peoplepill id: che-khalib-mohamad-noh
CKMN
8 views today
8 views this week
Che Khalib Mohamad Noh

Che Khalib Mohamad Noh

The basics

Quick Facts

Work field
Religion(s):
The details (from wikipedia)

Biography

Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh (lahir 1965) merupakan eksekutif perniagaan Malaysia dan berkhidmat sebagai Pengarah Urusan MMC Corporation Berhad sejak 1 Julai 2013. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Presiden dan CEO Tenaga Nasional dari 2004 hingga 2012.

Pendidikan

Che Khalib ialah akauntan bertauliah dan ahli Institut Akauntan Malaysia (CA, M) dan Felow Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (FCCA, UK) United Kingdom.

Kerjaya

Che Khalib memulakan kerjayanya di firma audit Ernst & Young pada tahun 1989 dan kemudian menyertai Bumiputra Merchant Bankers Berhad. Dari 1992 hingga 1999, beliau berkhidmat di beberapa syarikat termasuk Kumpulan Renong. Pada Jun 1999, Che Khalib menyertai Ranhill Utilities Berhad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Beliau kemudian mengambil alih jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KUB Malaysia Berhad.

Beliau emudian dilantik sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 1 Julai 2004 di mana beliau berkhidmat dengan TNB selama 8 tahun sehingga kontrak tamat pada 30 Jun 2012 dan digantikan oleh Azman Mohd. Beliau kemudian menyertai DRB-HICOM sebagai Ketua Pegawai Operasi Kewangan, Strategi dan Perancangan pada Julai 2012.

Che Khalib juga pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Berhad dari tahun 2000 hingga 2004. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat-syarikat United Engineers Malaysia dan Bank Industri & Teknologi Malaysia Berhad.

Anugerah

Pada tahun 2010, Che Khalib telah dipilih sebagai CEO terbaik di Anugerah Tenaga dan Elektrik Asia 2010 yang pertama kali diadakan bersempena dengan Persidangan Tenaga dan Elektrik Dunia Asia serta Persidangan Elektrik Bestari Dunia Asia di Singapura. Beliau sebelum ini telah dipilih sebagai CEO Terbaik Malaysia 2008, iaitu pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada pemimpin korporat dalam negara.

Beliau telah dianugerahkan "Anugerah Pencapaian dan Anugerah Pencapaian Khas Malaysia - Individu" dalam Sidang Kemuncak & Anugerah Pencapaian Pertama Malaysia (MACA) yang diadakan pada 23 Februari 2012. Anugerah itu disampaikan oleh Datuk Azman Ujang, Pengerusi (Pertubuhan Prestasi Malaysia) kepada Dato' Sri Che Khalib dan pemenang lain.

Lihat juga

  • Tenaga Nasional Berhad
  • MMC Corporation Berhad

Rujukan

Jawatan perniagaan
Didahului oleh
Jamaluddin Jarjis
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Tenaga Nasional Berhad

1 Julai 2004 – 30 Jun 2012
Diikuti oleh:
Azman Mohd
Didahului oleh
Hasni Harun
Pengarah Urusan
MMC Corporation Berhad

1 Julai 2013 – kini
Diikuti oleh:
Penyandang terkini
The contents of this page are sourced from Wikipedia article. The contents are available under the CC BY-SA 4.0 license.
Lists
Che Khalib Mohamad Noh is in following lists
comments so far.
Comments
From our partners
Sponsored
Credits
References and sources
Che Khalib Mohamad Noh
arrow-left arrow-right instagram whatsapp myspace quora soundcloud spotify tumblr vk website youtube pandora tunein iheart itunes