Kerjaya
Sejak kematian ibunya, Jalaliah "Julie" Ismail, Faralyna dan keluarganya mula mengalami masalah kewangan. Pernah satu ketika dulu Faralyna ponteng sekolah kerana malu tidak membayar yuran kerana beliau bersekolah di sekolah swasta. Atas saranan Norsiah Ramli, ibu kepada pelakon Diana Danielle yang merupakan satu sekolah dengannya menyarankan agar Faralyna menceburi bidang lakonan untuk menyara diri. Pada mulanya Faralyna ingin mencuba dan pergi 'casting' untuk drama terbaru Aziz M. Osman. Tidak disangka Aziz menyukai lakonannya. Disitulah bermulanya kerjaya Faralyna. Antara drama yang pernah dibintanginya dan memegang watak utama adalah Sutera Cinta, Kali Kedua, Fira Ayuni, Kampus, Dingin Lavenda, Asmara, Asmara 2, Rawan, Fajar Aiman dan banyak lagi.
Kehidupan peribadi
Beliau sebelum ini pernah berpacaran dengan pelakon Hairul Azreen (kini berkahwin dengan Hanis Zalikha) sekitar 2011 dan berhasrat untuk berkahwin dengannya. Namun, hubungan mereka berakhir pada Februari 2013. Beliau berkahwin dengan Muhammad Fikri Abdullah pada 2014 dan dikurniakan Fira Anggun.
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|
2009 | Cindrella Blues | Lily | |
Jangan Benci Cinta | | |
Anna Maria | Hanem | |
2010 | Dari Kokdiang Ke Kolumpoq | Ain | |
Teknofobia | | |
Driver MD | Rita | |
2011 | Kluang 12 tengah malam | Suraya | |
2012 | Di Sebalik Senyuman | | |
Laila Sari | | |
Cuba Jadi Lelaki | Melia | |
2013 | Untuk Terakhir Kali | Tina | |
Arah Ke Kuburmu | Rina | |
Dr Rushidi | Maya | |
Dendam Rindu | Nadia | |
Bunga Larangan | Manisah | |
Tujuh Dulang Asam Pedas | | |
Cinta Muka Buku | Najwa | |
2014 | Airis | Airis | |
Kifarah: Kenan | Emma | |
Kisah Hidup Jai | Suraya | |
Tanah Kubur | Miza | |
Setulus Cinta Aqilah | Aqilah | |
Kekabu Anjang | Hasanah | |
Tolong Aku Nak Puasa | Arina | |
Milik Kita | Areesya | |
Sedalam Mana Cinta | Roza | |
Hantu Langsir | | |
Dari Kerana Mata | | |
2016 | Tika Langit Terbuka | Nadia | |
Televisyen
Anugerah dan pencalonan
Catatan
Rujukan
Pautan luar