peoplepill id: ishak-bin-baharom
IBB
1 views today
1 views this week
Ishak bin Baharom

Ishak bin Baharom

The basics

Quick Facts

Gender
Male
The details (from wikipedia)

Biography

Dato' Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 - 30 Januari 2008) merupakan bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan, dan juga merupakan seorang pendakwah bebas. Beliau telah dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jaafar, berketurunan Banjar, berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah bte Yusuf yang berasal dari Manong, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan ini mereka mendapat 3 orang anak.

Pendidikan awal

Dato Haji Ishak baharom bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai , Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Mufti

Beliau menjawat jawatan Mufti Selangor pada 16 Ogos 1985 dan disahkan oleh Sultan Selangor. Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik sebagai Mufti Selangor pada 1985 ialah Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38 Sabak Bernam. Beliau menjawat jawatan mufti selama 12 tahun (1985-1997).

Beliau bekerjasama dengan para peguam syarie untuk memantapkan undang-undang Islam terutama undang-undang jenayah Islam di Selangor. Timbalan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Muhammad Burok melihat inisiatif beliau mendapat sambutan masyarakat Islam.

Pada 1997 berikutan penegasannya bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram, Allayarham telah 'dipecat' daripada jawatan mufti kerana perkara tersebut menjadi isu politik. Kerajaan negeri Selangor menggunakan istilah 'tidak memperbaharui kontrak' beliau yang akan tamat pada Oktober 1997. Ketika itu umur beliau 70 tahun.

Tindakan tegas beliau ini disifatkan sebagai suara berani seorang mufti di Malaysia. Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menyifatkan beliau sukar dicari ganti.

Sungguhpun Allahyarham tidak lagi menjalankan tugasnya sebagai mufti, perjuangannya dalam menyampaikan syiar Islam tetap diteruskan sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Pandangan

Pertandingan ratu cantik

Perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan memang dilarang dalam agama Islam. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam negeri Selangor mengenai fatwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)].Media menyiarkan bantahan orang ramai terhadap tindakan menggari tiga gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik itu, Pertandingan itu telah diadakan pada 13 Jun 1997 di di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya dan pengumuman larangan orang Islam menyertai sukan bina badan oleh Mufti Sarawak. Ahmad Lutfi Othman telah mengupas isu ini dalam buku bertajuk "Mufti lawan Mahathir".

Ahli dan Pemimpin PAS

Dato’ Ishak Baharom rahimahullah adalah antara ahli PAS terawal dan menjadi ahli semenjak 1952 lagi.Ketika Dewan Pemuda PAS ditubuhkan di Bagan Datoh pada 23 Ogos 1953,beliau dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS.Beliau memegang jawatan ini sehingga 1956.Turut bersama- sama beliau memimpin Dewan Pemuda PAS ialah Ustaz Othman Abdullah,guru agama di Sabak Bernam (Ketua),Cikgu Ahmad Awang,guru besar di Kepala Batas (Wakil Ketua),Ustaz Abdul Kadir Kamal, guru Madrasah al- Maarif Wathaniyah (Setiausaha),Ustaz Jamaluddin Amini Marzuki, Ustaz Muhammad Nuh, Tarmizi Ahmad, Ahmad Ali, Ismail dan Haji Jaafar sebagai Ahli Jawatankuasa.

Apabila Datuk Hassan Adli Mohd Arshad menjadi Ketua Pemuda PAS pada 1956,Dato’ Ishak Baharom tidak lagi menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS kerana beliau sedang bersiap mahu bertolak ke India.Di India,beliau menerima pengaruh daripada ulama- ulama yang aktif dalam Jamaat-e-Ulama’ Hind yang giat menentang penjajahan British dan berusaha menegakkan semula negara Islam merdeka menjadi topik penting di kalangan ulama India ketika itu yang turut mempengaruhi senario politik Tanah Melayu.

Apabila beliau dipecat pada 1997,Datuk Ishak Baharom muncul semula dalam arena politik negara,terutama selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998 Dato’ Ishak Baharom hadir dalam perjumpaan menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) pada 22 September 1998 dan menamakan dirinya sebagai salah seorang individu yang mendukung GERAK selain Prof Dr Abdul Aziz Bari dari UIA dan Prof Shahnon Ahmad dari USM.Kerana kegiatan beliau dalam GERAK inilah,beliau diharamkan berceramah agama di Selangor.

Selepas pilihan raya 1999,Dato’ Ishak Baharom dilantik sebagai Ahli Majlis Syura PAS [1] pada tahun 2001 selama dua penggal sehingga tahun 2007. Di samping itu juga beliau turut dilantik juga sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat [2] semenjak 2003 sehingga akhir hayatnya. Kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Ustaz Nurul Khalil Bin Rosli, Ahli Jawatankuasa kerja Dewan 'Ulamak PAS Selangor dan Ketua Urusan 'Ulamak PAS Kawasan Gombak. Selepas berpengalaman sebagai pendakwah dari awal tahun 1950 hingga ke akhir hayatnya dan menjadi mufti selama 13 tahun,Dato’ Ishak Baharom begitu yakin bahawa hanya dengan mengubah kerajaan sahaja syariat Islam dapat ditegakkan.Kerana itu,dihujung hayatnya beliau memilih untuk kembali aktif bersama PAS bagi mencapai cita- cita ini.[3]

Meninggal dunia

Pada hari Rabu 30 Januari 2008 bersamaan 21 Muharram 1429 Hijrah, Dato' Haji Ishak, berumur 80 tahun 29 hari, meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala pada jam 2.30 pagi di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 6 petang . Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa beliau tidak sedarkan diri dan koma akibat pedarahan dalam kepala.Jenazah beliau dibawa ke rumah beliau di No 194 Jalan Tun Sambanthan Taman Sri Andalas Klang. Kemudian dikebumikan pada 31 Januari 2008 di kompleks Makam di Raja, Selangor.

Antara pemimpin yang hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad dan Dr Syed Azman ImageSyed Nawawi; Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Osman Sabran; Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Timbalannya, Wan Hasrina Wan Hassan; dan Ketua Penerangan, Salbiah Abd Wahab.

Turut hadir ialah Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli MPT KeADILan, Ustaz Badrulamin Baharon; Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib; dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato' Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz .

Lihat juga

  • Ulama Banjar

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Ishak bin Baharom is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Ishak bin Baharom
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes