peoplepill id: ili-sulaiman
IS
Malaysia
1 views today
4 views this week
Ili Sulaiman
Celebrity chef, Ili Pot

Ili Sulaiman

The basics

Quick Facts

Intro
Celebrity chef, Ili Pot
Places
Gender
Female
Birth
Place of birth
Kuala Lumpur, Malaysia
Age
40 years
Education
Queen Mary University of London
Awards
Asia's Most Influential Malaysia
(2021)
Gen.T (Malaysia)
(2017)
The details (from wikipedia)

Biography

Khalisah "Ili" Sulaiman (lahir 26 Oktober 1985) ialah seorang cef, pengacara televisyen dan personaliti media Malaysia. Beliau dinobatkan sebagai pemenang Food Asia Hero 2015 oleh Asian Food Network (AFN) dan sejak itu, telah mengacarakan beberapa rancangan TV untuk AFN. Ili juga merupakan duta Malaysia untuk rangkaian itu.

Kehidupan awal

Ili Sulaiman dilahirkan kepada bapanya, Sulaiman Abu Bakar yang berbangsa Melayu-Sri Lanka dan ibunya, Khalilah Mitchell yang berbangsa Inggeris-Cina. Beliau yang merupakan anak tunggal dalam keluarganya, mula menunjukkan minat terhadap dunia masakan sejak usia kanak-kanaknya.

Beliau pada mulanya tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang masakan secara profesional. Sewaktu mempelajari jurusan perniagaan di Universiti Queen Mary, London, Ili memulakan kerjaya sebagai penyambut tetamu di Mosimann. Di sinilah beliau didedahkan dengan perniagaan makanan dan minuman, serta hal yang berkaitan dengan masakan profesional. Beliau juga pernah menjadi sebahagian daripada kru perkhidmatan Mosimann yang menguruskan majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton.

Kerjaya

Selepas menamatkan pengajian di London pada 2014, beliau pulang ke Malaysia dan mengusahakan perniagaan menjual makanan siap dimasak di Instagram, Dish by Ili pada Julai tahun yang sama. Ili mula terkenal apabila beliau menjadi pengacara untuk rancangan masakan pertamanya, Diari Mangkuk Tingkat Bersama Ili yang bersiaran di Astro Ria pada 13 Februari 2015. Pada masa yang sama, beliau menyertai pertandingan pencarian bakat Food Asia Hero dan dinobatkan sebagai pemenang.

Pada tahun 2016, beliau bersama rakan-rakannya, menubuhkan perusahaan sosial Agak Agak Initiative, di mana anak muda yang kurang mampu diberi kesempatan untuk belajar lebih banyak mengenai industri makanan dengan bekerja di restoran Agak Agak. Ia ditutup pada tahun 2017, hanya setelah setahun beroperasi. Ili dan rakannya juga membantu menjalankan latihan kakitangan restoran lain. Pada tahun 2018, salah seorang rakannya, Basirah Yeusuff, mendapati bahawa ada minat untuk membuka kembali Agak Agak di Seoul, Korea Selatan.

Pada 12 Ogos 2019, beliau menjadi pengacara untuk rancangan Belanga Kacukan yang bersiaran di TV Okey. Menerusi rancangan ini, beliau menjemput selebriti jemputan yang berdarah kacukan untuk memasak bersama-sama. Antara artis jemputan ialah Keith Foo, Zizi Kirana, Fahad Iman, Josiah Hogan, Tash Yong dan Intan Ladyana.

Filemografi

  • Diari Mangkuk Tingkat Bersama Ili (2015) - Astro Ria
  • Home Cooked: Malaysia (2015) - Asian Food Channel
  • Family Feast with Ili (2016) - Asian Food Channel
  • By The Sea With Ili (2016) - Asian Food Channel
  • Inspired with Anna Olson (2016)
  • Confucius was a Foodie (2018)
  • Belanga Kacukan (2019) - TV Okey

Rujukan

Pautan luar

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Ili Sulaiman is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Ili Sulaiman
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes