peoplepill id: farawahida-razali
FR
2 views today
2 views this week
Farawahida Razali

Farawahida Razali

The basics

Quick Facts

A.K.A.
Farawahida Farahwahida
Gender
Female
Age
39 years
The details (from wikipedia)

Biography

Farawahida binti Razali dilahirkan pada 19 Mac 1985di Bandar Taiping, Perak ialah seorang penyanyi di Malaysia. Beliau mula menceburi bidang seni pada tahun 2005.

Biografi

Farawahida yang berasal dari Taiping, Perak sememangnya mula meminati bidang seni sejak di bangku sekolah lagi. Pada zaman kanak-kanaknya, Fara sudah mula menyertai beberapa pertandingan nyanyian. Ketika itu beliau masih belum cukup matang dan perlu menamatkan pengajiannya bagi menentukan masa hadapan. Akhirnya, impian beliau untuk bergelar penyanyi telah tercapai. Sebenarnya, pada peringkat awal, Farawahida hanya diundang oleh MillenniumArt (MA) untuk menyanyikan lagu tema ‘Masih Ada Rahsia’ untuk drama bersiri Ika terbitan Eurofine yang ditayangkan untuk ASTRO. Selepas itu, barulah MA melamar Fara menjadi artis rakamannya.

Memandangkan suasana industri muzik yang kurang memberansangkan, pihak MA, telah mengambil keputusan untuk membuat album mini dahulu untuk Fara, sebagai langkah pertama untuk memperkenalkan Fara di persada dunia hiburan. Pada masa yang sama, Fara terus mendapat peluang untuk menyanyikan lagu tema filem dan drama bersiri. Farawahida telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema untuk filem ‘Cinta Luar Biasa’ terbitan Tayangan Unggul, arahan Rashid Sibir dan lakonan Apek, Nasha, Hans dan Syanie. Dua buah lagu terdapat dalam filem tersebut iaitu ‘Masihkah Ada’ duet bersama Puteh dan ‘Mungkinkah’. Fara juga diundang Oleh Habsah Hassan untuk menyanyikan lagu tema drama bersiri Tentera Udara Malaysia ‘Menerjah Awan’ terbitan Serangkai Filem untuk siaran RTM. Lagu ‘Menerjah Awan’ Ciptaan Julfekar dan lirik oleh Habsah Hassan sendiri.

Setelah berjaya memperkenalkan Farawahida, pihak MA mengorak langkah seterusnya untuk menerbitkan album penuh untuk Farawahida. Pada bulan Januari 2006, album ‘tanpamufarawahida’ terbitan MillenniumArt Sdn.Bhd (MA) yang mengandungi 10 buah lagu baru telah diedarkan oleh syarikat LIFE Records. Bersesuaian dengan bentuk vokalnya, MA telah memilih konsep Pop Komersial untuk album sulung Farawahida itu.

Album ‘Tanpamufarawahida’ yang diterbitkan oleh Julfekar ini mengandungi 10 buah lagu. Disamping orang lama, kebanyakan lagu-lagu yang terdapat dalam album ini, adalah hasil ciptaan pendatang-pendatang baru seperti Azlan Abu Hassan, Hazami, Lee Manah, Datu Badd, Annrick, Fera dan Julfekar.

Seperti album mininya, beberapa lagu yang terdapat di dalam album sulung Farawahida sekali lagi menjadi pilihan penerbit dan pengarah filem dan drama untuk dijadikan sebagai lagu tema. Antara lagu tersebut adalah seperti:-

  1. Lagu ‘Ketiadaan Waktu’ drama bersiri ‘Seadanya Sayang’ RTM.
  2. Lagu ‘Sesal Yang Datang’ drama bersiri ‘Simbiosis’ Samarinda TV3.
  3. Lagu ‘Menung Yg Panjang’ drama bersiri ‘Selagi Tuhan Masih Sayang’ RTM.
  4. Lagu ‘Dan Aku Masih...’ untuk drama bersiri ‘Sonia Anne’ RTM.
  5. Lagu ‘Jangan Kau Pergi’ dan ‘Aku Pun Bosan’ untuk filem ‘Cinta Terakhir’.
  6. Lagu ‘Setia Menanti’ untuk drama ‘Shira’ RTM.

Selain dipasarkan di Malaysia, Album ‘Tanpamu Farawahida’turut menembusi pasaran di Singapura dan Indonesia. Di Indonesia, album tersebut mendapat sambutan di Indonesia sehingga beliau mendapat jolokan Kajol Malaysia oleh peminat di sana.

Pada Mei 2007,menerusi kerjasama syarikat MillenniumArt Sdn Bhd dan Life Records, Farawahida telah menghasilkan album keduanya yang diberi tajuk 'Semuanya Ada Di Sini'. Album kedua Farawahida ini menampilkan kaloborasi Fara dengan penyanyi popular dari Indonesia Endang S.Taurina, The Fabulous Cats, dan Shazzy dari Malaysia dan pemain Erhu terkenal dari negeri China iaitu He Yun. Disamping orang lama, kebanyakan lagu-lagu yang terdapat dalam album ini, adalah hasil ciptaan pendatang-pendatang baru seperti Asmin Mudin, Slen, Ku Seman, Pam Yuen, Umar Kudat, Sikal, Big.J, Kay, Fera dan Julfekar.

