Hamad Kama Piah
Quick Facts
Biography
Y. Bhg. Tan Sri Dato' Sri Hamad Kama Piah Che Othman merupakan seorang eksekutif perniagaan Malaysia dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dari 1997 hingga 2016. Sejak 1 Januari 2017, beliau memegang jawatan sebagai pengerusi UMW Holdings.
Selain itu, beliau pernah terpilih sebagai Tokoh Ahli Perniagaan 2011 oleh Akademi Pengurusan Asia (AAM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Tokoh Ahli Perniagaan 2011
Beliau menerima hadiah itu daripada Presiden AAM Zamri Ahmad dan Naib Canselor USM Datuk Omar Osman pada 14 Oktober 2011.nBeliau tuerut menyampaikan ucaptama bertajuk "Transforming Asian Business Through Innovation for a Sustainable Tomorrow". Hamad Kama Piah membawa PNB setanding syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain seperti Petronas dan Khazanah Nasional. Beliau mempamerkan ciri-ciri kepimpinan yang berkarisma dan berwibawa dalam bidang akademik dan industri.
Tokoh perniagaan lain yang turut menerima anugerah ialah Naib Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak; Pengarah Urusan Texchem Corporation Brian Tan; dan Pengarah Urusan Seletra Industries Tahiruddin Tun Hamdan.
Penerima anugerah itu sebelum ini ialah Tan Sri Bek Nielsen dari United Plantations; Tan Sri Fumihiko Konishi (Texchem Corporation); Datuk Jamaluddin Ibrahim (Maxis); Datuk Sri Ahmad Farid Ridzuan (Media Prima); dan Datuk Seri Eleena Azlan Shah (Gamuda Berhad). AAM ialah sebuah badan bukan kerajaan yang berpusat di USM sejak tahun 1994.
Rujukan
Didahului oleh Mohd Helmi Taib | Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad 1997-2016 | Diikuti oleh: Abdul Rahman Ahmad |
Didahului oleh Asmat Kamaludin | Pengerusi UMW Holdings Berhad sejak 1 Januari 2017 | Diikuti oleh: Penyandang terkini |