Fuad Hassan
Quick Facts
Biography
Dato' Haji Fuad bin Tan Sri Haji Hassan (12 November 1952 - 8 Disember 2014) merupakan bekas ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dan juga merupakan bekas ADUN Ulu Klang di bawah parti UMNO (Barisan Nasional).
Latar belakang
Dato' Fuad adalah anak kepada tokoh agama pengajian Al-Qur'an iaitu Tan Sri Haji Hassan Azhari (1928–2018) Beliau adalah anak kedua, abangnya ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan adiknya ialah pelakon Dato' Jalaluddin Hassan. Beliau menetap di Ampang Jaya, berhadapan dengan rumah Jalaluddin dan dikurniakan 5 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan.
Beliau mempunyai kelulusan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kerjaya politik
Beliau menjadi ADUN Hulu Kelang selama sepenggal. Pada pilihan raya tahun 1999, beliau telah tewas kepada calon PKR ketika itu ialah Y.B. Mohamed Azmin Ali.
Sejak dari kekalahan itu, beliau telah bersara dari arena politik dan kini menumpukan kepada bidang perniagaan. Yang terbaru ialah beliau sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah iaitu Asmara Air Services Sdn. Bhd. Beliau menjadi Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas atau JASA Kementerian Penerangan.Pengalaman, kebolehan dan kelulusan yang beliau miliki dikira amat sesuai untuknya menjawat jawatan penting dalam membantu memperkukuhkan harapan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Malaysia di bawah pimpinan UMNO sekarang.
Kematian
Beliau meninggal dunia pada 8 Disember 2014 pada usia 62 tahun.