Khairul Nizam "Keroz" Nazri (lahir 15 Januari 1985) ialah seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik Malaysia. Beliau memulakan karier seninya pada tahun 2010 dengan menyertai program realiti TV terbitan Astro, Keynote apabila beliau menjadi pemenang tempat ketiga didalam program realiti TV tersebut.Nama beliau mulai dikenali ramai setelah menyertai program MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua pada 2013.
Kerjaya
Keynote dan awal kemunculan
Keroz Nazri memulakan karier seninya pada tahun 2010, iaitu dengan menyertai Keynote, iaitu sebuah program realiti TV terbaru terbitan Astro pada ketika itu dimana program tersebut bertujuan untuk mencari komposer-komposer muda dalam lingkungan 18-35 tahun. Beliau berjaya terpilih dan lagu hasil ciptaannya itu, "Suatu Hari Nanti" nyanyian Alyah berjaya dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga di dalam program realiti TV tersebut. Pada 2011, Keroz merakamkan semula lagu tersebut sebagai lagu single pengenalannya dalam industri nyanyian seni tanah air, dan lagu tersebut menjadi popular dan dijadikan sebagai runut bunyi filem Azura pada tahun 2012.
MasterChef Selebriti Malaysia, Akademi Fantasia
Pada tahun 2013, beliau menyertai satu lagi program realiti bertemakan masakan, iaitu MasterChef Selebriti Malaysia musim yang kedua. Namun begitu, rezeki tidak berpihak kepadanya kali ini apabila masakan beliau dikritik oleh para juri dan hal itu membuatkan beliau menjadi peserta kedua tersingkir didalam program tersebut. Pada tahun yang sama juga, Keroz Nazri telah menciptakan sebuah lagu berjudul "Sesaat Untukku", iaitu khas untuk finalis Akademi Fantasia 2013, Amira Othman dan lagu tersebut berjaya menduduki tempat ketiga. Kini, beliau aktif menyanyi dan mencipta lagu untuk dirinya sendiri serta turut aktif mencipta lagu untuk artis-artis lain.
Sains Comot dan Pengacaraan
Keroz Nazri mula menceburi bidang pengacaraan pada tahun 2011 dimana beliau telah mengendalikan sebuah rancangan berbentuk sains untuk kanak-kanak berjudul Sains Comot. Terkenal sebagai Prof Comot dalam rancangan tersebut, ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga disambung sebanyak 3 musim. Sains Comot masih disiarkan di Astro TVIQ sehingga hari ini. Pada tahun 2013 Keroz Nazri mengambil keputusan untuk tidak menyambung rancangan Sains Comot.Beliau mencuba kepelbagaian dalam bidang pengacaraan dengan genre program yang berbeza seperti travelog, dokumentari, majalah, dan lain-lain.
Pencapaian
Tahun | Kategori | Judul | Anugerah |
---|
2019 | Lirik Lagu Terbaik | Gugur Di Setiamu | Anugerah Nasyid IKIM |
2012 | Top 5 Artis Baru Terbaik | Suatu Hari Nanti | Anugerah Industri Muzik ke-19 |
2012 | Lagu Terbaik | Sedia Bercinta Lagi | MACP Cipta Ekspress |
Diskografi
Single
Tahun | Judul | Album |
---|
2011 | "Suatu Hari Nanti" | Single |
"Pencuri Hati" |
"Menghapus Kenangan" |
2012 | "Aku Bisa" |
2013 | "Sedia Bercinta Lagi" | Ost. Drama Kampung Girl |
2015 | "Jangan Takut" | Single |
Komposisi
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah |
---|
2012 | Sesuatu Yang Tertinggal | | Asrulhisyam Ahmad |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|
| Suratan Takdir | | |
Televisyen & Pengacaraan
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|
2010 | Keynote | Komposer | Astro Ria |
2010 | Kamilah Bintang | Guru Vokal | |
2011 | Sains Comot (Musim 1-3) | Pengacara | Astro TVIQ |
2013 | MasterChef Selebriti Malaysia 2 | Peserta | Astro Ria |
2013 | The Malaysia Book of Records | Pengacara | Radio Televisyen Malaysia |
2014 | Festival: Jurnal Kembara Dunia | Pengacara | TV9 |
2015 | Trek & Rel | Pengacara | Radio Televisyen Malaysia |
2019 | Saksi Bisu | Pengacara | Radio Televisyen Malaysia |
2022 | AI.5YA | Penulis | Viu |
Teater Muzikal
Tahun | Tajuk | Watak | Lokasi |
---|
2007 | Tunku The Musical | | KLPAC |
2007 | P. Ramlee The Musical | | Istana Budaya |
2009 | Puteri Gunung Ledang The Musical | | Istana Budaya |
2010 | Antara The Musical | | Istana Budaya |
Rujukan