, diantaranya Aku Pejuang Islam, Ku Pinta RedhaMu, Agenda Anak Muda Berkebajikan, Harapan Rohingya,Kasih Bonda 2015, Derita Gaza 2.0, Istiqamah Hingga Kemenangan, Infiru dan Impian Ramadhan.

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Khairul Faizi Ahmad Kamil is in following lists

By field of work

By work and/or country

comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Khairul Faizi Ahmad Kamil
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes