Ghazali bin Ibrahim
Quick Facts
Biography
Datuk Paduka Ghazali bin Haji Ibrahim ialah bekas ahli parlimen P007 Padang Terap, negeri Kedah. Beliau menang setelah bertanding dalam Pilihan Raya Malaysia 2004 atas tiket parti Barisan Nasional. Beliau merupakan ahli UMNO.
Kini beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri di Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya. Pada 7 July 2014, beliau telah mengangkat sumpah di hadapan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra disaksikan bersama-sama oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa .
Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Ghazali sebelum ini juga pernah dilantik menjadi Exco Negeri Kedah (1995-1999) dan anggota Parlimen Padang Terap (2004-2008).
Beliau juga memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah FELCRA Berhad iaitu sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bermula 17 Julai 2013.
Politik
Beliau telah dua kali bertanding sebagai calon ahli parlimen dalam Pilihanraya Umum Malaysia.
P7 PADANG TERAP | Calon | Parti | Undi | Majoriti | |
---|---|---|---|---|---|
Pilihan Raya Umum 2004 | Dato' Ghazali Ibrahim | UMNO | 14,776 | 2,172 | |
Zawawi Haji Ahmad | PAS | 12,604 | - | ||
Pilihan Raya Umum 2008 | Mohd Nasir Zakaria | PAS | 15 003 | 369 | |
Datuk Paduka Ghazali Ibrahim | UMNO | 14,634 | - |