Album ‘Semuanya Ada Di Sini’ yang diterbitkan oleh Julfekar ini mengandungi 10 buah lagu termasuk sebuah lagu genre etnik kreatif yang bertujuan menampilkan kebolehan Farawahida dalam membawa lagu irama Malaysia. Album kedua ini juga turut memjadi pilihan penerbit dan pengarah untuk dijadikan lagu tema untuk filem dan drama terbitan mereka. Antara lagu yang telah dipilih antaranya seperti;

  1. Lagu ‘Adakah Masih Ada’dan 'Semuanya Ada Di Sini',drama bersiri ‘Datin Diaries’ arahan Rashid Sibir, ditayangkan oleh TV3 pada Mac 2007.
  2. Lagu'Di Sini Ada Cinta’,drama bersiri‘Bila Rama-Rama Terkopak Sayapnya’ arahan Nurhalim, ditayangkan oleh RTM pada Mac 2007.
  3. Lagu ‘Jangan Simpan Tangismu’,drama bersiri ‘Jangan Simpan Tangismu’ arahan Zularshad, ditayangkan oleh RTM pada Mei 2007.
  4. Lagu ‘Semuanya Ada Di Sini’, filem ‘SEPI’ terbitan Grand Brillian, untuk tayangan tahun 2008


Pada April 2011, Farawahida telah melancarkan single pertamanya setelah bergerak sendiri tanpa bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman. Lagu yang diberi judul 'JANGAN TANYA AKU LAGI' http://www.youtube.com/watch?v=ExCuCsSZuow ini merupakan ciptaan MANUSIA PUTIH manakala liriknya telah ditulis oleh NAWFAS. Lagu ini juga telah menjadi pilihan sebuah syarikat produksi yang banyak menerbitkan drama yang hebat iaitu Zeel Production sebagai lagu tema Drama rantaian 'Mata Ayer' untuk Slot Lagenda untuk tayangan di TV3 setiap hari isnin hingga khamis bermula jam 4 petang hingga 5 petang sepanjang Mei 2011.

Pada tahun 2011 juga, selepas 7 tahun menjadi artis, akhirnya Farawahida dapat merakamkan lagu raya sendiri. Apa yang menariknya, rezekinya untuk merakamkan lagu raya itu pun datang tanpa disangka bila mana pencipta lagu itu yang hanya mahu dikenali dengan nama TOT, mahu dia menyanyikan lagu itu yang bertajuk Hayati Raya Sejati manakala liriknya ditulis oleh TOT & NIRA ARIA. Pada awalnya Farawahida hanya mahu mendengar sahaja lagu tersebut, belum ada apa-apa perjanjian antara mereka itu tetapi selepas mendengar lagu itu Farawahida rasa tersentuh dan setuju untuk merakamkannya. Maka kata sepakat pun dicapai, beberapa hari kemudian Farawahida masuk studio. Proses rakaman berserta klip video telah siap dan bersedia untuk dikeluarkan kepada umum. http://www.youtube.com/watch?v=t4QsdbqWGh8

Dalam kesibukan Farawahida sebagai seorang penyanyi, pada November 2009 Farawahida telah mendapat undangan dari Saudara Rosnan Nordin, yang bertindak sebagai Pengarah untuk berlakon di dalam sebuah teater bangsawan iaitu 'TEATER BANGSAWAN SINBAD BATU PERMATA DEWA' yang telah dipentaskan di PANGGUNG BANDARAYA KUALA LUMPUR bermula 11 Disember hingga 13 Disember 2009. Teater Bangsawan Sinbad ini adalah terbitan Jabatan Kesenian Dan Kebudayaan Negara (JKKN) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan turut menampilkan Shafinaz Selamat, Aris Kadir dan kakitangan JKKN sendiri telah mendapat sambutan yang cukup membanggakan apabila panggung penuh sepanjang 3 hari pementasan.

Walaupun Teater Bangsawan Sinbad ini merupakan lakonan pertama Farawahida namun ia tidak mengecawakan apabila Farawahida berjaya membawa watak Puteri Jasmin dengan baik sekali. Teater ini merupakan langkah pertama Farawahida di dalam bidang lakonan. Walaupun Fara merasa seronok dengan pengalaman pertamanya berlakon, namun bidang nyanyian tetap menjadi pilihannya yang pertama.

Setelah berjaya membawa watak sebagai Puteri Jasmin, Farawahida telah mendapat kepercayaan dari sebuah syarikat penerbitan iaitu Layar Dimensi apabila telah ditawarkan memegang watak sebagai Heroin dalam Filem Pertamanya “BAIK GILER” yang bergenre komedi turut menampilkan Zizan Raja Lawak sebagai Hero di samping pelakon lain seperti Awie, Sharifah Shahirah, Abon, Isma Danial, Siti Fazurina dan ramai lagi.

