Kassim Slamat
Quick Facts
Biography
Kassim Slamat merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Beliau pernah tinggal di Petempatan Melayu Sembawang hingga tahun 1986 bila petempatan itu dirobohkan. Selepas itu beliau ke Yishun.
Kassim Slamat mula menceburi bidang seni pada tahun 1960 dengan Pancaragam Pemuda Ria Party. Selepas itu beliau menyertai kumpulan The Swallows sebagai penyanyi, menggantikan penyanyi Ahmad Daud.
Kassim Slamat sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Swallows. Pada mulanya beliau dan kumpulan The Swalows kurang mendapat perhatian sehinggalah mereka mula menyanyikan lagu-lagu Bawean. Beliau mencipta nama dengan lagu La O Be.
Kassim Slamat turut terbabit dalam persembahan muzikal Suzana@60-an di Istana Budaya 2006. . Beliau sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan lagu A Lompak A Go Go, selain La Obe - kedua-duanya dinyanyikan dalam loghat Bawean.
Kassim Slamat kurang aktif menyanyi akibat penjualan rekod piring hitam yang menurun akibat kegiatan cetak rompak.