peoplepill id: halimah-ali
HA
5 views today
5 views this week
The basics

Quick Facts

A.K.A.
Dr. Hajah Halimah binti Ali
The details (from wikipedia)

Biography

Dr Halimah Ali adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor.

Keluarga

Suaminya ialah Dr Ahmad Supian. Anaknya seramai 6 orang iaitu: Dr Muhammad Imran - 37 tahun. Dr Siti Khadejah - 35 tahun. Dr Zaid Abdullah - 33 tahun. Dr Hafiz Abdur Rahman Al Hafiz 30 tahun. Dr Zubir Abdur Rahim Al Hafiz 27 tahun. Dr Syahidah Rozinah Liyana 25 tahun.

Pendidikan

Selepas belajar di sekolah menengah, Halimah Ali ditawarkan belajar di Elizabeth Matriculation College, Hobart, Tasmania. Mendapat Bachelor Sains Perubatan dari Universiti Tasmania.Seterusnya Bachelor Pembebedahan dari universiti yang sama. Beliau menjadi pelajar terbaik bagi Diploma Tasawwur Islam.

Kerjaya

Sekembali ke Malaysia, Halimah Ali ditempatkan di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Kemudian di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Beliau pernah ditugaskan di Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak Klang ,Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak, Shah Alam, Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang.

Setelah menimba banyak pengalaman di hospital dan klinik kerajaan , beliau membuka klinik sendiri di Kampung Delek, Klang dan kini mempunyai dua cawangan.

Aktiviti kemanusiaan

Sebagai seorang doktor yang simpati dengan rakyat, Dr Halimah Ali mendaftar diri untuk menjadi sukarelawan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia untuk :

  • Bencana TSUNAMI, MEULABOH, ACEH
  • Bencana gempa bumi Kashmir/Pakistan
  • Bencana gempa bumi Yogyakarta
  • Mangsa perang Lebanon
  • Rakyat miskin mangsa Rejim Pol Pot Kampuchea
  • Mangsa banjir TDDI Jaya, Kpg Kebun Bunga, Shah Alam dan Johor
  • Aktivis Kempen Jerebu
  • Aktivis Kempen kesedaran kanser
  • Co -Author Buku Pendidikan Jasmani & Kesihatan Jilid 1(SPBT)
  • Kolumnis majalah Ummi

Beliau juga selalu dijemput memberi ceramah di jabatan dan agensi kerajaan , swasta, masjid dan surau. Menjadi motivator jemputan di IPT, sekolah-sekolah dan tadika. Pernah menjadi Doktor undangan untuk program kesihatan di RTM( radio dan televisyen). Beliau prihatin terhadap nasib malang nelayan Telok Gong.Begitu juga masalah penduduk Taman Sentosa Perdana.

NGO

  • 2005-2007: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, Yayasan Amal Malaysia
  • 2007-sekarang: Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia
  • Merangkap Ketua Biro Pembangunan Wanita & Keluarga AMAL Malaysia
  • Merangkap Naib Pengerusi Yayasan Amal Selangor
  • 2007-sekarang: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, MACMA Pusat(Malaysian Chinese Muslim Association)
  • 2001 Pengurus Pusat Motivasi Islam Cemerlang
  • 2000 Pengasas Kelab Remaja Intan Islam
  • 2003 Pengasan Kelab Ibu Muda
  • 2005 Pengasas Kelab Remaja Explorers Islam
  • Pengarah Pustaka Gedung Ilmu

Penglibatan politik

  • Timbalan Pengerusi Biro Solidariti (Perpaduan) NasionalPAS Pusat
  • Exco Dewan Muslimat PAS Pusat
  • Pengerusi Biro Solidariti Dewan Muslimat PAS Pusat
  • Exco Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor Darul Ehsan
  • Exco PAS Kawasan Kapar
  • Ketua Editor Buletin Mandarin Ren Min Shi Shi
  • Editor risalah Tamil Makkal Sakhthi
  • Calon PAS di kawasan Kapar dalam PRU 2004. Tetapi Dr Halimah ditewaskan oleh calon Barisan Nasional-UMNO, Norliza Ahmad.

Kalah PRU 11

Dr Halimah Ali tewas kepada Norliza Ahmad di DUN Selat Kelang. Norliza mendapat 12593 undi. Sementara Dr Halimah mendapat 6508 undi. Majoriti yang diperolehi oleh Norliza ialah 6085 undi.

Menang PRU 12

Dalam pilihan raya 8 Mac 2008, Dr Halimah Ali menewaskan Norliza Ahmad dengan majoriti 1459 undi di DUN Selat Klang. Halimah mendapat 11437 undi sementara Norliza mendapat 9978 undi.

Tuduhan tangkap basah

Dr Halimah memfailkan saman sebanyak RM40 juta terhadap sebuah laman web pro-UMNO. Beliau difitnah ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Kelang. Laman web My Kmu.net ditulis oleh Jamilisa menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' menulis fitnah bertajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap' pada 25 Januari 2009.

Dr Halimah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada 27 Januari 2009. Pada hari tersebut , beliau berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor dan bukan di hotel tersebut. Di Bukit Kuching, beliau bersama Dr Dzulkifly Ahmad dan Dr Mariah Mahmood menghadiri forum perdana .Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu.

Rujukan / Pautan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Halimah Ali is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Halimah Ali
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes