Fatin Afeefa
Quick Facts
Biography
Fatin Nur Afifah Shamsudin (lahir 13 Julai 1994) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak, dan terkenal dengan peranan lakonan di televisyen dan filem.
Kehidupan dan kerjaya
Fatin dilahirkan pada 13 Julai 1994 di Kuala Lumpur, Fatin Afeefa memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak seawal umur 8 tahun. Drama pertama beliau ditayangkan di TV3, bertajuk Maksimum. Beliau membintangi filem Tentang Bulan arahan Ahmad Idham, yang turut dibintangi oleh Erin Malek, Nik Adruce dan Aedy Ashraf.
10 tahun kemudian, Fatin berlakon bersama Pekin Ibrahim dan Syafie Naswip dalam filem Kampung Drift. Beliau muncul dalam drama adaptasi novel, Red Velvet lakonan Neelofa dan Alif Satar. Kemudian disusuli drama adaptasi Korea “The Womans Room” yang bertajuk “Monalisa” lakonan Zara Zya dan Nazim Othman.
Beliau pernah berkahwin sebanyak dua kali namun perkahwinan pertamanya tidak didedahkan . Pada 21 Disember 2013, Fatin telah berkahwin dengan pelakon Adam Shah dan anak pertama Afeefa dari perkahwinan pertama manakala anaknya yang kedua hasil perkahwinan beliau bersama Adam . Pada 30 Mei 2017, pasangan ini telah memfailkan perceraian dan berpisah dengan baik.
Filemografi
Menunjukkan filemografi yang belum dikeluarkan |
Filem
Tahun | Tajuk | Sebagai | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Tentang Bulan | Ila | Ahmad Idham | |
2016 | Kampung Drift | Julia | Nevin Hiong | |
Volkswagen Kuning | Shadan Hashim | |||
2017 | Hospital | Amira | Azaromi Ghozali |
Drama
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Red Velvet | Sophie | Astro Ria & Astro Ria HD | |
Semusim Rindu | Husna | Astro Prima | ||
Kekasih Paksa Rela | TV3 | |||
2018 | ||||
Monalisa | Astro Prima | |||
2019 | Jodoh-jodoh Annisa | Sheila |
Rujukan
Pautan luar
- Fatin Afeefa di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Fatin Afeefa di Instagram