Pencapaian

  • FARAwahida memegang watak utama sebagai SURAYA dalam FILEM BAIK GILER terbitan Layar Dimensi disamping pelakon lain seperti Zizan Raja Lawak, Awie, Kencana Dewi dan ramai lagi
  • FARAwahida memegang watak PUTERI JASMIN dalam TEATER BANGSAWAN SINBAD terbitan Jabatan Kesenian Dan Kebudayaan Negara (JKKN) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan yang telah dipentaskan pada 11 Disember hingga 13 Disember 2009 di PANGGUNG BANDARAYA KUALA LUMPUR.
  • FARawahida menjadi Juara Kategori Etnik Kreatif dalam ANUGERAH JUARA LAGU 23 TV3 pada 18 Januari 2009 lepas untuk lagu ‘Persoalan Cinta’
  • Mendapat Anugerah Hadiah Galakan Penulisan pada oktober 2008 di Anugerah Citra Wangsa Malaysia 2007 sebagai lirik terbaik untuk tahun 2007 melalui lagu ‘Di Sini Ada Cinta’ lagu duet bersama Endang S. Taurina
  • FARawahida juga menjadi finalis akhir Anugerah Industri Muzik Malaysia 2008 AIM15, dalam kategori ‘Album Pop Terbaik’ untuk album ‘Semuanya Ada Di Sini’
  • FARawahida turut menjadi finalis akhir HITZ 1, RTM melalui lagu ‘Semuanya Ada Di Sini’ yang diadakan pada bulan penghujung bulan Mac 2008.
  • Diundang berduet bersama penyanyi Brunei, Fairuzneezan dan Fakhrul Razi Bersama Fairuzneezan, mereka berduet sebuah lagu iaitu ‘Erti Kasih ’manakala bersama Fakhrul Razi juga sebuah lagu iaitu ‘Aku Yang Masih’. Kedua-dua lagu tersebut telah dirakamkan pada awal tahun 2008.
  • Diundang untuk membuat Persembahan dan Memperagakan Koleksi Batik Rekaan Khadani Batik di Majlis Pesta Batik Antarabangsa Malaysia di Esplanade KLCC pada November 2007.
  • Diundang untuk membuat persembahan di Konsert Sempena Monsoon Cup 2007 Terengganu pada November 2007.
  • Diundang untuk membuat persembahan di Majlis Pelancaran Rasmi Suria FM dan Konsert Kemuncak Rancak Road Tour Suria FM pada November 2007.
  • Diundang untuk membuat persembahan di Konsert Senandung Muhibah RTM / RTB di Amphither Jerudong Park Brunei pada November 2007.
  • FARAwahida juga menjadi peserta Semi Final Muzik-Muzik 2007m Kategori Etnik Kreatif pada November 2007.
  • Diundang membuat persembahan di Konsert Amal Persatuan Perfileman Indonesia Jakarta pada Julai 2007.
  • Diundang membuat persembahan di Konsert Gala Seni Serumpun Malaysia Indonesia pada Jun 2007.
  • Diundang untuk membuat persembahan di Konsert Akhir Program Realiti Singapura (ANUGERAH) pada 2007.
  • FARAwahida menjadi salah seorang artis yang terlibat dengan Road Tour Digi Gegeriuh 2007
  • FARAwahida telah merangkul Anugerah Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 pada Februari 2007.
  • FARawahida juga menjadi finalis akhir HITZ 1, RTM melalui lagu ‘Tanpamu’ yang diadakan pada 27 April 2007.
  • Diundang membuat persembahan di Malam ANUGERAH ERA ‘06 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 9 september 2006.
  • Diundang membuat persembahan di Konsert Ulangtahun TVRI yang dipancarkan secara live oleh TVRI Indonesia, pada 25 Ogos 2006.
  • FARAwahida terpilih dalam ’20 Celebriti Anggun’ anjuran Majalah ‘EH’
  • Diundang berduet bersama penyanyi lagenda Singapura, R. Ismail. Mereka berduet 2 buah lagu iaitu ‘Belahan Dua Jiwa’ dan ‘Bulan Dan Juga Angin’. Lagu tersebut telah dirakamkan di Singapura.
  • Finalis Suara Jati Malaysia 2003
  • Finalis Bintang URTV 2002
  • Finalis Bintang RTM 2001
  • Finalis Sinaran TV3 2000
  • Finalis Pepsi Young Discovery Challenge 1996
  • Finalis Wirawan Seni Remaja Eon 1995

Album

  • Tanpamu Farawahida (2005)
  • Semuanya Ada Di Sini (Mei 2007)
  • Jangan Tanya Aku Lagi - Single Album (April 2011)
  • Hayati Raya Sejati (Ogos 2011)

Muzik video

Catatan

Rujukan

The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Farawahida Razali is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Farawahida Razali
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes