Irma Hasmie
Quick Facts
Biography
Irma Hasmie binti Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Irma Hasmie (lahir 8 Januari 1982) merupakan seorang pelakon, pengacara dan model Malaysia.
Kehidupan awal
Bapanya berasal dari Kota Bharu, Kelantan manakala ibunya dari Hulu Selangor. Irma berdarah campuran Pakistan (ayah) dan Cina (ibu).
Anak sulung tiga beradik ini mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dia memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Kerjaya
Irma pernah memenangi Gadis Jelita 2004 anjuran majalah Jelita. Pertama kali mengenali dunia lakonan apabila membintangi filem Cinta Fotokopi, diikuti Main-Main Cinta selepas dilamar Metrowealth International Group (MIG) pada 2004. Filem lain ialah Bujang Senang dan Diva. Secara rasmi keluar dari MIG mulai Mac 2007 dan kini mengurus sendiri kerjayanya.
Pernah bergelar pembantu pengacara Roda Impian musim ke-11 bersama pengacaranya, Allahyarham Hani Mohsin. Selain filem, Irma juga bergelar pelakon TV.
Kehidupan peribadi
Pada 29 Jun 2012, Irma Hasmie telah melangsungkan majlis perkahwinannya bersama pasangannya Redza Syah Azmeer. Pasangan pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa Irma, Ibrahim Othman. Majlis Perkahwinan telah diadakan di Dewan Sri Melati, Putrajaya.
Beliau sebelum ini pernah digosipkan dengan pelakon Farid Kamil dan pelawak Nabil Ahmad.
Filemografi
Filem
- Filem Cinta Fotokopi 2005
- Filem Main-Main Cinta Februari 2006
- Bujang Senang [2006]
- Diva [2007]
- Sepi [2008]
- 2 Hati 1 Jiwa [2010]
- Hooperz [2010]
Drama
- Kasih Alia
- Janji Diana (musim ketiga)
- Suara Merdeka
- Agensi Abadi
- Aliff Firdaus
- Pendekar Melayu
- Mas Kahwin
- Bella
- segalanya ku terima di TV3
Iklan
- Tourism Malaysia (Cuti-Cuti Malaysia)
- Fair & Lovely
- Yamaha dan Pringle's.
Rujukan
Pautan luar
- Irma Hasmie di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)