Chia Chin Shin
Quick Facts
Biography
Yang Berhormat Datuk Sri Chia Chin Shin (Cina: 谢晋新; 4 November 1922 – 2005) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan DUN Miri setelah menang dalam pilihan raya negeri Sarawak 1969. Chia Chin Shin telah menjadi ADUN Miri selama tiga persidangan pilihan raya di Sarawak.
Kerjaya politik
Selepas pembetukan Malaysia yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Singapura dan Sarawak, Chia Chin Shin telah terpilih menganggotai Dewan Rakyat bermula Mei 1964, mewakili Sarawak.
Chia Chin Shin mula bertanding atas tiket Parti Perikatan pada tahun 1969 di kawasan pilihan raya negeri Miri dengan status menang dan telah menewaskan empat calon yang bertanding di kawasan tersebut iaitu Lau Siu Wai dan Kepol Samat dari parti Bebas, Yang Siew Siang dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan John Leong Chee Yun dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Pada pilihan raya berikutnya iaitu pada 1974 dan 1979, beliau kekal menang dalam kawasan Miri tetapi berlainan parti iaitu Barisan Nasional (SUPP). Chia Chin Shin telah tewas dalam pilihan raya negeri Sarawak 1983 dan kerusi DUN Miri berjaya dirampas oleh Datuk Patinggi George Chan Hong Nam.
Beliau juga menyertai pilihan raya umum Malaysia 1978. Chia Chin Shin bertanding atas tiket parti Barisan Nasional di kawasan Parlimen Lambir (sebelum ini dikenali sebagai Miri-Subis dan kini dikenali sebagai Miri), sungguhpun begitu beliau telah tewas oleh peguam muda, Raymond Szetu Mei Thong dari Sarawak People Organisation (SAPO).
Kehidupan peribadi
Beliau dilahirkan pada 4 November 1922 di Miri, Sarawak dan kediamannya juga terletak di tempat kelahirannya.
Keputusan pilihan raya
Pilihan raya umum Malaysia 1978: Lambir. | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Parlimen | Bil. | Calon | Parti | Undian | Peratus | Status | Majoriti |
Lambir | 1 | Chia Chin Shin | Barisan Nasional | 9,278 | 47.76 | Tewas | |
2 | Raymond Szetu Mei Thong | SAPO | 10,150 | 52.24 | Menang | 872 | |
Jumlah pemilih berdaftar: 30,026 | |||||||
Jumlah undian sah: 19,428 | |||||||
Pilihan raya negeri Sarawak 1969: Miri | |||||||
DUN | Bil. | Calon | Parti | Undian | Peratus | Status | Majoriti |
Miri | 1 | Chia Chin Shin | PERIKATAN | 2,876 | 41.4 | Menang | 365 |
2 | John Leong Chee Yun | SNAP | 1,256 | 18.7 | Tewas | ||
3 | Yang Siew Siang | SUPP | 2,511 | 36.1 | |||
4 | Kepol Samat | Bebas | 116 | 2.4 | |||
5 | Lau Siu Wai | Bebas | 142 | 2.0 | |||
Jumlah pemilih berdaftar: 9,946 | |||||||
Jumlah undian sah: 6,901 | |||||||
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum. |
Penghormatan
- Perak Darul Ridzuan
- Pingat Peringatan Malaysia (P.P.M) (1965).
- Sarawak
- Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S)
Rujukan
Pautan luar
- "The makings of a political career" [Penciptaan kerjaya politik] (dalam bahasa Inggeris). 2. Kuala Lumpur: New Straits Times. 22 November 2003.
- "Kerajaan Pusat sedia membantu". Berita Harian. 3 Mac 1965. m/s. 5.